Monday, November 14, 2011

~ berkursus kat TMTC , KL ~


Tersangatlah bz minggu ini..
ada kursus kat TMTC- Teaming with Passion yg merupakan satu kursus yang wajib di hadiri oleh semua staff TM.. esok baru abissnyer..
Khamis ni plak anak ada konvo kat UKM.. tadika jer.. hehe..

Perjalanan utk ke sana amatlah 'jem', sakit kaki kiri sampai kebas2.. dok tukar2 gear.. nak rempit pun tak bleh.. huaha...
berbeza skali kalo nak pegi kojer.. ish..ish.. namun disebabkan satu tanggungjawab.. aku redahkan sahaja..

k..k.. nak beradu dolu..

p/s: baru lps menyiapkan essay ttg Ahha..yg perlu dihantar pagi2 esok..waduhh..jadi budak sekolah jap..

Sunday, November 13, 2011

~ jumpa gambo lama ~



Gambar ni menyimpan seribu kenangan…
masa ni kami smua p zoo Taiping & Lake Garden.. cuti2 Malaya ( hehe.. kampung kita kan kat Kuale..20 minit dah sampai Taiping, dekat jer..)

Wednesday, November 9, 2011

~ Dikala malam menjelma ~

Malam ni kurang meriahnya..
anak-anak didikku tak ramai yang datang mengaji.. barangkali kerana cuti raya haji ni..almaklumlah kebanyakan mereka pulang ke kampung utk menyambut Hari Raya Korban. Kami jer yang tak balik.. apa2 pun tunggu cuti sekolah arr, baru best nak berjalan..kan..;)

gambar lama ni..
kelihatan mereka smua dah abis ngaji Alquran.. tinggal si Ikhsan & Alisya jer ni..


Tuesday, November 8, 2011

~ alpa dengan Iphone.. kojer dek ~

Hari ni tak ramai orang bekerja arr dan oleh kerana itu pegi opis pun tak sampai 20 minit dah sampai opis.. bagus arr, esok korang cuti lagi ek.. huhu..dan kerana itu jugak la, hari ni kluar jap ke Maybank Jln Tun Perak bagi menebus hutang.

-Surat yang di terima dari ETIQA Takaful -

Citernyer begini.. oleh kerana loan rumah dah pun tukar dari Maybank ke Ambank. Maka secara tak langsung bleh arr claim MRTA ( insuran rumah ) dengan Maybank sebab dah 'terminate' ngan Maybank. Kalo kira2 adalah dlm RM2K dapat balik.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..
dengan itu, kenalah tuntut kat Maybank.
Cuma yang tak bestnya.. citer pagi ni, pegi ke Maybank..

Sepatutnya kalo dah banyak kaunter mudahlah cerita.. ni orang kaunter pun dok tolak kita ke sana.. ke mari.. walhal dah tunjuk dokumen yang berkaitan.. adalah dekat-dekat 8 kaunter.. sampai kaunter terakhir pun takde sape bantu. :( 1 jam tu.. rugi..rugi..
Nyarislah ada amoi cun yang membantu.. patutlah kaum Cina terkenal dengan ramahnya & disiplin yang tinggi.. orang Melayu emm...
budak melayu yang dekat kaunter tu siap main Iphone lagi.. aduss..kalo nak riak pun btul2 tak bertempat.. cari lah tempat lain dek, bukan di tempat kojer.. kan tak manis tu..
awak mencerminkan imej MAYBANK itu sendiri...

Akhirnya, ada juga yang membantu.. isi borang dan submit smula.. kan mudah cerita.. nasihatku, bagi yang kojer kat kaunter tu.. manis2 kan raut rupa & cuba arr berkomunikasi dengan pelanggan sebaiknya.. jangan tunggu orang 'laser' baru nak sedar.. haha.. dunia.. dunia..

Saturday, November 5, 2011

~ Salam Aidiladha buat smua ~




Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Sebagai muslim, pada hari tersebut kita disunatkan memakai pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Dikesempatan ini, kami seisi keluarga ingin mengucapkan Salam AidilAdha buat smua.. moga2 kita smua dapat menghayati erti sebenarnya..

