Thursday, April 19, 2012

~ lelaki yg bergelar suami ~

sekadar gambar hiasan..

isteri yang baik.. punya plak anak2 yang comel. apa lagi yang diperlukan oleh seorang lelaki? mushkil plak kesah hari ini.. kesahnya seorang pemimpin yang ada 'affair' ngan artis.. RM1.5 juta.. besar no tu..


Wahai lelaki yg bergelar suami

Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu,

Jagalah dia dgn baik,

Kasihanilah dia, lindungilah dia,

Berilah kasih syg padanya,

Hargailah dia,

Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,

Nasihatilah dia,

Bawalah dia ke jalan Allah,

Perbetulkan kesilapannya,

Bersabar dengannya,

Terimalah & cintailah kekurangannya,
Jadi imam terbaik & redhalah padanya

Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu

copy dr : http://harmaline.blogspot.com/

Wednesday, April 18, 2012

~ Allah menentukan segalanya ~

Assalamualaikum..
hari2 yg dilalui sepanjang minggu ini penuh keinsafan..

14.4~ sabtu, ada exam kat OUM caw BBB..emm alhamdulillah :)

15.4 ~ ahad, pagi - Iena jiranku memaklumkan jiran kami di jln 2/6 telah meninggal dunia secara mengejut di rumahnya pada jam 5.30 pagi. Kami berkesempatan menziarahi keluarganya di surau. Jenazah tersebut berumur 58thn dan masih belum berkahwin tinggal bersama keluarga adiknya di situ. Jenazah tersebut di bawa pulang ke kampung halamannya di Sg. Petani, Kedah setelah dimandi, di kapan & disembahyangkan..

16.4~ menjalani kehidupan seperti biasa.. hepi2 selalu. Alhamdulillah, dah bleh makan nasi..tapi nasi goreng jer..nasi putih'cannot' lagi arr..
doktor soh banyak makan buah2 yg segar seperti tembikai susu, epal hijau serta kismis & kurma bagi mengembalikan tenaga badan yang kian merundum di kala ini..


17.4~ dapat idea.. nak p jalan2 ngan family sempena cuti pekerja ni. InsyaAllah nak p Penang.. tempat hasbenku belajo dolu2 hehe.. utk rekod, kami tak jalan2 dah sejak Dec yg lalu.. so insyaAllah kasi relax arr.. & menghabiskan masa bersama anak2 yg dok meronta-ronta tak dapat jalan lagi.. ish..ish..( ni pun sebab musin bonus di TM arr..alhamdulillah ) lagi pun plan nak ke Langkawi hujung tahun ni terpaksa di tangguhkan kerana waktu itu.. tak sesuai.. hehe..



18.4~ awal pagi..WAH menangis dek kerana dok siap jadual sekolah utk hari ini... colour water yg WNFA main, ntah ke mana hilangnya.. WAH ku hantar ke sekolah stlh alatulis tersebut dijumpai.. :),
pagi ni juga kelihatan 'jem' sikit..
Ya Allah ! sekujur tubuhkaku di lebuhraya itu..! kelihatan seorang lelaki duduk disisinya... takde plak keter yang berada di situ.. yang pasti darah yang banyak membasahi bumi..'


Janji Allah pada manusia bahawa mati itu benar, alam barzakh itu benar, dibangkitkan di padang masyhar itu benar.

Terkesan atau tidak hati kita taktala meninggalkan jenazah di situ? hanya Allah Yang Kuasa dan diri kita sahaja yang tahu.

Oleh itu sama-samalah kita mengingati MATI.

Monday, April 2, 2012

~ Makan nasi arab lah.. ~



gambar ini diambil dari internet..
tempat ni memang cantik arr...

Ina & adik2 praktikal (no 3 dari kiri.. )

Tgh hari tadi, teman baikku si Ina mengajak kami semua keluar.katanya nak belanja Nasi Arab kat Hadramawt di Chulan Square. beliau nak belanja kami smua sebagai menyambut hari yg ke 11 tahun beliau berkhidmat dengan TM..fuhh.. lamanyer k
an..( lebih kurang sama ngan gue arr... kik..kik.. )
Terima kasih Ina ! Semoga terus maju jaya dlm kerjaya di TM !caiyok..caiyok !

~permata hatiku ~



Lukisan yang dilukis oleh Aishah. Masa tu beliau menemankan abahnya pegi audit di JKR pada hari sabtu yang lalu. so masa tu beliau abiskan dgn membaca buku & melukis kartun.. siap ada gambo baby lagi.. rambut uminya yg panjang.. kah.kah.kah. tinggi benor imiginasinya. saper plak sebelah kanan umi tu Aishah?..layan ajer arr.

Waktu ini kita pun seharian ada kelas..
kebarangkalian beliau rindukan uminya yg suka membebel bersamanya takala di rumah.. tapi sayang masa ini kita tiada disisinya..:( . tgh hari tu abahnya menhantar mesej beserta gambar ini.. so sweeet!

sekalung terima kasih kepada suami & anak2..kerana memahami situasiku ketika ini. tapi bukanlah satu 'tiket' utk berehat dari tanggungjawab. InsyaAllah, kejayaan milik kita smua! ameen...

Sunday, April 1, 2012

~mak oh mak ~


Alhamdulillah..Alhamdulillah..
di pagi yang dingin ni syukur ku panjatkan kpd Ilahi krn anugerah yang di berikan.. nak jer rasenyer tipon mak kat kampung ni.. emm..emm tak sabor rasenyer. Ianya memang satu berita yg gumbira.

hari ni dah 1hb April.. maknanyer dah 3 bulan tak balik ke kuale..tak jumpa mak & abah serta adik2..waduhh rindunya kat mereka smua. dlm waktu terdekat ni mmg tak boleh nak balik krn kesibukan dgn kerja n belajar, hujung bulan ni ada exam plak.. suamiku tak abis2 audit kat JKR di Putrajaya.. anak2 plak sibuk dgn aktiviti ko-kurikulum di sekolah..

Mak yg ku sayang..tunggu kepulangan kami smua ek! ada berita gumbira nak ku kongsikan bersama..

p/s: makku yang berbaju oren..yang lain2 adalah sepupu2ku..;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...