Friday, August 24, 2012

Salam Aidilfitri buat semua..
hehe.. dah lama tak updated blog..dah naik bersawang blogku ini.. alahai.. nak buat macam mana.. seronok sangat beraya sampai malasss nak bukak blog ni.. hehe.. sebenornya bz yang amat sangat.. dr nak raya.. sampaikan beraya pun bz di dapur mak kame di kuale.. byak plak request dr abahku.. nak nasi ayam.. nak mee sup utara.. sampai 3 hari berturut-turut.. itulah hidangan kami sekeluarga.. air koktail lagi ar.. sebagai anak dan kakak yang sulong.. ku turutkan sahaja kehendak mereka..

Raya kedua, aku menerima call dr sahabatku siti.. beliau memaklumkan bahawa sahabat kami Zarina.. telah pun meninggal dunia pada pagi jumaat yang lalu. Beliau meninggal dalam tidur..terkejut tatkala menerima berita tersebut. Takziah pada keluarganya. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang ynag beriman.. Alfatihah..

pregnant 7 bulan ni.. 
emm tu pun orang kata kita tak macam pregnant.. huakk...


masuk raya ke 3, kami sekeluarga mula bertolak ke Tgau melalui Gerik.. emm.. seperti tahun2 sebelum ini.. 10 jam kami di atas jln raya.. so hasben ajak bermalam di Selising, Pasir Puteh Kelantan... rumah mok ( nenek hasben..). dari semlam jadi ke dua malam.. hehe. drebar plak tiba2 demam ..dok sana dapatlah makan nasi dagang.. nasi berlauk.. dan nasi kerabu.. memang bulat arr kami.. sempat jugak lah menziarahi nenek sedara suamiku yg cacat penglihatan tuu lagi..kali ni berita sedih kami terima.. suaminya berkahwin lagi.. :(. beliau yang kehilangan penglihatan sejak melahirkan anaknya yang pertama suatu ketika dahulu.. emm dan kini mempunyai anak 5.. emm.. sedih jugak mendengar cerita sedih beliau dari mok temoh..
menghabiskan masa petang kami di pantai di Merchang..

Bila dah raya ke 5, kami mulakan perjalanan ke Terengganu.. ia mengambil masa 4jam setengah..dapatlah buat beberapa aktiviti ziarah ke rumah saudara mara di sini.. ingatkan dapatlah jumpa ustaz Azhar yang khabarnya nak menziarah tapi takde rezeki.. beliau sibuk dengan jemputan lain.. isterinya sahaja yang datang.. hehe ( isterinya adalah adik kepada Ayah Usop..yang jugak bapa sedara suamiku..)
dan esok.. kami akan kembali pulang ke KL.. semoga perjalanan kami berjalan dengan sempurna..InsyaAllah.

k, gud nite smua!

1 comment:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...