Wednesday, February 27, 2013

10-5=5




Bismilahirrahmanirrahim..

Tiba2 jer teringat plak kat adik-adikku yang pompuan..Eny, Wanie, Fatin & Izzati. Memang benar aku ni punya adik2 yang ramai. Namun dengan yang pompuan, dolu2 tak rapat sebab diorang ni kecik2 lagi. Aku lebih rapat ngan adik2 lelaki.. iwan, ipin, epul. Sebab kami semua rapat2 umurnya. Kawan baik mahupun kawan gaduh gusti2..itulah dia.. 

tapi biase arr slalunya aku yang menang hehe.. sebab slalunya aku akan nangis tatkala kalah bila main gusti-gusti atau main tembak2 ( main masak2 tak pernah arr).. apa lagi masa tu abah akan support.. wah2.. memang best zaman tuu..yea la ‘anak abah’.. ( masa tuu ingatkan hanya 4 org jer anak, sorang pompuan yang lain lelaki )segala permintaan smuanya dapat.. adik2 baju 2, aku? Hehe.. 5 pasang..

Namun bila dah makin dewasa, dan aku plak dok kat asrama.. keluarga kami makin bertambah.. dari 4 ke 5.. sampai la aku nak kahwin pun dulu.. aku dah 10 beradik.. memang meriah lah kluarga besar kami..

Hanya bila dah berumahtangga, barulah aku mulai rapat2 dengan adik2 pompuan.. yang laki2 dah buat hal masing2 (berdikari). Mereka juga selalu menjadikan suamiku sebagai tempat rujukan untuk hala tuju belajar dan masa depan..sampai ke situ rapatnya mereka dengan suamiku.. Alhamdulillah..




Benarlah kata orang tua, Air dicincang tidak akan putus..memang satu perumpamaan yang sangat baik untuk kita gambarkan hubungan pertalian darah di antara adik beradik. Sesuai sangat arr perihal adik-beradik kami. Gaduh2 tu biase arr tapi taklah sampai putus saudara.. 

Itu satu hakikat yang kita tak boleh ubah sampai bila2. Hatta sampai dunia Kiamat pun fakta itu tidak boleh diubah!



2 comments:

Angah said...

alhamdulillah...sonok eh ramai adik beradik, meriah keluarga

PS/Hariah buang le 'word verification', susah org nak comen

Hariah Ahmad said...

mekaseh kak.. :)

p/s: kak, saya tak tahu nak tekan kat mana arr.. tolong saya bleh..

-yg ikhlas.. yg baruu nak celik IT..kwang3x..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...