Terima Kasih sudi datang ke ruangan yang serba kekurangan ini. Maaf jika apa yang ada ini terlalu rendah nilainya di benak fikiran kamu. Aku hanya insan biasa yang masih mencari sedikit ilmu untuk diisi di ruangan yang lapang ini. Aku tidak sehebat insan-insan di luar sana. Apa yang aku ada, inilah yang aku mampu kongsikan kepada kamu.
Wednesday, November 9, 2011
~ Dikala malam menjelma ~
anak-anak didikku tak ramai yang datang mengaji.. barangkali kerana cuti raya haji ni..almaklumlah kebanyakan mereka pulang ke kampung utk menyambut Hari Raya Korban. Kami jer yang tak balik.. apa2 pun tunggu cuti sekolah arr, baru best nak berjalan..kan..;)
Tuesday, November 8, 2011
~ alpa dengan Iphone.. kojer dek ~
dengan itu, kenalah tuntut kat Maybank. Cuma yang tak bestnya.. citer pagi ni, pegi ke Maybank..
Sepatutnya kalo dah banyak kaunter mudahlah cerita.. ni orang kaunter pun dok tolak kita ke sana.. ke mari.. walhal dah tunjuk dokumen yang berkaitan.. adalah dekat-dekat 8 kaunter.. sampai kaunter terakhir pun takde sape bantu. :( 1 jam tu.. rugi..rugi..
Nyarislah ada amoi cun yang membantu.. patutlah kaum Cina terkenal dengan ramahnya & disiplin yang tinggi.. orang Melayu emm...
budak melayu yang dekat kaunter tu siap main Iphone lagi.. aduss..kalo nak riak pun btul2 tak bertempat.. cari lah tempat lain dek, bukan di tempat kojer.. kan tak manis tu..awak mencerminkan imej MAYBANK itu sendiri...
Akhirnya, ada juga yang membantu.. isi borang dan submit smula.. kan mudah cerita.. nasihatku, bagi yang kojer kat kaunter tu.. manis2 kan raut rupa & cuba arr berkomunikasi dengan pelanggan sebaiknya.. jangan tunggu orang 'laser' baru nak sedar.. haha.. dunia.. dunia..
Saturday, November 5, 2011
~ Salam Aidiladha buat smua ~

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Sebagai muslim, pada hari tersebut kita disunatkan memakai pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Dikesempatan ini, kami seisi keluarga ingin mengucapkan Salam AidilAdha buat smua.. moga2 kita smua dapat menghayati erti sebenarnya..
Ambil masa, tanya pada diri, berfikir dengan tenang, selamilah hati. InsyaAllah, jika bukan saat ini, pasti akan bertemu jawapannya. Syaratnya perlu teruskan mencari.
Seruan untuk bersama~ marilah memaknakan Hari Raya Aidiladha. Mencari erti dengan mata hati. Mencari erti dengan sabar dan solat.
Friday, November 4, 2011
Kau Aku Berbeza, Kau Aku Istimewa
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?
Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya
sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri ."
Nota kaki :- Selamat Beilmu & Selamat Beramal..
Wednesday, November 2, 2011
~ Cuti- cuti Malaya ~
Menjadi persolan jugak arr memandangkan kami berdua berasal dari negeri yang lain, sorang kat utara sorang di pantai timur. Tapi tampak gayanya macam dok sini jer.. :(
Lagi 4 hari nak raya haji. hasben cakap tak balik mana-mana memandangkan tuntutan kerjanya yang bleh tahan banyaknya..kita macam nak ajak balik Terengganu.. sebab tahun ni baru 2 kali balik sana.. tapi tu arr drebar punye citer ikut ajer arr..
Dalam masa yang sama anak-anak hanya cuti isnin sahaja. Cuti sekolah lagi 3 minggu.. so bertahan ajer arr kami untuk bercuti panjang..Anak2 plak macam nak ajak lagi ke Cameron Highland, tapi hasben macam berkenan nak ke PD.. katanya ada resort atas air.. leh memancing.. waduh.. macam2 idea ni.. tapi bila memikirkan kira2 nak masuk tahun baru.. em.. emm.. rasenyer dok rumah ajer la..hehe..
