Tuesday, February 8, 2011

.:. cerita zaman ribena .:.

Emm.. baru bangun dari tidur.. apsal la mata aku ni.. cannot sleep arr.. so buka jap email.. then tetiba teringat kat adikku Fatin yang tersangatlah suka cerita Korea.. abs di copy & di dengarnya lagu2 Korean.. gue? emm.. tak sempat nak layan cerita diorg ni.. almaklumlah umur pun dah naik ni.. so masaku dihabiskan dgn kerja.. anak.. keluarga. tv or hiburan takde la sangat..




Dan tetiba teringat kat si Chun & Oshin.. hehe.. sape2 yang seangkatan denganku di tahun 1988 sehingga 1990 tentunya tak terlepas menonton cerita dari Jepun.. huaha.. my fovorite drama is Chiaki, Moero Attack, Rin Hani Ko Ma & tentunya Oshin.. semuanya mengenai perjuangan seorang gadis jepun.. memang hebat..ni zaman2 sekolah rendah arr.. balik ngaji petang terus mengadap TV... tak elok tu.. jangan jadikan contoh ek.. tapi tu la 'entertaiment' kami masa tu.. sebelum p main kat padang.. main galah panjang, main konda- kondi, roundes & baling selipar.. pehh sakit tu.. dah nak masuk maghrib baru balik rumah.. selesai solat maghrib.. bersiap plak p ngaji.. kat rumah orang..tersenget-senget badan dek kerana letih petang tak abis lagi..dah pi ngaji plak.. Alhamdulillah.. semua yang dilalui oleh diriku yang juga anak seorang tentera..istilah cinta cintun takde dlm kamus hidupku..


Disebabkan suamiku sebaya ngan ku,so kami pun berkongsi zaman kanak-kanak.. cuma yang membezakan ku & dia ialah tempat. Dia yang dibesarkan dikawasan kelapa sawit kat Terengganu tu.. so amatlah berbeza ngan kita yang dibesarkan di dunia ketenteraan.. ( abah kita askar arr ).. permainan mereka dikampung pun agak pelik bin ajaib. Antaranya memanjat pokok kelapa( adake macam tu.. ), main upih daun kelapa & mandi sungai...patutlah anakku si Aiman ni lain macam sikit. Rupa-rupanya mewarisi abahnya yang kenakalannya tahap gaban..






k..k, nak tido arr,

sejak dua menjak ni terajin la plak nak berblog..banyak memori manis akan ku karangkan lagi ek. nanti..nanti la.. harapanku semoga hari-hari esok akan dilalui dengan "kegumbiraan'..Ameen..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...