Tuesday, February 26, 2013

Alkisahnya



Bismilahirrahmanirrahim..

Petang semalam aku pulang lewat dek kerana urusan pengeluaran wang gaji dan mengambil anak2 di sekolah Abim. Sesampai jer di rumah kelihatan suamiku pun baru sampai dari mengambil baju sekolah Aishah di Transit.
Begitulah rutin kami sejak sebulan lalu. Kalo tak Izzati adikku yang bantu..
memang keadaan begitu hura-hara dibuatnya sejak sebulan yang lalu..

Jam menunjukkan tepat jam 7.15 petang, lalu ku mengajak suamiku untuk ke Taska mengambil anak kecikku Asyraf Haqem.. ternyata hanya Asyraf ajer yang tinggal di sana..ciannye anak Ummi..aku dakap dan ku cium pipinya..

Sesampai jer di rumah, aku dan Asyraf segera keluar dari kereta.. yealah nak kejar solat.. makan minum anak.. dan yang pasti jam 8malam, rutin biasaku di hari kerja.. 


Elok jer ku buka pagar rumah, aku dan suami terdengar suara anak kecil meminta tolong. Nadanya semakin kuat dan aku mulai resah. Waduh.. ada real drama di depan rumah kami. Kami yang terpaku seketika melihat aksi yang bisa menitis air mata.
Astaqhfirullahhala'zim..aku beristighfar beberapa kali. 

Haziq anak kecil jiranku Nadia(emaknya) sedang meronta-ronta meminta tolong dan ihsan ayahnya. Kelihatan ayahnya pula memaksa anak kecil itu menaiki kereta Myvi kelabu tuu.. hairan plak.. apsal plak tuu… dan masa itu juga aku dapat lihat Nadia menghalang suaminya dari terus berbuat demikian.. masa tu aku dapat lihat juga 2 anaknya yang lain(Kaseh & Hijjaz) pun ada di dalam kereta tersebut. Mereka pun kelihatan menangis..alahai, apa kes ni?

Kami yang hanya mampu melihat, tak tergamak nak mengganggu rumahtangga mereka. Namun kami berharap agar ianya kembali pulih.

Selesai solat maghrib, aku uruskan kejap sikecik Asyraf.. susunya dan menukar pampersnya.. settle. Sementara tu Aiman Hafiz sibuk mengemas ruang tamu.. yea la satgi sessi ngaji plak. Memang tugas hariaanya. Aishah & Diena plak sibuk menyusun kasut dan membawa kluar Alquran dan Iqra’.. begitulah sibuknya kami anak beranak..

Alhamdulillah..malam ni ada 13 org (termasuk anak2 ku) yang mengaji. Sesudah sessi mengaji selesai, tergerak plak hati nak tanya Ikmal, anak didikku yang juga sepupu kepada Haziq ( yang nangis maghrib tadi).

Katanya “Ayah & ibu haziq nak berpisah.. jadi mereka dalam proses nak pindah ke Subang.Tadi, ayahnya nak bawa Haziq dan adik2nya lari… cian mak Haziq..dia pregnant tuu .”

Alahai sedih plak aku mendengarnya.. apalah nasib anak2 kecil ini selepas ini.
Secara peribadi aku suka anak2, walaupun anak orang dah macam anak sendiri.. maybe sebab aku lahir dari keluarga yang besar dan meriah dengan suara anak2 kecik..biaselah anak orang kampong..


Haziq dan adik2nya dah aku anggap macam anak sendiri. 
Selalunya, kalo mereka dok lalu depan rumah, memang akan aku panggil untuk di ajak bersembang dan di beri gula2 mahupun makanan..lagi pun laluan lorong rumah kami ada kalanya sibuk dengan kenderaan yang mundar-mandir.. kan bahaya dok kat situ..

Adikku Wanie pun sama sepertiku.. beliau memang manjakan Kaseh..
Besarlah harapan dan doaku agar keluarga ini bersatu semula..
Moga2 Allah memberI kerahmatan buat kita semua..Tataa!


Nota kaki:-
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Al-Israa' ayat 24 -

2 comments:

Angah said...

hariah, angah yang baca ni pun rasa kepenatan hidup awak ni. semoga dikuatkan fizikal dan mental ya...

Hariah Ahmad said...

salam angah..
memang penat, yeala anak dah banyak..
tapi saya teruja n gembira kerana anak2 pun ringan tulang.

alhamdulillah alhamdulillah :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...