Tengok arr.. tunggu & lihat sahaja lah apa yang bakal terjadi..
nota kaki :- settle jugak hal rumah ni.. 1-2 minggu nanti dapat arr duit.. syukur Alhamdulillah..Alhamdulillah..
~ Adik-adikku ~
di Majlis perkahwinan Eni..di Kuala Kangsar.Dari kiri;- Najiha, Wani, yg lain smua sepupu..(abg Gee, Iqa, Yanty & Fiza)
Ada sorang lagi ni.. Fatin Najiha pun bakal menyambung pelajaran di peringkat seterusnya. Buat masa ini peringkat Pra di Kolej Profesional Mara Seri Iskandar. Kemungkinan bakal melanjutkan pelajaran dalam Computer Science atau Accountancy..kalo nak ikutkan dulu, result mereka berdua taklah hebat mana.. tapi dengan peluang kedua yang diberikan oleh MARA, mereka berusaha untuk lebih baik lagi.. InsyaAllah. Adik2 perempuanku sedang menaruhkan masa depan mereka dengan pencarian ilmu ..Alhamdulillah.. alhamdulillah. semuanya dengan izin Allah.
Kalo nak ikutkan dahulu, mak aku tak berapa galakkan mereka sambung belajar apa lagi adik-adik lelakiku yang 'kureng' sikit dgn bab2 belajor ni.. Tapi biase arr, akaknyer ni lah yang dok ngongek2 habis-habisan untuk mereka terokai masa depan.. abah pun sama.. cuma biase arr org tua.. 50-50.. boleh ke? Sebagai seorang kakak, ku lakarkan cerita masa depan mereka tatkala result SPM mereka yang ala2 sangap.. ( dolu arr). Peluang yang diberi digunakan sebaik mungkin...
Satu cabaran jugak kat aku bila melihat adik kawan-kawanku mencapai kejayaan di peringkat SPM.. sekolah plak asrama penuh.. sah2 banyak A nyer.. hehe..
Untuk adik2 ku.. Wani & Najiha ~ sebagai seorang kakak, akak teruja akan kalian. Truskan usaha murni untuk berjuang di bidang ilmu demi masa depan. Letakkan agama di depan sebagai landasan hidup moga2 apa yang diimpikan direalisasikan.
Semoga kita berjaya di dunia mahupun di akhirat.. ingatlah, smuanya untuk mencapai keredhaanNya.
nota kaki ;- yang masih bersekolah.. Izzati & Iskandar.. fuhh ramai tu.. :). walaupun ada adik ramai.. tapi kami bahagia.. Alhamdulillah.
Tuesday, November 1, 2011
~ Cerita lama- & sekalung terima kasih ~
Godek2 PC nampak gambo lama..bersama geng Bas Sekolahku di Cyberjaya..gambo ni kira2 4 tahnu yang lama..
Malu2 kucing smuanya.. hehe..
masa ni kami smua bersiap nak pegi turun ke bawah.. ada sambutan Hari Raya TMR&D.. so pakat2 pakai lipstik kak zue yang baru dibelinya.. ngeh..ngeh..cun tak cun blakang kira.. jadi ayu.. cewah..cewah.. syok sendiri.. Ada sorang lagi ni.. Kak Fiza tapi takde arr.
Rindu jugak nak turun sana.. tapi tak bleh ar.. jauh tu.. KL ke Cyberjaya. TAmbahan plak kojer tgh bayak ni.. nanti2 ek..

Untuk rekod, kak zue, eva & kita dah kluar dr sana..tinggal mereka berempat..tapi kawan2 lain ramai lagi ni..smuanya muda belia..
Kesemua hadiah yang di beri telah pun ku pakai.. terima kasih smua ek.
Doaku moga2 kalian beroleh kesejahteraan & kebahagiaan dunia dan akhirat..
nak undur diri arr.. nak sidai kain la plak.. daa...
nota kaki :- gambo2 ni baru di transfer oleh suamiku ke PC..
Monday, October 31, 2011
~ Majlis Perpisahan buat Fadil & Zetty ~
~ Program di State KL~
Pagi tadi ada program Herba Bothani. Biase2nya, kalo ada program jarang2 org2 finance join.. tapi sejak bos baru masuk.. dah jadi ringan tulang plak nak turun..dia menggalakkan kami utk sama2 turut serta sebagai 'support each other'.. ;).