Ambil masa, tanya pada diri, berfikir dengan tenang, selamilah hati. InsyaAllah, jika bukan saat ini, pasti akan bertemu jawapannya. Syaratnya perlu teruskan mencari.

Seruan untuk bersama~ marilah memaknakan Hari Raya Aidiladha. Mencari erti dengan mata hati. Mencari erti dengan sabar dan solat.


Friday, November 4, 2011

Kau Aku Berbeza, Kau Aku Istimewa

Artikel di bawah dari http://madrasah.idrisiah.edu.my/

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?
Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya
sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri ."

Nota kaki :- Selamat Beilmu & Selamat Beramal..

Wednesday, November 2, 2011

~ Cuti- cuti Malaya ~


Baru selesai mengajar mengaji..dok termenung sorang diri memikirkan masa depan...dok Bangi kah kami sampai tua ni?
Menjadi persolan jugak arr memandangkan kami berdua berasal dari negeri yang lain, sorang kat utara sorang di pantai timur. Tapi tampak gayanya macam dok sini jer.. :(

Lagi 4 hari nak raya haji. hasben cakap tak balik mana-mana memandangkan tuntutan kerjanya yang bleh tahan banyaknya..kita macam nak ajak balik Terengganu.. sebab tahun ni baru 2 kali balik sana.. tapi tu arr drebar punye citer ikut ajer arr..

Dalam masa yang sama anak-anak hanya cuti isnin sahaja. Cuti sekolah lagi 3 minggu.. so bertahan ajer arr kami untuk bercuti panjang..Anak2 plak macam nak ajak lagi ke Cameron Highland, tapi hasben macam berkenan nak ke PD.. katanya ada resort atas air.. leh memancing.. waduh.. macam2 idea ni.. tapi bila memikirkan kira2 nak masuk tahun baru.. em.. emm.. rasenyer dok rumah ajer la..hehe..

Tengok arr.. tunggu & lihat sahaja lah apa yang bakal terjadi..

nota kaki :- settle jugak hal rumah ni.. 1-2 minggu nanti dapat arr duit.. syukur Alhamdulillah..Alhamdulillah..

~ Adik-adikku ~

di Majlis perkahwinan Eni..di Kuala Kangsar.
Dari kiri;- Najiha, Wani, yg lain smua sepupu..(abg Gee, Iqa, Yanty & Fiza
)

Adikku Wani dah abiskan pengajiannya di peringkat Diploma & sekarang ni tgh menunggu panggilan ke universti bagi menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah. Sebagai seorang kakak.. gembira & terharu pun ada...

Najiha dan teman2 di KPM, Seri Iskandar.

Ada sorang lagi ni.. Fatin Najiha pun bakal menyambung pelajaran di peringkat seterusnya. Buat masa ini peringkat Pra di Kolej Profesional Mara Seri Iskandar. Kemungkinan bakal melanjutkan pelajaran dalam Computer Science atau Accountancy..kalo nak ikutkan dulu, result mereka berdua taklah hebat mana.. tapi dengan peluang kedua yang diberikan oleh MARA, mereka berusaha untuk lebih baik lagi..
InsyaAllah. Adik2 perempuanku sedang menaruhkan masa depan mereka dengan pencarian ilmu ..Alhamdulillah.. alhamdulillah. semuanya dengan izin Allah.

Kalo nak ikutkan dahulu, mak aku tak berapa galakkan mereka sambung belajar apa lagi adik-adik lelakiku yang 'kureng' sikit dgn bab2 belajor ni.. Tapi biase arr, akaknyer ni lah yang dok ngongek2 habis-habisan untuk mereka terokai masa depan.. abah pun sama.. cuma biase arr org tua.. 50-50.. boleh ke? Sebagai seorang kakak, ku lakarkan cerita masa depan mereka tatkala result SPM mereka yang ala2 sangap.. ( dolu arr). Peluang yang diberi digunakan sebaik mungkin...

