Wednesday, February 6, 2013

Program turun padang..hihi


Assalamualaikum..
Wah-wah.. dah dekat pilihanraya ni..huhu..
saje2 buat tajuk ntah ape2.. tapi takde ape2 pun..hihi..
Sabtu yang lalu, kami sekeluarga menziarahi adikku Eny sekeluarga di Taman Lestari Putra.rindu plak kat Qayyum..anaknya yang thomey2 tuu..
Dalam on the way ke sinun.. sempatlah singgah ke Jaya Jusco Equine Park.. anakku si Aishah meragam nak makan.. emm..Kenny Rogers restaurant.. aku lebih suka makan nasi..kenyang.. ( anak kampung macam ni arr..) tapi anak2 sekarang ni .. so layan ajer arr.


Nasib baiklah si Asyraf tak meragam.. al maklumlah bila dah ada anak kecil ni.. keselesaan mereka lebih diutamakan dari diri sendiri.. 

Keadaan di sana pun kira ok arr( tak tau plak apsal hari tu tak ramai plak orang.) saat2 yang best arr berbeza kalo di Alamanda.. 
naik serabut tengok.. :D kalo di hujung minggu..
Selesai makan2 barulah ke rumah Eny..

Naluri seorang ibu


Hari ni merupakan hari yang ke-2 Asyraf di taska. 
Harapan kami semoga Asyraf dapatlah membiasakan diri di taska tu.
Walaupun dah masuk hari k-2, aku tak hantarnya ke Taska,
 sebaliknya suamiku yang akan hantar Asyraf ke Taska... nak tau kenapa.. uhuk-uhuk..umminya akan menangis arr.. 
 
Pagi tadi pun sebelum suamiku nak hantar  Asyraf ke taska, Asyraf dah bangun dari tidur.  Terkedip-kedip memandang wajah kami berdua. Macam tahu-tahu je kejap lagi nak kena tinggal.
Hati sedikit sebak bila kaki melangkah keluar dari rumah.
Kalo boleh, nak jer resign, bleh jaga Asyraf di rumah kan.. tapi tuu arr tak boleh ikutkan rasa hati ni.. Bak kata suami aku, anak elok2 je tak menangis kena tinggal kat taska, maknya yang feeling lebih. huhuhu..
semoga Asyraf dapat menyesuaikan dirinya dengan baik ditaska.
Jangan 'tekhoyok' tau..jadi 'baby' yang thomey2 eyy..

Thursday, January 31, 2013

Anak gajah

 Kesian si anak gajah....

Sekurang-kurangnya 10 ekor gajah terbunuh akibat diracun di Tawau. Punca sebenar mereka diracun masih belum diketahui.

Kelihatan si anak gajah berusaha mengejutkan ibunya tanpa mengetahui bahawa ibunya telah pergi buat selama-lamanya.

Betapa kejam 'si manusia' yang tidak berhati perut ini....

Tuesday, January 29, 2013

AMALAN PENDINDING DIRI DARI GANGGUAN JIN, SYAITAN DAN MANUSIA



Tuesday, January 22, 2013

Miss Bawani yang manis


Aku ni bukanlah fanatik ngan politik.. insan yang biase2 jer..
tapi bila tengok politik sekarang ni.. tersentuh hati juga arr.. apsal cakap2nya begini.. buatnya begitu.. lepas tu ada plak penyokong.. 


Malaysia ni taklah besar mana.. pun biasa2 jer.. cuma yang bagusnya ianya terdiri dengan pelbagai masyarakat yang majmuk.. ada melayu, india, cina dan lain2 kaum.. Sememangnya unik dari negara2 lain arr.

Fanomena "listen..listen.. listen.."  tercetus 2 minggu yang lalu.. kat FB, kat paper, kat mana2 ajer..
Aku yang baru masuk kojer.. pun kehairanan bin ajaib.. apsal kecoh bebenor hal ni.