Sessi pendaftaran bermula seawal 9 pagi..kami menerima buku cenderahati & nota kecil mengenai tanaman herba.
wajah riang2 ria..smua control ayu & macho..
Walaupun masing2 dah letih namun sebagai kenang-kenangan diabadikan gambo ini..... waduh.. hangit..hangit..
nota kaki;- smua gambar ini ehsan dari adik Khadijah (berbaju biru). terima kasih dek!
Sunday, October 30, 2011
~ Noor Shazwahni binti Ahmad ~
Saturday, October 29, 2011
Si Chomel

Awal pagi ni, kami smua dah bersiap sbb nak pegi ke PICC, ada majlis Konvo adiku si Wani..
namun hati rasa macam tak sedap jer.. sebab tak nampak pun kelibat si Chomel pagi ni.. malam semalam.. ada nampak kat depan TV tapi nampak wajah suram di rautnya..tak sihat.. segera ku ambil ubat yang doktor bagi.. tapi tampak kali ni beliau semakin lemah.. btul2 lemah..memang pada mulanya nak bawa jumpa doktor, tapi klinik dah tutup..:(
Dan pagi ni.. rasa tak sedap hati memuncak.. segera ku pinta si Hafiz pergi ke tempat yang biasa si Chomel dok bersantai...
Ya Allah.. Hafiz datang ke arahku sambil teresak-esak.. Emm.. Si Chomel pun sama seperti Si Hitam.. telah mati.. badannya kaku nun di hujung almari... Tanpa berfikir panjang segera ku capai cangkul dan membuat lubang di depan rumah dan mengarahkan si Hafiz dan Diena mencari plastik untuk diletakkan si Chomel ke dalamnya buat seketika...
Selesai menggali lubang, kami masukkan Si Chomel ke situ.. kelihatan matanya terbuka.. badannya pula kaku.. tak sampai hati sebenarnya.. tapi apakan daya.. umurnya tak panjang..
kami sekeluarga redha akan pemergiannya..walapun ianya seekor kucing , namun baktinya amat2 dirindui..jadi peneman anak2ku tatkala pulang ke rumah.. sekarang ni, tinggal 3 ekor kucing sahaja.. alahai..
Friday, October 28, 2011
~Si Hitam ~

Pagi tadi mood nak pi kojer jadi tak best.. alahai.. si Hitam dah mati.. :( . terbaring kat bawah pokok mangga kat depan rumah.
Tapi pagi ni btul2 tak sangka si Hitam dah mati. Apsal plak tetiba jer mati. mushkil.. mushkil ar..Anakku si Hafiz dok cakap maybe demam sebab minggu ni kerap hujan.. ntah.. mungkin arr.. ish..ish..
~tompok2 & denyut2 ~
apa lagi di kiri kanan pipi dah bertompok-tompok jerawat naik.. lagi arr giiirr.. nak jer picit2 tapi tak sampai hati la plak..
actually, jerawat ni naik sejak mengandung hari tu.. doktor cakap perubahan horman yg drastik.. Ikut hati nak p buat 'facial'.. tapi tak sempat2 lagi.. jadual yang padat dgn aktiviti anak2.
tengok arr.. nak kena pegi juga ni.. tapi tau ler bila..
Untuk suamiku, selamat berjaya.. tabahkan hati, tingkatkan usaha.. tawakkal kepadaNya..
p/s: hooyay.. adik konvo sabtu ni..mak abah & adik2 datang arr..
Wednesday, October 26, 2011
Tuesday, October 25, 2011
myMetro | 12 jam diseksa rakan cemburu
AMPANG: Seorang lelaki bukan sahaja dikurung lebih 12 jam di sebuah rumah di Taman Cheras Indah di sini, tetapi turut dipaksa minum arak, mengambil pil khayal sebelum dibogelkan.
Lebih keji, aksi ‘panas’ mangsa yang berbogel sambil mengerang kesakitan dan dalam keadaan khayal itu dirakamkan seorang daripada tiga lelaki menggunakan telefon bimbit.
Dua lagi menjadi penonton dan pengarah kepada setiap aksi mangsa sebelum masing-masing ketawa terhibur dengan aksi berkenaan.