Satu cabaran jugak kat aku bila melihat adik kawan-kawanku mencapai kejayaan di peringkat SPM.. sekolah plak asrama penuh.. sah2 banyak A nyer.. hehe..

Untuk adik2 ku.. Wani & Najiha ~ sebagai seorang kakak, akak teruja akan kalian. Truskan usaha murni untuk berjuang di bidang ilmu demi masa depan. Letakkan agama di depan sebagai landasan hidup moga2 apa yang diimpikan direalisasikan.

Semoga kita berjaya di dunia mahupun di akhirat.. ingatlah, smuanya untuk mencapai keredhaanNya.


nota kaki ;- yang masih bersekolah.. Izzati & Iskandar.. fuhh ramai tu.. :). walaupun ada adik ramai.. tapi kami bahagia.. Alhamdulillah.

Tuesday, November 1, 2011

~ Cerita lama- & sekalung terima kasih ~

Smua orang dah tito.. me?? tak bleh plak.. ada tugasan yg sedang menunggu ni.. hehe..
Godek2 PC nampak gambo lama..bersama geng Bas Sekolahku di Cyberjaya..gambo ni kira2 4 tahnu yang lama..

Malu2 kucing smuanya.. hehe..
masa ni kami smua bersiap nak pegi turun ke bawah.. ada sambutan Hari Raya TMR&D.. so pakat2 pakai lipstik kak zue yang baru dibelinya.. ngeh..ngeh..cun tak cun blakang kira.. jadi ayu.. cewah..cewah.. syok sendiri.. Ada sorang lagi ni.. Kak Fiza tapi takde arr.

Rindu jugak nak turun sana.. tapi tak bleh ar.. jauh tu.. KL ke Cyberjaya. TAmbahan plak kojer tgh bayak ni.. nanti2 ek..

Untuk rekod, kak zue, eva & kita dah kluar dr sana..tinggal mereka berempat..tapi kawan2 lain ramai lagi ni..smuanya muda belia..



Masa farewell kita, teman2 ada beri hadiah. Terharu plak rasenyer.. tima kasih Chu. Kuna & team kat SRM ( Yanti & Helmi - kawan gaduh pasal kojer.. hehehe.. )

Model bersama hadiah-hadiahku..


Oleh kerana pernah menyandar jawatan Bendahari Biro Agama Islam di TMR&D, kita pun dapat saguhati ( telekung solat bewarna biru.. cantik sangat2 )

Dan terakhir.. set pinggan mangkuk dari Finance Divison TMR&D.. meriah betul.

Kesemua hadiah yang di beri telah pun ku pakai.. terima kasih smua ek.

Doaku moga2 kalian beroleh kesejahteraan & kebahagiaan dunia dan akhirat..

nak undur diri arr.. nak sidai kain la plak.. daa...

nota kaki :- gambo2 ni baru di transfer oleh suamiku ke PC..

Monday, October 31, 2011

~ Majlis Perpisahan buat Fadil & Zetty ~

Selesai program bercucuk tanam, petang tu kat tingkat IB, ada plak majlis perpisahan yang ringkas tapi penuh bermakna buat En Fadil & Pn Zetty yang akan berpindah ke unit baru.. (biase arr tukar angin.. ngeh-ngeh..)

En Fadil sebelum ni kojer diPayphone sblm berpindah ke TMKL kira-kira 4 thn yang lalu.. sementara Pn Zetty pernah bertugas di GITN di Cyberjaya setahun yang lalu.

Oleh kerana GM bz ngan meeting, En Saiful memberikan ucapan..

Cenderahati buat Pn Zetty dari kami smua..

Untuk Fadil.. tahniah sbb berpindah ke unit CS ( kat seberang sajer..hehe..)


Selesai sessi bergambar.. sessi makan plak.
Makan biase2 jer.. Mee Bandung, pau goreng & bubur jagung.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..


~ Program di State KL~

Pagi tadi ada program Herba Bothani. Biase2nya, kalo ada program jarang2 org2 finance join.. tapi sejak bos baru masuk.. dah jadi ringan tulang plak nak turun..dia menggalakkan kami utk sama2 turut serta sebagai 'support each other'.. ;).