Alhamdulillah baru malam semalam 'search' kesahnya..
alahai..
taklah sokong mana2 pihak.. cuma bagi aku arr.. orang yang biasa2 ni.. lebih suka cara "Miss Bawani.."
berhemah dan berterus-terang.. cara Syarifah Zohra agak keterlaluan dan kurang sopan.. nyampahlah..
macam mana orang nak hormati bangsa kita, jika cara kita bercakap mahupun berfikir agak kasar..Malaysia ni bukan milik orang melayu sepenuhnya.. itulah hakikatnya sekarang. So kalo nak cakap, fikir2kan dahulu, janganlah emosi sangat.
Ternyata Syarifah menggunakan akal yang pendek tatkala membalas semua kata-kata Bawani.

Ok.. cau cing cau..

Nota kaki: kawan2 sekolah saya terdiri dr melayu,india & cina.. kami sepermainan & makan bersama ;)

nak citer ape ek.. 
ta..daa..


bz2 sedunia di opis.. macam biase... extract data from SAP bagi satu bulan..n analysis..analysis.. naik juling biji mata tengok figure.. tapi tuu arr.. dah jadi cyah kire2 ni.. ku redahkan jua arr..

PNL plak.. asyik berubah jer.. sabor jer arr.. bila nak finalise pun tak tahu.. biase arr.. macam opismate aku cakap.. kami yang menurut perintah.. so selagi bleh ku running BW, bleh jer.. analisis data UNIFI, Streamyx dan bla..bla..hehe..





Last week Kuna temanku di R&D call, sempatlah berborak panjang...memang dia teman rapatku masa kat R&D.. yea la.. muka kami ni la yang slalu balik lewat, ngadap auditor serta yang ter-rajin datang kojer di hujung minggu suatu ketika dahulu..khabarnya minggu depan Auditor dari PWC nak masuk audit ke TMR&D.. so kena siap-siaga ler.. Kuna pun dah beli rumah.. wah..wah.. hebat wanita ni tau.. ;)


Sejak naik kija ni.. asyik makaaann jer.. mcm mana nak kuruuuss ni.. uhuk..uhuk..selera makan ader ajer.. 

Dlm pada itu, anakku Asyraf dah kembali pulih.. alhamdulillah.


ala.. dah dekat pkl 2,permisi dolu..nanti kita citer lagi ek ;)


nota kaki:- Hanna cakap anak muridnya kat RMC kata yang dia tuu muda..hihi..                 


Sunday, January 13, 2013

Gangguan dan Daun Bidara


AYAT TERAKHIR SURAH AL BAQARAH


ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ‌ۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَـٰٓٮِٕكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٍ۬ مِّن رُّسُلِهِۦ‌ۚ وَقَالُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَا‌ۖ غُفۡرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيۡكَ ٱلۡمَصِيرُ (٢٨٥)

 لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرً۬ا كَمَا حَمَلۡتَهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ‌ۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآ‌ۚ أَنتَ مَوۡلَٮٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ 
(٢٨٦)
 ayat 285 dan 286 dari surah al baqarah, elok dijadikan amalan..

Oh.. dah lama tak mengarang kesah2 kehidupan kami seisi keluarga.. 
Anak2 dah naik sekolah, aku pun dah naik kija.. rutin biasa kami dah pun bermula semula.
Si kecik thomey2 Asyraf di temani Izzati sahaja yang tinggal di rumah.. alhamdulillah adikku menjaganya dengan baik sekali.

Tapi tuu arr, tanpa di duga minggu lepas keluarga kami diuji dengan ujian... si Asyraf punya citer arr ni.. beliau akan menangis sepanjang malam bermula jam 12tgh malam sehingga 3 pagi.. puas juga aku n suami memujuknya.. tapi tak jalan.. yang peliknya bila siang.. bolehlah tidur dengan lena. 

Pada mulanya aku ingat itu normal bagi anak2 kecik.. kan nak beralih bulan atau mungkin kembung perut.. tapi bila di teliti bunyi nangisnya tak plak mengeluarkan air mata...hanya suara yang seolah-olah ketakutan sahaja.. akhirnya kami berdua ke Darul Shifa' di Bandar  Baru Sepang ( dekat ngan rumah ayoh Jie yg merupakan ustaz di sana)..Kami cuba berubat dengan Ustaz Hamdan.