Difahamkan, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai menjadi mangsa buli melampau tiga rakannya kerana disyaki cemburu dengan kesenangan hidup mangsa.
Mangsa dikurung sejak jam 8 malam, 18 Oktober lalu, tetapi berjaya meloloskan diri kira-kira jam 5 petang keesokannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini, semalam.
Menceritakan kekejaman tiga lelaki terbabit, bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Razak, 52, berkata dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi seorang peniaga memaklumkan anaknya yang tidak bermaya dan cedera bersembunyi di sebuah kedai makan berhampiran kawasan berkenaan kerana dikejar tiga lelaki.
Nota kaki:- Ngek-ngok btul la diorg ni..kesian budak yg jadi mangsa tu. Wahai polis, cepat2 arr tangkap si penyangak tu..
Monday, October 24, 2011
Teresa Teng - The Moon Represents My Heart
Hanyu Pinyin
ni wen wo ai ni you duo shen
wo ai ni you ji fen
wo de qing ye zhen
wo de ai ye zhen
yue liang dai biao wo de xin
ni wen wo ai ni you duo shen
wo ai ni you ji fen
wo de qing bu yi
wo de ai bu bian
yue liang dai biao wo de xin
* qing qing de yi ge wen
yi jin da dong wo de xin
shen shen de yi duan qing
jiao wo si nian dao ru jin
* ni wen wo ai ni you duo shen
wo ai ni you ji fen
* ** ni qu xiang yi xiang
ni qu kan yi kan
yue liang dai biao wo de xin
Repeat *
Repeat **
Ahad lalu tertekan Astro 100.. lebih kurang pkl 3ptg.. dan tetiba lagunyer menyentuh hati.. cewah.. cewah.. ada kosert Teresa Teng.. tak knal arr.. tapi dengar lagunyer santai jer..
Dan hari ini.. ku tambahkan koleksi lagu tu kat sini.. ;)
Sunday, October 23, 2011
~sayang slalu~


Gambo kat atas ni adalah masa di awal perkahwinan.. hehe.. adik2 ku ramai tu. Waktu ni mereka masih kecil lagi..so kesempatan itu masuk kat FB. saje2 nak mengibas kembali zaman kanak-kanak. kat atas hanya da 6 beradik jer.. lagi 3 tinggal kat kg..1 lagi baru kawin dok Sg Buloh masa tuu..
Walaupun mereka smua dah dewasa dan masing2 ada haluannya, namum kasih sayang tetap semadi di hati.. sayang slalu !
Wednesday, October 19, 2011
Mesut Kurtis - Burdah | مسعود كرتس - البردة
Nak tulis jugak lah..
tgh hari tadi terserempak ngan Boss HR RND sblm ini.. En Rosli. btul2 tak prasan.. alhamdulillah beliau masih ingat kita.. kita jer yg tak prasan..ramai orang arr..beliau juga merupakan seorang Pembantu Akaun suatu ketika dahulu.. sambung blajar.. dan kini AGM kat HR TM di Menara TM.
p/s: esok.. ramai yg takde kat opis p meeting kat Menara.. hooray..
blehlah rancang kojer..
Onara
Finally, dapat juga habiskan citer Dae Jang Geum/Jewel In The Palace.
tak tergambar kegumbiraan hati bila dapat menonton citer tu.. bagus btullah FB ni.. ada juga teman2 opis yang terrer bab2 mencari citer drama ni..kalo tak layan kat youtube jer.. rupa2nyer kat maaduu.com. terima kasih kat En Mazlan Burhanuddin yg habaq kat keme..beliau merupakan antara geng2 kat R&D dolu2..
Monday, October 17, 2011
~ Kenangan lama mengusik jiwa ~
Has & Pn Rohayah dah ke Finance SSO sementara Kak Zue, Eva & En Ridhuan dah pun berhijrah ke syarikat lain.. emm yg lain plak En Kama( tiada dlm gambar arr ), Pn Laili, Fiza, Aida, Kuna, Chu, Azrun, Siti & Wan Shofian antara yang masih di sana..Rindu plak kat diorg smua ni.. yea lah geng kojer.. mana kan bleh dilupakan.. Ambil gambo ni pun atas permintaan CFO... so we all follow ajer arr.. walaupun ramai dah takde kat RND namun gambo ini menjadi kenangan..
