Monday, August 2, 2010

~ Balik Kampung ~

Pagi sabtu lalu, kami seisi keluarga diiringi 2 orang adikku ( Eny & wani) telah pulang ke Kuala Kangsar bagi turut serta untuk menghadirkan diri ke kenduri Tahlil buat Opah & sepupuku Saiful dikampung. Ia juga di buat sempena bakal menyambut Ramadhan tak berapa lama lagi. Kepulangan kami kali ini pun setelah beberapa kali mak & abah call.. 'takde sape balik ni.. baliklah..".. itu adalah ayat yang jarang2 mak aku keluarkan kalo menelefon kami.

Hasilnya buah cempedak & rambutan yang bakal kuagih-gaihkan buat adik2ku di sana nanti..

Sebagai anak, tentunya ayat itu adalah 'ayat power'.. cair seluruh badanku...segeraku maklumkan pada adik2ku yang lain, malangnya masing-masing ada komitmen, so kami tiga beradik yang pulang bersama keluargaku.. Tak sangka pula, sepupuku si Junaidah & suami pun pulang. Tentunya kami berdua adalah orang yang paling gembira di saat itu. Entahlah, takmungkin zaman muda2 dolu dapat kembali kerana masing2 ada mandatnya.. menjadi isteri, ibu mahupun anak...jika dahulu, dunia permainan adalah dunia kami.


Petang tu, abah mengajakku & suami untuk pergi ke kebun buahnya dihujung kampung. RAsanya suamiku benar2 gembira kerana ini adalah saat idamannya.. yang suka makan buah-buahan. Macam kita ni, biasa-biasa jer.. he2.. Abahku ini memang suka berkebun. Masa senggangnya dihabiskan di kebun selain ke masjid. Teringat pula masa zaman sekolah dulu-dulu, adikku Iwan , Ipin & Epul dikerah bangun seawal 4 pagi untuk pergi bersamanya ke kebun dalam misi mengutip buah durian. Kesian aku tengok diorang.. paksa & rela ajer muka diorang.. kenangan tu.. he..he..



Abahku dengan pakaian tenteranya.. ada 1 almari lagi kat rumah tu..

Kami pulang dari kebun ke rumah jam 6.30petang.


Kami pula pulang ke Bangi pada keesokan paginya. Kalau ikutkan nak balik lepas Asar, tapi memandangkan si Wani pun menumpang, kenalah balik awal. Wani ni masih lagi belajar di melaka, takut pulak lewat sampai ke sana. Balik kampung memang seronok, apa lagi menikmati pelbagai jenis buah-buahan serta makanan asli kampung. Berat hati juga nak kami meninggalkan mak & abah. Sebagai anak, perasaan itu tetap ada walaupun telah berumahtangga. Harapanku moga-moga abah & emak diberi kesihatan yang baik, Ameen.




Wokey, dah malam ni. Esok..misi nak ke pejabat setelah hari ini bercuti sakit dek gara2 makan campur2 semasa dikampung kelmarin. Lemah seluruh badan dengan muntah yang berterusan sejak semalam & hari ini 'mamai' sepanjang hari. Semuanya kerana ubat yang diberi oleh doktor semalam. Alhamdulillah, urusan rumahtangga, hubby yang uruskan. Tq Bah !:)

1 comment:

FarahNur said...

sodapnyaa cempedak..hheee

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...