Saturday, May 11, 2013

Majlis Perpisahan

berdiri dari kiri: Lyn, Nani. Ika, kita arr dan Aizad


Bismillahirrahmanirrahim.

Pada 8hb Mei yang lalu.. satu majlis perpisahan untuk saya n Lin (adik praktikal) telah dibuat di Restoran Songket di Jln Yap Kwan Seng di Kuala Lumpur.. walaupun ianya majlis yang santai namun aku teruja dengan mereka.. dalam hai ni meronta-ronta tak nak pindah tapi demi kerjaya masa depanku.. dengan alunan kaki yang longlai.. kugagahi jua.. 
InsyaAllah aku akan buat yang terbaik.. sama seperti di Cyberjaya mahupun di Finance KL..

Bermula 1 April yang lalu, aku sepatutnya di ND unit di tingkat 4. Ruang kerjaku adalah projek di KL, MSC dan Selangor. Tapi biase arr.. gh handover kat En Saiful dandthe geng.. so 16hb Mei secaraofficialnya aku  akan ke ND ( Nework Development)

Walaupun masih lagi di M BUkit Mahkamah KL, namun mandat yang akan ku lalui ini..berbeda dari yang sebelum ini. Moga2 Allah mempermudahkan perjalaan hidupku..




Bua teman2 di Finance State KL, En Saiful, Aizad. Kak Umi, Kak Zukira,Kak Roy, Farah, Gee dan Ina..aku hulurkan sepuluh jari memohon kemaafan seadainya ada tutur kata mahupun budi bicara yang tidak disenangi. Sekalung terima kasih buat smua..



Berkayuh sampan mudik ke kuala
Menebar pukat menjerat ikan
Budi kalian saya tak lupa
Kian terpahat dalam ingatan

Burung tempua terbang beriring
Terbang berpasang bersuka ria
Kita bekerja sama seiring
Bersusah senang sama dirasa

Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu persahabatan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan



Semoga sahabat-sahabat ku serta keluarga sentiasa dibawah limpahan rahmat dan kasih Allah SWT. Aamin.

1 comment:

coolsupermom said...

Sedihnya nak berpisah. tempat jatuh lagikan dikenang...apetah lagi tempat bersuka duka...salam blog walking :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...