Apapun, semoga mereka smua sihat2 hendaknya slalu..ameen.
~ Citer di pagi Isnin ~
kalo sampai kat tol Sg Besi sesak sangat arr. banyak plak keter. Nyaris arr bawa kancil jer, bleh arr menyelit.. kat keter besaq2.. ambil link paling kanan :) Alhamdulillah.. Alhamdulillah.
Walaupun bos takde tapi kojer ade.. ader.. macam biase.
Alhamdulillah, mahir arr sikit pivod.. vloocup.. cuma pasal data ni.. aku n bos masih mencari-cari punca revenue jer..

Doaku agar beliau jaga diri bebaik di perantauan ek. InsyaAllah, 2 tahun lagi beliau akan pulang membawa kejayaan..( lps ni bergelar Dr Rozita Ramli )..Ameen!
k.. k.. sambung kojer ek :) analisiss..oh..analisiss..
p/s: mana plak gambo bersama si Ita ni..
Friday, October 14, 2011
~ Sesi Teh Tarik ~

Baru jer sampai opis ni.. Bukak email jap.. waduss sakit perut plak bila baca email ni.. Insan terpilih kah aku? hehe.. next week dapat jemputan ekslusif "sessi teh tarik bersama Datuk Bazlan". Beliau merupakan Ketua Pegawai Kewangan Telekom Malaysia..hari Rabu kat Menara TM..
p/s; apsal plak namaku dipilih ni.. walhal baru jer join TM, sblm ni kat anak syarikat..
Thursday, October 13, 2011
~ Anda buat, anda dapat~
Mengajar mengaji bukanlah satu perkara yang mudah dibuat kerana ianya perlukan perhatian yang lebih dari hukum tajwidnya serta bacaannya. Alhamdulillah, mereka smua menunjukkan prestasi mengaji yang baik.. sudah 2 orang naik Alquran. Sbg seorang guru, perasaan gumbira tu tak dapat digambarkan arr. Kalo mak ayah mereka lagi la kan.. :) :)
Kalo kami dolu2, bila naik quran~ mak ayah akan buat kenduri kecil-kecilan ( pulut kuning & kari daging )
Apa pun amalan ilmu yang biase2 ni sbnarnya perlu dipupuk semula di kawasan perumahan. Antara kebaikannya ialah merapatkan silaturrahim antara kami dan anak2 dengan jiran-jiran. Taulah serba sedikit akan family mereka. Nak tau lebih2.. tak elok tau..hehe..
kalo tak dolu.. emm, parking keter trus masuk rumah. Tak tengok pun suasana kat luar rumah..
Apa lagi majlis ilmu.. besar ganjaranya, dapat pahala. Bak kata ustazah Siti Bahiyah " Anda buat, anda dapat".
Waktu muda dolu2, aku sendiri mengaji dengan orang lain. Hairan jugak kenapa abah hantar kami ke rumah jiran walhal mak mahu pun abah terrer arr. Tapi bila dah dewasa barulah ku..
Dalam mengaji pun ada juga persaingan yang sihat.. :)
Berikut adalah doa selesai pengajian..
Allahummar hamna bil Quran
waj’alhu lana imaamau wa nuurau wa hudaw wa rahmah
Allahumma dzakkirna minhu maa nasiina
wa ’allimna minhumaa jahiilna
warzuqna tilaawatahu
aana al laili wa athrofannahar
waj’alhu lana hujjatan
Yaaa rabbal ‘alamiin
Ertinya kira-kira begini:
Ya Allah kasih sayangilah daku
dengan sebab AlQuran ini
Dan jadikanlah AlQuran ini
sebagai pemimpin
sebagai cahaya
sebagai petunjuk
dan sebagai rahmat bagiku
Ya Allah ingatkanlah daku
apa-apa yang aku lupa dalam AlQuran
yang telah Kau jelaskan
dan ajarilah apa-apa yang aku belum mengetahui
Dan kurniakanlah daku
selalu sempat membaca AlQuran
pada malam dan siang hari
Dan jadikanlah AlQuran ini
sebagai hujjah bagiku
Nota kaki ~ Malam ini bacaan Surah Yassin bersama anak2 murid .
