Wednesday, June 26, 2013

Tips Untuk Kebahagiaan Anak


 




Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Monday, June 24, 2013

Tiba-tiba nak update blog arr..



Allo! Allo!.. Assalamualaikum smua!

Bulan ni aku dilanda penyakit malas. Kija..kija.. kija... ditempat baru menyebakan aku rasa ada baiknya fokus..fokus.. pada kerjaya dolu.. sebabnya.. itulah punca rezki buat kami seisi keluarga.. 
Blog? Hoho.. tulis bila ada kelapangan sahaja.. kalo hari2.. malas arr..



Tapi bila dah lama tak coret.. rasa tak best plak..rindu plak.. hari2 bukak blog.. memang nampak ada pelawat-pelawat yang tega bukak blog yang tak seberapanya ini..tapi aku  blank.. blank dgn kata2.. aku hanya tersenyum.. senyum seribu bahasa.. 


terima kasih kerana sudi mengomen.. mahupun.. menghantar email.. berkata hi ..itu dan ini.. dan aku hanya tersenyum... moga2 Allah merahmati kita smua..


Dua bulan yang berlalu.. macam2 telah ku lalui.. kegumbiraan, kesedihan, kejayaan semuanya bersilih ganti.. tapi hanya dengan senyuman terukir kemanisan..


 Terima kasih padaMu ya Allah di atas keindahan hidupku ini.. 

kk.. sambung citer di masa akan datang ek.. aku masih takde ‘mood’ nak nyembang.. lain kali arr ek..

Assalamualaikum.. Good Bye! Ma'a salama.

Saturday, May 11, 2013

Majlis Perpisahan

berdiri dari kiri: Lyn, Nani. Ika, kita arr dan Aizad


Bismillahirrahmanirrahim.

Pada 8hb Mei yang lalu.. satu majlis perpisahan untuk saya n Lin (adik praktikal) telah dibuat di Restoran Songket di Jln Yap Kwan Seng di Kuala Lumpur.. walaupun ianya majlis yang santai namun aku teruja dengan mereka.. dalam hai ni meronta-ronta tak nak pindah tapi demi kerjaya masa depanku.. dengan alunan kaki yang longlai.. kugagahi jua.. 
InsyaAllah aku akan buat yang terbaik.. sama seperti di Cyberjaya mahupun di Finance KL..

Bermula 1 April yang lalu, aku sepatutnya di ND unit di tingkat 4. Ruang kerjaku adalah projek di KL, MSC dan Selangor. Tapi biase arr.. gh handover kat En Saiful dandthe geng.. so 16hb Mei secaraofficialnya aku  akan ke ND ( Nework Development)

Walaupun masih lagi di M BUkit Mahkamah KL, namun mandat yang akan ku lalui ini..berbeda dari yang sebelum ini. Moga2 Allah mempermudahkan perjalaan hidupku..




Bua teman2 di Finance State KL, En Saiful, Aizad. Kak Umi, Kak Zukira,Kak Roy, Farah, Gee dan Ina..aku hulurkan sepuluh jari memohon kemaafan seadainya ada tutur kata mahupun budi bicara yang tidak disenangi. Sekalung terima kasih buat smua..



Berkayuh sampan mudik ke kuala
Menebar pukat menjerat ikan
Budi kalian saya tak lupa
Kian terpahat dalam ingatan

Burung tempua terbang beriring
Terbang berpasang bersuka ria
Kita bekerja sama seiring
Bersusah senang sama dirasa

Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu persahabatan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan



Semoga sahabat-sahabat ku serta keluarga sentiasa dibawah limpahan rahmat dan kasih Allah SWT. Aamin.

Monday, May 6, 2013

Asyraf

Asyraf yang dah berumur 6 bulan..

The Mines plak..


