Sunday, January 13, 2013

Gangguan dan Daun Bidara


AYAT TERAKHIR SURAH AL BAQARAH


ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ‌ۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَـٰٓٮِٕكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٍ۬ مِّن رُّسُلِهِۦ‌ۚ وَقَالُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَا‌ۖ غُفۡرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيۡكَ ٱلۡمَصِيرُ (٢٨٥)

 لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرً۬ا كَمَا حَمَلۡتَهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ‌ۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآ‌ۚ أَنتَ مَوۡلَٮٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ 
(٢٨٦)
 ayat 285 dan 286 dari surah al baqarah, elok dijadikan amalan..

Oh.. dah lama tak mengarang kesah2 kehidupan kami seisi keluarga.. 
Anak2 dah naik sekolah, aku pun dah naik kija.. rutin biasa kami dah pun bermula semula.
Si kecik thomey2 Asyraf di temani Izzati sahaja yang tinggal di rumah.. alhamdulillah adikku menjaganya dengan baik sekali.

Tapi tuu arr, tanpa di duga minggu lepas keluarga kami diuji dengan ujian... si Asyraf punya citer arr ni.. beliau akan menangis sepanjang malam bermula jam 12tgh malam sehingga 3 pagi.. puas juga aku n suami memujuknya.. tapi tak jalan.. yang peliknya bila siang.. bolehlah tidur dengan lena. 

Pada mulanya aku ingat itu normal bagi anak2 kecik.. kan nak beralih bulan atau mungkin kembung perut.. tapi bila di teliti bunyi nangisnya tak plak mengeluarkan air mata...hanya suara yang seolah-olah ketakutan sahaja.. akhirnya kami berdua ke Darul Shifa' di Bandar  Baru Sepang ( dekat ngan rumah ayoh Jie yg merupakan ustaz di sana)..Kami cuba berubat dengan Ustaz Hamdan.

Ustaz menyatakan pada kami yang Asyraf terkena sihir..
"macam mana Asyraf boleh terkena ustaz?". Aku mula bersuara. "Dia terkena sebab awak.. awak kan boleh melihat makhluk halus". Terdiam aku mendengar penjelasan ustaz. Kata ustaz, sebagai manusia, kita tak sepatutnya boleh melihat makhluk halus tuu...kerana kita berbeza alam. Si Asyraf pun dah mewarisi aku rupanyer. so sad!
Memang tak dinafikan masa uzur ( ketika berpantang), lembaga hitam tu mendatangi ku lagi..  

Aduss.. memang dari sekolah aku boleh melihat lembaga hitam tuu.. terutama masa kat asrama dolu2... macam2 kesah misteri pernah aku alami..tapi biasa arr , slalunya aku akan membaca ayat kursi tatkala 'benda' tu datang... sebab itu masa pertengahan form 5 aku kluar asrama memandangkan aku selalu 'diganggu'. Apa lagi pada masa itu kak Ju, ketua asrama pun terkena histeria.. lagi arr aku takut.. 
At least dok rumah takde la gangguan tuu..

Berbalik dengan ustaz tadi.. beliau minta izin kat suamiku untuk merawat aku dan Asyraf.. Kami dibekalkan dengan air penawar dan daun bidara. Beliau minta agar aku dan Asyraf menggunakan bahan-bahan tersebut untuk mandi 3 hari berturut-turut, antara asar & maghrib. Suamiku pula diminta agar 'memagar' keliling rumah dengan menggunakan air penawar yang dibekalkan sambil membaca ayat Kursi...

Dan kami kini sedang berusaha ke arah itu.. mohon doakan bersama ek..

Tq

p/s: buat masa ini tak suka waktu malam menjelma.. :(
 

1 comment:

Angah said...

semoga pulih dari gangguan tu ye cik yah..takut plak dengor citer ni

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...