Ustaz menyatakan pada kami yang Asyraf terkena sihir..
"macam mana Asyraf boleh terkena ustaz?". Aku mula bersuara. "Dia terkena sebab awak.. awak kan boleh melihat makhluk halus". Terdiam aku mendengar penjelasan ustaz. Kata ustaz, sebagai manusia, kita tak sepatutnya boleh melihat makhluk halus tuu...kerana kita berbeza alam. Si Asyraf pun dah mewarisi aku rupanyer. so sad!
Memang tak dinafikan masa uzur ( ketika berpantang), lembaga hitam tu mendatangi ku lagi..  

Aduss.. memang dari sekolah aku boleh melihat lembaga hitam tuu.. terutama masa kat asrama dolu2... macam2 kesah misteri pernah aku alami..tapi biasa arr , slalunya aku akan membaca ayat kursi tatkala 'benda' tu datang... sebab itu masa pertengahan form 5 aku kluar asrama memandangkan aku selalu 'diganggu'. Apa lagi pada masa itu kak Ju, ketua asrama pun terkena histeria.. lagi arr aku takut.. 
At least dok rumah takde la gangguan tuu..

Berbalik dengan ustaz tadi.. beliau minta izin kat suamiku untuk merawat aku dan Asyraf.. Kami dibekalkan dengan air penawar dan daun bidara. Beliau minta agar aku dan Asyraf menggunakan bahan-bahan tersebut untuk mandi 3 hari berturut-turut, antara asar & maghrib. Suamiku pula diminta agar 'memagar' keliling rumah dengan menggunakan air penawar yang dibekalkan sambil membaca ayat Kursi...

Dan kami kini sedang berusaha ke arah itu.. mohon doakan bersama ek..

Tq

p/s: buat masa ini tak suka waktu malam menjelma.. :(
 

Saturday, January 5, 2013

Friday, January 4, 2013

Asyraf Oh Asyraf..



waduhh.. sedar tak sedar dah dekat 2 bulan aku melahirkan Wan Asyraf Haqem.. 

memandangkan aku ni kojer di private company, so next week dah masuk kojer.. uhukk..alahai.. kalo bleh nak sambung cuti lagi..tapi mana kan mungkin kan.. 
Nak hantar ke Taska mahupun ke rumah orang pun buat masa ini pun was2 lagi.. jadinya buat sementara waktu aku akan minta tolong adikku Izzati yng bakal menjaga Asyraf... bila Asyraf dah besar sikit, bolehlah beralih ke Taska.. (Izzati adikku yang ke 9 sedang menunggu keputusan SPM..)


Untuk adikku Izzati.. terima kasih yea..

Wani plak bakal menghadiri temuduga di UPSI rabu depan.. moga2 beliau berjaya melanjutkan pelajarannya ke sana.. memang harapan abahku sejak dolu2 lagi... nak sangat anak jadi guru.. Insyallah semoga impian Wani menjadi nyata.. Aamiin..


Wednesday, January 2, 2013

Kesah tahun baru..2013

Selamat Tahun Baru buat smua.. 
melangkah ke tahun baru.. hari ini adalah hari bz2 sedunia buat kami seisi keluarga.. Sedar tak sedar dah dah tahun baru. semangat pun berkobar-kobar untuk cuba melakar kehidupan dengan lebih besst lagi.. hehe.. 

Anak2 pun dah mula masuk ke sekolah semula setelah bercuti panjang hampir 2 bulan. Oleh kerana s emak tegah pantang, so thun ni dok rumah ajer arr.. uhukk.. Tahun ni juga,,aku transferkan 'power' ke suamiku untuk membeli kelengkapan persekolahan anak2..hehe.. selalunya kita arr.. hehe..terima kasih arr. 

Kelmarin Aishah pegi Orentasi tahun satu di SK Bangi..sekaligus mengambil peperiksaan bagi menentukan kelas-kelas yang tebaik.. dan syukur Alhamdulillah.. keputusan penilaian tersebut meletakkan Aishah di kelas pertama. Suatu perkembangan yang meransangkan. Harap2nya ianya berterusanlah hendaknya...Aamiin.

Dalam pada itu, si ibu & Asyraf hanya dok rumah ajer arr..

Monday, December 17, 2012

Asyraf..




