
1. Wahai
anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan
berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang hari dan menjadikan
dirimu gelisah di waktu malam hari.
2. Wahai anakku !
Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu
lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan
tanaman.
3. Wahai anakku
! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang
besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila
kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.
4. Wahai anakku
! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul
ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak
ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya
sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.
5. Wahai anakku ! Berhati-hatilah
terhadap tutur kata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah
bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di
sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang
amat berharga darimu.
6. Wahai anakku ! Jika kamu
mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan
berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan
itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah
sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu
terhadapnya.
7. Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai
teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan
sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang
mengharapkan sesuatu darimu.
8. Wahai anakku !
Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala
kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk
kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain
dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.
9. Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa
jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah
hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa
faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan
maksiat.
10. Wahai anakku ! Sesiapa
yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat
pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang
sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari
mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.
11. Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah
dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah
segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka
bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti
tanah kering lalu disirami air hujan.
12. Wahai anakku !
Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar
di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam di dalamnya. Jika
kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi
kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.
13. Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua
undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian,
maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan
mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis
perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokan dunia sahaja.
14. Wahai anakku ! Janganlah
kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang
kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan
kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.
15. Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan
terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik
jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.
16. Wahai anakku ! Carilah
harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang
selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu
membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang
lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa
kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya
dari tanah belaka.
17. Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang
yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar
dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.
18. Wahai anakku ! Orang
yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim,
maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf
dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian
dari Allah..
19. Wahai anakku ! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan
matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi
malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan
kehalusannya, di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan
bermunajat (mengadap ALLAH) dan manfaat berzikir (ingat kepada ALLAH) .
20. Wahai
anakku ! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu
sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu akan memetik buahnya
dan kamu akan menikmatinya.
21. Wahai
anakku ! Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu
mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan
kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan
akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa
senang dengan kehidupan dunia.
22.
Wahai anakku ! Aku sudah memikul batu-batu yang besar, aku juga
sudah mengangkat besi-besi berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu
yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.
23. Wahai
anakku ! Aku sudah merasakan segala benda -benda yang pahit, tetapi aku belum
pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.
24. Wahai anakku ! Aku sudah pernah mengalami penderitaan
dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami
penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang.
25.
Wahai anakku ! Ketahuilah,
sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke
dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu
dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah
TAWAKKAL kepada Allah (SWT).
26.
Wahai anakku ! Orang – orang yang
sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat
penjagaan dari Allah (SWT). Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat
orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah (SWT) juga.
27.
Wahai anakku ! Orang yang merasa
dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah (SWT), maka
dia tawadduk kepada Allah (SWT), dia akan lebih dekat kepada Allah (SWT) dan
selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah (SWT).
28.
Wahai anakku !Dan selalulah berharap
kepada Allah (SWT) tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai
Allah (SWT). Takutlah kepada Allah (SWT) dengan sebenar benar takut ( takwa ),
tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah (SWT).
29.
Wahai anakku ! Seorang
pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan
seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang
tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih
mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
30.
Wahai anakku ! Jauhilah
bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging
burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang
berbahaya.
31.
Wahai anakku !Makanlah
makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu
dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
32
Wahai anakku ! Bukanlah satu kebaikan namanya
bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya.
Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak
ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
33.
Wahai anakku
! Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak
ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah
sifat riya'~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
34.
Wahai anakku !
Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata- kata yang busuk dan kotor
serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau
berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
35.
Wahai anakku !
Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan,
janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya
sesuatu yang tidak ada guna bagimu,janganlah mensia-siakan hartamu.
36.
Wahai anakku ! Barang sesiapa
yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada
berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya
dari berkata kotor tentu akan menyesal.
37.
Wahai anakku !
Bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata
nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,
hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah
yang subur lalu disirami air hujan.