Sunday, October 17, 2010

~ Terima kasih daun selasih ~

Jam di dinding menunjukkan 11.20 malam. Tak ku sangka begitu cepat masa berlalu. Dan tanpa diduga sudah lebih 8 tahun perkahwinanku. Ada pahit, manis yang silih berganti dalam kami mengharungi alam rumahtangga.


Baru-baru ini ada seorang sahabat menyapaku di pejabat. " Saya kagum akan diri awak Cyah, tangga kehidupanmu jauh berbeza dari yang dulu.." Lalu aku berkata." Emm.. setiap langkah yang kami lalui amat pahit untuk di telan, namun sebagai manusia biasa, hati kami perlu kuat untuk menempuhnya, sesekali ada juga tangisnya. Hanya padaNya kami mohon keampunan & petunjuk agar langkah kami tidak kecundang lagi." Tetiba air mata ni keluar dengan sendirinya. Beliau terus memeluk badanku sambil memberi kata-kata nasihat.


Kalau bab kehidupan ini, sebenar-benarnya aku tak boleh nak ceritakan pada semua orang. Terlalu menyentuh perasaan. Begitulah juga resam hidup semua orang, semuanya telah ditentukan sejak azali lagi.


k, cerita lain plak ek. Minggu yang best. Dapat duit subsidi rumah & dapat pulangan semula dari LHDN. Jumlah kedua-duanya dalam RM 700. Alhamdulillah sangat2. Macam tau2 jer dah sangap.. syukurlah. Lagi satu, kami di pejabat telah di beri taklimat dari AmBank. Tampaknya rumahku yang didiami sekarang akan direfinance semula ( tukar bank dari Maybank ke Ambank). Semuanya berlaku menjelang hujung tahun.. dah tentu nak pakai duit bagi persiapan anak-anak untuk bersekolah. Alhamdulillah!



p/s: Terima kasih pada TM, sebab benarkan kami bercuti sempena hujung tahun.. bestnya. blehlah bawa anak-anak bercuti sempena cuti sekolah. (
Ni antara sebab aku ni susah nak tinggalkan TM .. hehe.. )

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...