Thursday, October 21, 2010

~ Yang mana satu ni ~




Minggu yg tak best arr.. SAP tak beleh nak buka, so analisis tak dapat nak buat.. tapi nyarislah bleh buat filing & semakan TNT staff..

Dalam kesibukan kerja di pejabat, Si Aishah sakit mata. Tampaknya saya & suami terpaksa bergilir-gilir menjaga Aishah di rumah.. moga2 si Aishah cepat sembuh ek..

Hujung minggu ini dijadualkan ada Kayak di Putrajaya. Dalam masa yang sama ada plak Sayembara Deklamasi Puisi . Celaru fikiran bila memikirkan yang mana satu nak di pilih. Kedua-duanya memang diminati sejak bujang lagi.


Pada mulanya memang hati girang tatkala mendapat kebenaran suami utk aku turut serta dalam aktiviti berkayak. fuhh.. bestnyer.. dikatakan kami akan berkayak selama hampir 6 jam mengeliling tasik- tasik di Putrajaya dengan bantuan Jurulatih yang berkaliber. Tak sabar rasanya nak pergi.


Sehinggalah pagi semalam, aku dapat call dari Perbadanan Putrajaya. Ingatkan dapat kerja.. huhu.. rupa-rupanya dapat jemputan utk Sayem
bara Puisi ini.. Sekarang ni masih lagi berkira-kira yang mana satu idaman kalbu..


K, take a break. Nak beri ubat pada anakanda tercinta, lepas tu lipat kain, masak.. macam2 kerja nak buat ni.. begitulah kerjanya bila ada di rumah. :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...