Sessi pendaftaran bermula seawal 9 pagi..kami menerima buku cenderahati & nota kecil mengenai tanaman herba.


Acara tersebut dimulakan dgn nyanyian lagu negaraku & lagu kristal. Kemudian dirasmikan oleh En Ramlan Omar merangkap GM State KL.


Pelbagai kelengkapan disediakan oleh pihak penganjur bagi menjayakan program tersebut.

Kelihatan mereka smua menjadi petani ala2 opis...( Aizad, Saiful,Fadil & kak Roy )


wajah riang2 ria..smua control ayu & macho..


Walaupun masing2 dah letih namun sebagai kenang-kenangan diabadikan gambo ini..... waduh.. hangit..hangit..



dah abiss.. :)

nota kaki;- smua gambar ini ehsan dari adik Khadijah (berbaju biru). terima kasih dek!

Sunday, October 30, 2011

Saujana - Keluarga Bahagia (Eng.Sub) (Blissful Family)


"Allah setiap saat 'memanggil-manggil' kita untuk kembali kepada-Nya. Dengan cara apa saja. Dia, dengan kasih sayang-Nya,terkadang membuat suasana kehidupan seorang anak manusia sedemikian rupa dengan musibah, kesusahan dan kesukaran sehingga kalbunya dibuat-Nya 'menoleh' kepada Allah..Tetapi..teramat sedikit orang yang mendengarkan, atau berusaha mendengarkan, panggilan-Nya ini."

~ Noor Shazwahni binti Ahmad ~

Wanie bersama abah & mak..
Tahniah.. truskan usaha..kejayaan demi kejayaan..

Wanie.. suatu ketika dahulu..
beliau merupakan anak yang ke 7 dari 10 beradik.. ramai tuuu.. hehe..


abah menangis dek.. ;)


First time bawa mereka menikmati Nasi Arab kat Saba' Restourant di Cyberjaya..

p/s: kata wanie.. sumber inspirasinya ialah abah & suamiku.. hehe.. takpe2, role module baik ambe dek.. sementara gue & Eni adalah guru kaunselingnya.. ( masalah kewangan & hati.. ish..ish..)

Saturday, October 29, 2011

Si Chomel



Awal pagi ni, kami smua dah bersiap sbb nak pegi ke PICC, ada majlis Konvo adiku si Wani..
namun hati rasa macam tak sedap jer.. sebab tak nampak pun kelibat si Chomel pagi ni.. malam semalam.. ada nampak kat depan TV tapi nampak wajah suram di rautnya..tak sihat.. segera ku ambil ubat yang doktor bagi.. tapi tampak kali ni beliau semakin lemah.. btul2 lemah..memang pada mulanya nak bawa jumpa doktor, tapi klinik dah tutup..:(

Dan pagi ni.. rasa tak sedap hati memuncak.. segera ku pinta si Hafiz pergi ke tempat yang biasa si Chomel dok bersantai...
Ya Allah.. Hafiz datang ke arahku sambil teresak-esak.. Emm.. Si Chomel pun sama seperti Si Hitam.. telah mati.. badannya kaku nun di hujung almari... Tanpa berfikir panjang segera ku capai cangkul dan membuat lubang di depan rumah dan mengarahkan si Hafiz dan Diena mencari plastik untuk diletakkan si Chomel ke dalamnya buat seketika...
Selesai menggali lubang, kami masukkan Si Chomel ke situ.. kelihatan matanya terbuka.. badannya pula kaku.. tak sampai hati sebenarnya.. tapi apakan daya.. umurnya tak panjang..

kami sekeluarga redha akan pemergiannya..walapun ianya seekor kucing , namun baktinya amat2 dirindui..jadi peneman anak2ku tatkala pulang ke rumah.. sekarang ni, tinggal 3 ekor kucing sahaja.. alahai..