Esoknya plak suamiku mengajak kami smua ke The Mines bagi membeli mainan anak2.. sambil2 tu katanya nak ajak main bowling.. Uitt.. tergamam seketika.. hehe.. kali terakhir main bowling adalah semasa di RND dolu2.. wakil Finance untuk pertandingan Bowling antara staff.. kalo tak kerana Fizah dan Chu.. tentu keme tak masuk..bidan terjun arr :).. walaupun diorang terrer.. aku?emm.. biasa2 jer..


Teruja pun ada.. hehe.. walaupun hasben ku ni terrer main bowling ( juara bertahan di TMR&D jer arr ).. tapi tak pernah sekali pun mengajakku dan anak2 untuk turut serta.. tapi kali ni memang menyeronokkan.. anak2 pun gumbira.. walaupun balingan kami majoritinya masuk longkang.. hohoho. 

Lps tu pi jalan2 ke Daiso.. sebuah kedai yang barangannya dari Jepun.. dari alatulis, kelengkapan barangan rumah & hiasan.. sekali lagi terkasima.. walaupun begitu.. tengok2 ajer arr.. nak bli.. tak brape nak mampu..sebab sblm tu dah beli mainan anak2... nanti2 arr.. tapi seriusss memang barangannya bermutu dan unit sekali.. semuanya hanya RM5 hinggit satu.. 

k.. permisi dahulu..assalamualaikum..

kesah ngundi



"SENYUM boleh menyelesaikan banyak masaalah.
DIAM pula boleh menghindarkan diri dari banyak masaalah.
Banyakkan senyum dan banyakkan diam."
-Ustazah Siti Nor Bahyah -




Assalamualaikum..
Dalam riuh rendah kita menjadi penganalisis tidak bertauliah..huhu..memang ramai yang tak suka.. aku pun antara orang yang jelik dengan politik negara..nak pilihanraya pun banyak yang ntah ape2 jer ngan diorang ni.



Sebagai orang muda.. ( mudakah?.. bolehlah..) dalam kategori yang baru nak undi.. tentunya teruja.. melompat-lompat nak p ngundi ( dlm hati arr.. ).. nak pergi mengundi bukanlah saje2.. kena jugak buat research yea arr selidik mana2 yang perlu.. mesti ada pendirian..niat kerana Allah.. bukannya kesah dunia semata-mata.Tahukah kamu di sana nanti kita akan di tanya amalannya..Alhamdulillah untuk pertama kalinya.. aku dan suami mengundi di Bangi..senang citer.. tak payah dok lari2 atas keter nak balik Terengganu mahupun Perak..


Sebagai orang kira2.. pelik bin ajaib pun ada.. awatnyer SPR tak buat checklist.. kertas undi (kotak arr )apa yang di hantar dari tempat ngundi.. patutnya sama arr yang di terima.di tempat mengira undi. ape ke heynyer kira yang di terima jer.. emm.. macam tak kena jer.. Itu adalah amanah dari masyarakat setempat.. ini siap ada yang tak sampai.. so sepatutnya pegawai yang berkenaan disoal siasat arr.. jangan kira nak peti undi sahaja.. emm.. tapi tu arr nak buat mcm mana.. satu Malaya kecoh..harap sangat selepas ini btul2 telus....
  

Pasal bangla ke.. myamar, Indon atau Pakistan ni.. susah juga.. btul2 sayu bila ada pihak menggunakan mereka sebagai 'pengundi hantu'.. 
Aku ni bukanlah penyokong mana2 parti..tapi aku suka kebenaran..


Now ~ kesah orang cina plak.. emm.. ni satu hal lagi.. jujurnya aku bersimpati dengan diorang..emm seperti kita, diorang layak untuk mengundi.. suka hati dioranglah nak undi mane.. tak sewajarnya Dato' Seri Najib berkata demikian.. kan negara demokrasi.. :)
Ini kalilah.. atau pun  1Malaysia semuanya untuk rakyat Malaysia.. kan.. peace!


kk.. nak sambung kojer.. tak baik curi tulang..rezeki Allah bagi.. maka carilah dengan sempurna.. Aamiin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...