Monday, August 27, 2012

Pagi ni hujan turun dengan lebatnya.. bila dah hujan ni faham2 ajer arr.. malas satria baja hitam datang arr.. tapi aku dok layang sangat.. kugagahi jua.. suamiku.. emm bestnyer dia.. masih lagi bercuti..hoho..jelesnyer gue..  

Dalam perjalanan nak kluar dari taman perumahanku.. dah pasang niat nak belikan sarapan utk 2 pakcik guard kat opis aku.. ntahlah.. hati ni sayu jer tengok diorang..lantas ku singgah gerai kat tepi padang tuu.. membeli 2 bungkus bihun goreng untuk mereka. Untuk aku plak 1 nasi lemak dan bihun.. bekalan sarapan dan lunch hari ni.. :). Untuk jalan2 memang tak larat doh.. so belilah siap2..hehe :)

emm.. kini kandunganku dah masuk minggu ke 30 atau pun 7 bulan ++. Cepat betul masa berlalukan.Lebih kurang 2 bulan setengah lagi akan bersalin.Kadang-kadang rasa takut jugak walaupun dah ada pengalaman bersalin sebelum ni.. yealah jarak Aishah dan adiknya 6 tahun..mahu tak telan air liur memikirkan mcm mana la nnt...

Setiap kelahiran anak , ceritanya berbeza. ada yang sakit sesgt, ada yang mudah aje bersalin. Tapi macam tu arr nama jer sakit.. namun bila tengok baby.. dah tak ingat sakit tu.. hehe..suamiku slalu citer kembali kat aku tatkala saat-saat kelahiran Aishah.. masa tu aku siap cakap soh dia kahwin jika berlaku perkara yang tak diingini pada aku...(ishh bleh caya ke..hasben aku ni..btul ke apa yang aku cakap kan tu.. ) Aku sentiasa berdoa, semoga kelahiran baby yang baru ni dipermudahkan oleh Allah swt. 

Keutamaan bagi kami adalah kebahagiaan anak-anak. Didikkan agama yang baik buat mereka kerana itu adalah aset untuk kami di akhirat. Kasih sayang sepenuhnya akan diberikan pada mereka.. bukannya kemewahan semata-mata. :)

selingan jap.. 
ni Qayyum anak Eni, berusia 2 bulan.. thomel kan..

k, nak sambung kojer.. cau cing cau..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...