Friday, July 6, 2012

~ Kisah sedih dan gembira.. Allah yang beri ~

Dah masuk bulan Julai.. lagi 8 hari kita smua akan berpuasa.. sekejap jer masa berlalu kan..
Lama jugak tak updated blog ni..hehe.. i'm busy..i'm busy.. bz ngan kija, kerja sekolah dan hal-hal rumahtangga.. :)

Alhamdulillah, bulan March yang lalu, aku dapat naik gred.. dan kali ini dapat panggilan interview untuk kenaikan pangkat. Waduhh.. bertalu-talu dateline ni.. next week nak hantar paper, akan bz plak dgn report emm datang plak panggilan interview.. kepala dah bahagi 3 ni..moga2 Allah mempermudahkan perjalanan hidupku dan keluarga.. mau taknyer kalo dah di panggil, takkan tak study sikit.. apa lagi hujung bulan ni dah start exam bagi Semester ni..dalam keadaan begini, berbelah bahagi masaku dengan keluarga. Nyarislah suamiku memahami. Beliaulah temanku mengadu masalah...

Hasben pun ku lihat seperti tak seronok jer.. katanya beban kerja dan banyak menyebabkan beliau sedikit tertekan... alahai, bersabarlah suamiku. Jangan difikirkan sangat masalah kojer ni.. buatlah sekadar yang termampu.. Dalam pada itu, kita dok hint2 kat suami.. "bila nak balik Terengganu ni, dah nak posa ni ?".. hasben ku hanya tersenyum.. emm.. " 2-3 bulan ni banyak nak pakai duit ni.. nak posa.. nak raya.. nak dapat baby.. anak2 nak masuk sekolah."..katanya. Aku hanya tersenyum.
Abangku pun ada cerita akan berita kenaikan gaji bagi smua Exe TM.. hujung bulan ni dijangka mereka akan menerima berita baik.. dan dengan itu, beliau bertahan lagi.. :) 

Ternyata bila dah berkeluarga ni, kewangan kami amatlah terhad.. Sedaya upaya aku berjimat cermat. tapi tu arr.. 2-3 hari yang lalu kami di uji lagi.. kipas angin kat ruang tamu serta peti ais dah rosak.. sebelum ini peti ais ni dah 4 kali di tukar komponennya.. Kipas plak, dah dekat 3 bulan tetiba jer off sendiri. Tapi kali ini satu rumah bergelap tatkala kipas di "on-kan"....Suis utama 'ter-off sendiri arr". Nak tak nak.. dengan paksa rela, kami membeli kipas angin dan peti ais yang baru..

Itu sebahagian kisah sedih minggu ini.. minggu depan seperti Allah memberi kisah gembira, InsyaAllah..mohon doakan bersama yea.. Alhamdulillah, Alhamdulillah.. dengan kehidupan ini . KeranaNya kami masih berpegang pada taliMu..
sebagai insan kerdil aku redha dengan ketentuanNya.

nota kaki : 
Duhai hati, janganlah terkorban dengan DUNIA. Hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna.
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...