Baru pulang dari Hospital An Nur Bangi..
Kai ni Asyraf di tahan di wad disebabkan demam dah tiga hari. 
Maka, si ibu dan anaknya bermalamlah di sana 4 hari.. Alhamdulillh keadaan Asyraf kembali baik. 
Sepatutnya dalam usia beliau, untuk 6 bulan pertama kelahiran..beliau tak sepatutnya demam.. tapi tu arr, Asyraf berjangkit dari abahnya dan kakak & abangnya... uminya sahaja yang tak kena.. 
Dihospital, Asyraf telah diberi rawatan oleh Dr Arbaiyah. 
Dalam uminya yang dalam kesedihan , Dr Ar memberi harapan dan semangat kepadaku.. mengalir air mataku tatkala melihat sikecilku diberi suntikan malahan tiub dihidungnya ( bagi mengeluarkan seselma).
Terima kasih kepada Dr Ar dan nurse2 disana.. memang tip-top arr kerja mereka smua.

Dalam pada itu tarikh 12.12, merupakan tarikh sibuk di hospital tersebut. Ramai juga ibu-ibu melahirkan bayi di sana. Sama la, masa 10.11 yang lalu..pun ramai juga yang booking tarikh tersebut. Nyarislah ada bilik untuk kami berdua. 

k, mummy nak tito.. ketemu lagi ek ;)




Friday, December 7, 2012

Aishah mengigau..


Sejak kehadiran si kecil ni maka rumahtangga kami kian bahagia.. emm.. dari abahnya..umminya, kakak mahupun abangnya serta adikku si Wany memberi kerjasama yang utuh gitu.. kalo si Asyraf nak nenen.. mahupun nak yak.. tak menang tangan untuk ku gapai semuanya.. alhamdulillah diorang membantuku..

Berbeza masa zaman melahirkan Aishah.. masa tu ada bibik, so sedikit sebanyak kerjaku dibantu olehnya. Barangkali juga sebab umurku dah besar.. (ngeh2..pipiku kemerahan ni..) jadinya kederat taklah seterer dolu2.. Alhamdulillah ku bersyukur kehadrat Ilahi kerana pinjamkan kehidupan berkeluarga ini dengan sempurna.. InsyaAllah akan kulayari keindahan ini dengan sebaik mungkin..

Emm.. nak citer gempak sikit ni.. seperti malam2 sebelumnya.. waktu 2pagi adalah waktu berjaga untukku dan Asyraf.. melayan karenahnya.. yang berjaga malam dan tidur di siang hari..uhuk..uhuk.. Abah pula dah 3 malam tidur lewat bagi menyiapkan projek opisnya.. yang dijangka tamat penghujung bulan Dec ni..
Kesahnya si Aishah.. yang tiba2 bangun dan terus membuka pintu rumah.. masa tu jam 2.45pagi.. aku yang masa itu dibilik bersama Asyraf.. amat2 terkejut tatkala mendengar suara orang diluar rumah yang sedang bersembang.. bila ku buka jendela ku dapati Si Abah sedang memujuk Aishah agar masuk rumah.. ternyata si Aishah sedang mengigau.. beliau berjalan dalam tidur.Astahfirullah hal'azim..nyaris Abah ada..
Puas juga si abah memujuknya agar masuk ke dalam rumah.. tak jalan rupanya :).. abisnye si ibu mengambil tempat untuk membantu.. barulah ok..

Pagi tadi sempat bersembang di dapur bersama abahnya... katanya adiknya si Fadliyah pun macam tu juga dolu2.. siap berlari-lari kat depan rumah bersama Ma.. 
peliknya ngigau macam tu.. tapi kelakar pun ada.. kakak kat pejabat pun pernah cerita hal anaknya ketika kecil dahulu. Anaknya siap berlari-lari di tengah padang sekolah ( sekolah berasrama). Akhirnya beliau menukarkan anaknya bersekolah harian bila memikirkan si Anak memang suka mengigau (tidur sambil berjalan..) :)
kalo ikut sebelah keluargaku.. biasanya ngigau cakap2 jer.. tak pun p cakar2 dinding.. hehe.. macam-macam kan..hihi..

Apapun yang terjadi.. jangan biarkan diri anda dalam misteri.. hehe..

"hari ini hari jumaat
 esok hari sabtu..
 hendaklah kita taat
 kepada Allah, tuhan yang satu.."