Wednesday, October 12, 2011
~pesanan Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah~
Berikut adalah kiriman email yang saya perolehi tentang pesanan Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Semoga Allah memberkati dan merahmati pengirim email tersebut juga Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. .
” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…
Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. …insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,(kata Azmil Mustapha)… ..Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..
~ Fahda Aishah~
Pagi yang indah...hehe
"suis rajin' dah datang balik..hooray! hooray! pagi2 dah ke dapur bagi menyiapkan sarapan utk family.. smuanya bermula hari isnin lalu.. kalo tak sblm ni.. malas sikit arr.. ini kerana letihh sangat2 sbb dok muntah ajer, apa lagi demam & batuk yg tak henti2.. ( mengandung.. macam tu arr tapi dah takde rezki kan..kami redha ).
Aishah :"Nanti Umi hantar Aishah ke Hospital, ada pesakit ni"Umi :" Amboi.. :)"
ok..ok.. nak rehat jap. Satgi sambung balik kojer..
Monday, October 10, 2011
~ Berita Hari Ini ~

Apsal plak masuk gambo diorg? hehe..saje2 nak memperkenalkan sahabat2 baru di KL, dolu2 kat Cyberjaya.. masa ni kita tgh cuti sakit, so takde la gambo empunya blog.
k, nak p solat & berehat jap.. ngantuk lagi ni.. ni gara2 layan citer korea " JEWEL IN THE PALACE " KAT www.maaduu.com. Alahai..sampai pagi tu.. ish..ish..
baru 23 episod.. ada lagi 31 episod ni. Apa pun, citer ni memang best.. best.. sangat arr.
Saturday, October 8, 2011
Friday, October 7, 2011
WAHAI PURNAMA ( YA Batrotim )
"Ya.. Batrotim.. Ya Batrotim.. "( sambil membunyikan rentaknya kat atas mejaku.. haha.. aku ketawa kecil arr.. tapi dalam hati arr.. ).. sodap juga suara dia.. hehe..
sekali lagi aku menjawab..'tak tahu".. muka dia macam hampa. Tapi aku cakap arr nanti kita check kat PC rumah.. kot2 arr ada hasben terdownload lagu Rahmat Ekamatra ni. Tapi bila check kat rumah.. emm memang takde arr.
Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamaali
Maza yu’aab, maza yu’aab
Yu’ ‘an ‘ulaka ma qoli
Antal ladzi asyroqta fi ufuqil ‘ula
Antal ladzi asyroqta fi ufuqil ‘ula
Fama hauta bil anwari kulla dholaali
Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamaali
Maza yu’aab, maza yu’aab
Yu’ ‘an ‘ulaka ma qoli
Wa bikastana rol kaunu ya ‘alamal huda
Bin nuri wal in’ami wal ifdholi
Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamaali
Maza yu’aab, maza yu’aab
Yu’ ‘an ‘ulaka ma qoli
Solla ‘alaikallahu robbi, robbi da iman
Solla ‘alaikallahu robbi, robbi da iman
Abada ma’al ibkari wal asooli
Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamaali
Maza yu’aab, maza yu’aab
Yu’ ‘an ‘ulaka ma qoli
Wa’ala jami’iel ‘ali wal ashaab iman
Qod khosso hum robbul ‘ula bikamaali..
Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamaali
Maza yu’aab, maza yu’aab
Yu’ ‘an ‘ulaka ma qoli
Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamaali
Maza yu’aab, maza yu’aab
Yu’ ‘an ‘ulaka ma qoli
p/s: Boss aku yg a'lim...:)
~ Citer pasal belanjawan jap ~
tonggang langgang nak baca PNL ni.. dah 3 hari dok godek2 & buat analisis ngan bos.. nyaris dia terrer dgn pivod & vloocup.. expert habis dlm excel.. aku? emm.. hanya tersenyum ajer la.. tak berape terrer lagi.. harap2 apa yg di bincang .. bleh diingat.. ameen !
Hari ni ada pembentangan belanjawan negara.. walaupun aku ni bukan ler kojer goment.. tapi adalah diharapkan targetnya adalah utk smua orang.. yea la.. asyik nak naik gaji org gomen jer.. yg kojer swasta mcm kita yg merana..
