Wednesday, February 2, 2011

~ Cuti sempena Tahun Baru Cina ~

Hooray! hari ni dah start cuti.. kalo diikutkan kami sekeluarga akan pulang ke Terengganu utk menziarahi abah & mak mertua di sana. Malangnya, suamiku memutuskan untuk tidak pulang memandangkan beliau sibuk dengan dateline bosnya pulak.. huhu.. sedikit tak best arr.


Dah lama kami tak balik. Kali terakhir balik is masa Aidilfitri yang lalu. Itu sahajalah. Namun abah mak ada datang sini kerana melawat adik iparku di Hospital Columbia diSeremban pada bulan Dec yang lalu. Cuma sebagai seorang anak, patutnya kami pulang kan.. Suamiku kata tengoklah dulu.. emm.. harap2 adalah ek. Anak-anak pun dah bising.. tanya bila nak balik ke Terengganu.. mereka tak sabar-sabar nampaknya..


Dan pagi ni, kami sekeluarga pergi ke JPN Putrajaya bagi mengambil kad pengenalan baru. Oh yea! lupa nak khabaq, isnin lalu kami berdua sepakat nak buat IC baru memandangkan IC tersebut masing-masing alamat di Perak & Terengganu. Kami sepakat nak ubah alamat pada IC.. guna alamat semasa ..kat Taman Impian Putra..so kalau nak mengundi nanti, kat sini ajer arr, tak perlu gaduh-gaduh balik kampung..



Isnin lalu, sewaktu kami pergi JPN, prosesnya hanya mengambil masa sejam sahaja. Baguslah tu. Zaman 20 tahun yang lalu, adalah dekat-dekat 7 jam.. proses yang agak lama. Terus terang ku puji perkhidmatan di JPN sekarang. Ianya cepat & teratur. Tak perlu isi borang yang banyak dan yang penting tak tunggu lama. Kaunternya banyak & pegawai2nya mesra pelanggan. Dan hari ni, dah boleh ambil.. tak payah tunggu 2-3 bulan lagi, proses yang lancar.. bagus2X..

Mak pun ada call kita tadi, bertanyakan khabar berita. Rindu pulak kat mak. Walaupun dah berumur 33 tahun ni, namun kasih sayang pada mak abah tu tetap ada dihati. Kalaulah si kancil tu ok, dah lama aku & anak-anak balik ke kampung. Kalau nak bawa si Avanza tu, sah-sah takkan aku bawak.. i tak biase you..


K, nak tidur arr. Dah dekat2 pukul 11.30 malam ni. To be continue ek ! Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...