Thursday, November 29, 2012

coretan dikala kesunyian..

Sedar tak sedar dah 19hari aku telah melahirkan si Asyraf Haqem..dan kini hanya tinggal 41hari sahaja tinggal.. emm..alangkah sernoknya seandainya dapat dok rumah bersamanya..melayan karenahnya.. hihi.. tapi mana kan mungkin kan..kojer di opis menungguku..
InsyaAllah dengan masa yang tinggal ni.. akan ku beri belaian kasih sayang yang sempurna..

Hasbenku plak kojer tak abis2.. kesian jugak tgk dia..teringat plak masa kat dewan bersalin hari tu.. bos dok sms dia pasal kojer.. waktu menjagaku di hospital pun sama.. ternyata beliau stresssss.. tapi bleh plak bagi senyuman kat kita.. Aduss,, jatuh cinta lagi aku ni ngan dia ni.. hehe..
"Its ok abah..do not worry about me and our children, now you can focus with your work ".

k..tata..nanti kita coret lagi ek..

Thursday, November 22, 2012


Dipagi hari..suatu aku bersarapan dengan anak daraku..

Aishah : Umi, Aishah rasa nama adik tak sedap arr..
keme   : Yea ke..
Aishah : Yea arr.. namanya panjang sangat.. orangnya kecil sahaja..
keme   : Aishah.. nama yang diberi adalah doa dan bukannya saje2 nak panjang..
Aishah : oo.. maknanya nama Aishah pun doa juga arr..?? muka blurr.. :)
keme   : Yup.. nama adik Wan Asyraf Haqim.. maknanya yang mulia & bijaksana..
             moga2 adik menjadi anak yang soleh dan bijaksana suatu hari nanti..sama seperti abang dan    
             kakaknya..

"YA ALLAH... Aku serahkan anak-anakku di bawah perlindungan kalimat ALLAH SWT yang sempurna dari gangguan syaitan, mara bahaya dan dari pandangan yang penuh kedengkian. Ya Allah berkatilah anak-anakku, janganlah Engkau celakakan mereka, kurniakanlah aku ketaatan mereka, jadikanlah mereka buah hati Nabi Muhammad SAW dan kedua orang tua mereka. Ya Allah akhirilah semua urusan mereka dengan keberhasilan yang baik dan selamatkanlah mereka dari kehinaan dunia dan akhirat" "Amin Ya Rabbal alamin"...

Friday, November 2, 2012

masih lagi bekerja..meneruskan kehidupan seperti biasa. walaupun sesekali aura kemalasan itu datang.. segera ku abaikan..

Minggu lalu berkesempatan ke TMCC menghadiri briefing yang diadakan oleh FinanceSSO. Sempat jugalah bertegur sapa dengan Has teman se-geng masa di RND dolu2.. selepasa itu di sapa plak dengan En Ahmad.. Ex- CFO TMR&D yang kini bertugas di Group Strategy - Business & Enterprise Management di Menara TM. Lama jugak la berchit-chat dgn beliau..  :)

sekadar gambar hiasan.. 
ianya tidak kena mengena dengan cerita..hehe..

k, sambung kojer balik.. 
ta da..

Thursday, November 1, 2012

hati tenang jer..

Hip2 horrey..
syukur Alhamdulillah.. hari2 yang indah ku lalui bersama keluarga terchenta dan kerjaya yang tenang..teratur kehidupan kami sekeluarga walaupun rumah kekadang tonggang terbalik..dah macam kena boom.. hehe..


Kelihatan teman2 diopis gelisah dek kerana bz dgn Program Gerak-Gempur ala2 army.. hehe.. ke sana ke mari menghadiri jemputan turun padang bersama unit SME & Consumer.. next week plak diorang akan ke Pulau Pangkor utk Program ZBC bagi State KL.. patutnya namaku naik.. tapi diorg faham yang aku ni tgh tunggu hari jer ( hehe.. walaupun ramai yang kata mcm ngandung 4-5 bulan..). Nyarislah awal tahun lalu banyak aktiviti yang telah sertai.. so bleh arr top-up kat KPI form nanti..hihi..

k..sambung kojer smula..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...