Friday, October 28, 2011

~Si Hitam ~


Pagi tadi mood nak pi kojer jadi tak best.. alahai.. si Hitam dah mati.. :( . terbaring kat bawah pokok mangga kat depan rumah.

Rumah kami ni ada 5 ekor kucing..( mama, hitam, mimi, tompok & Comel~ smuanya nama yg diberi oleh anak-anakku ) banyak kan.. tak bela pun.. tapi datang menumpang kasih ngan anak2 ku.. so meriah lah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Rahmat Allah terbentang luas kan.

Mula2 masa nak bela kucing2 ni memang tak suka arr. Sebabnya takut kalo bulu2 mahupun taik2 diorg merata-rata.. hehe.. biase arr anggapanku arr. Tapi memang tak sangka, diorg ni memang taklah yg dianggapkan..agak2nya diorg 'membuang' kat tanah2 di tepi jalan tu kot.. hehe.. cuma lain plak yang timbul. Kami perlu menyediakan air & makanan utk mereka trus hidup..tu ajer arr.. dolu2 bli satu kotak RM 30 kat Klinik haiwan. tapi tahan 4 hari jer.. kopak makcik jap.. hehe.. tapi bila diorg dah besor.. cari kat kedai biase jer.. murah-murah.. RM4.50, tahanlah 5 hari.. kalo sakit2 pegi klinik jer.. kasi inject. hehe...

Tapi pagi ni btul2 tak sangka si Hitam dah mati. Apsal plak tetiba jer mati. mushkil.. mushkil ar..Anakku si Hafiz dok cakap maybe demam sebab minggu ni kerap hujan.. ntah.. mungkin arr.. ish..ish..

~tompok2 & denyut2 ~

-posing jap ngan aishah, 3 thn yang lalu..-

waduh.. sakit gigi la plak... berdenyut-denyut jer kepalaku..
apa lagi di kiri kanan pipi dah bertompok-tompok jerawat naik.. lagi arr giiirr.. nak jer picit2 tapi tak sampai hati la plak..
actually, jerawat ni naik sejak mengandung hari tu.. doktor cakap perubahan horman yg drastik.. Ikut hati nak p buat 'facial'.. tapi tak sempat2 lagi.. jadual yang padat dgn aktiviti anak2.
tengok arr.. nak kena pegi juga ni.. tapi tau ler bila..

Untuk suamiku, selamat berjaya.. tabahkan hati, tingkatkan usaha.. tawakkal kepadaNya..

p/s: hooyay.. adik konvo sabtu ni..mak abah & adik2 datang arr..

Tuesday, October 25, 2011

~ Inspiration for today ~

myMetro | 12 jam diseksa rakan cemburu

12 jam diseksa rakan cemburu

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

AMPANG: Seorang lelaki bukan sahaja dikurung lebih 12 jam di sebuah rumah di Taman Cheras Indah di sini, tetapi turut dipaksa minum arak, mengambil pil khayal sebelum dibogelkan.

Lebih keji, aksi ‘panas’ mangsa yang berbogel sambil mengerang kesakitan dan dalam keadaan khayal itu dirakamkan seorang daripada tiga lelaki menggunakan telefon bimbit.

Dua lagi menjadi penonton dan pengarah kepada setiap aksi mangsa sebelum masing-masing ketawa terhibur dengan aksi berkenaan.

Difahamkan, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai menjadi mangsa buli melampau tiga rakannya kerana disyaki cemburu dengan kesenangan hidup mangsa.


Mangsa dikurung sejak jam 8 malam, 18 Oktober lalu, tetapi berjaya meloloskan diri kira-kira jam 5 petang keesokannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini, semalam.


Menceritakan kekejaman tiga lelaki terbabit, bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Razak, 52, berkata dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi seorang peniaga memaklumkan anaknya yang tidak bermaya dan cedera bersembunyi di sebuah kedai makan berhampiran kawasan berkenaan kerana dikejar tiga lelaki.


Nota kaki:- Ngek-ngok btul la diorg ni..kesian budak yg jadi mangsa tu. Wahai polis, cepat2 arr tangkap si penyangak tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...