" Tahukah anda, jika pekerja dapat kenaikan gaji, PENINGKATAN akan berlaku kepada HARGA BARANG?" ish.. bab ni ler yg jarang-jarang pemimpin fikirkan. :( . Kalau nak bagi naik, its ok but kena buat pemantauan yg menyeluruh ke atas penjual-penjual. Janganlah ia terhad pada musim-musim tertentu sahaja.."
Sampai di sini sahaja.. nanti kita sambung lagi ek.. :)
Tuesday, October 4, 2011
~ Teringin tapi tak boleh arr ~
Hari ni pulang lewat..diskusi bersama boss.. macam2 nak kena buat ni.. :)
nak kata hepy pun takde arr, nak rasa tension pun takde ar jugak..
tak rasa apa2 pun.. cuma teringin plak....
teringin nak derma darah.. :) last derma Jun lalu.. walaupun sebenarnya takut akan jarum injection tu.. tapi bila fikirkan kebaikannya.. pejamkan sahaja mata.. tapi dihati memang rela..
di dalam darah. ‘Iron’ adalah oksidan yang akan meningkatkan radikal
bebas di dalam tubuh. Jadi apabila anda menderma darah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, anda akan mengalami penurunan tahap ‘iron’ dan ini turut mengurangkan risiko serangan jantung pada diri. "
Oleh kerana kesihatanku yg tak mengizinkan sebelum ini.. maka tak bolehlah nak derma darah.. mungkin kena tunggu sebulan lagi ni..
Tahukan kawan2, anda layak menderma darah SEKIRANYA:-
a) Anda sihat pada hari ini.
b) Anda berumur 18 - 60 tahun.
c) Berat badan meelebihi 45 kg.
d) Tidur melebihi 5 jam.
e) Tiada masalah perubatan.
f) Tada mengambil sebarang ubat( seperti antibiotik).
g) Anda telah mengambil sedikit makanan sebelum menderma darah.
h) Anda tidak terlibat dalam kegiatan seperti berikut:-
-hubungan sejenis
- hubungan jenis dengan kedua-dua jantina( bisexual)
- Hubungan jenis denag berbagai pasangan atau pekerja seks komersil.
- penyalahgunaan dadah secara suntikan.
- menjadi pasangan kepada golangan di atas
i) Perdermaan terakhir melebihi 3 bulan.
kalau ikutkan syarat kat atas tu..semua ok alhamdulillah.. cuma syarat yg F tu ajer.. skrg ni tgh makan ubat antibiotik lagi.. so tak bleh arr. :(.
Ok, masa untuk tidur.. perjalanan hidupku masih jauh lagi..
"Melihat KEATAS memperoleh SEMANGAT untuk MAJU
Melihat KEBAWAH membuat kita BERSYUKUR dengan apa yang ada
Melihat ke KESAMPING memberi SEMANGAT KEBERSAMAAN
Melihat KEBELAKANG mengenang PENGALAMAN yang BERHARGA
Melihat KEDALAM membuat kita KOREKSI DIRI
Melihat KEDEPAN kita bisa jauh LEBIH BAIK (InsyaAllah)
Melihat CERMIN, kita TAHU siapa diri kita yang sebenarnya dan mau kemana setelah ini."
Monday, October 3, 2011
~ Catatan hati ~
hooray dah start kojer! Alhamdulillah.
Kesihatanku dah bertambah baik walaupun pantang larang kena jaga.. uhukk.uhuk.. Mak slalu tipon dari kampung..tanya akan kesihatanku..:) toche mak.
Sepanjang cuti.. hanya berehat di rumah ajer. Niat di hati nak ubah ler susunan perabot kat rumah. Tapi hasben dah warning.. so tak berani arr buat.. tu yg terjebak ngan citer korea plak..(waduh.. citer korea nak start ni jam 3.30ptg.. huak..huak.. )
Kawan2 opis KL nak ziarah.. tapi terpaksa arr tolak cara baik. Bukan tak bagi, cuma waktu lawatan tu clash ngan waktu nak jumpa doktor. Lagi pun dah sehat.. :) .
p/s: smlm ada kesah sedih arr.. tapi skrg dah ok.. insyaAllah.
sempat jugak bukak blog Dr Taha.. hehe.. kojer tak datang lagi ni.. :)








