Friday, May 6, 2011

~Palang Tol Smart Tag ~




Baru jer sampai opis.. teringat-ingat jer kisah semalam.. Peristiwa yang berlaku petang semalam yang tak mungkin akan ku lupakan sama sekali.. nahii..nahi..nahi.. eekk..


-gambar hanya hiasan ek-



Kereta kancil yang ku pandu telah melanggar palang smart tag di PLUS Bandar Seri Putra. Semuanya berlaku kerana dek gara-gara aku tertekan 'pedal minyak' sepatutnya 'pedal break'.. bila dah panic, lagilah aku tertekan.. Masa tu hanya Allah ajer yang tahu, memang terasa nyawa di hujung jer..blank seketika.. dan tetiba teringat kat 'hand break', so terus aku mengangkatnya.. syukur Alhamdulillah, automatic keter ku terberhenti..


Namun ketika itu, aku sudah pun melanggar palang.. & kedengaran bunyi 'nino- nino' yang agak kuat.. Tetiba jer ada seorang lelaki menghampiri keretaku sambil bertanya akan keadaan ku .. Dalam pada itu, seluruh badan menggigil tatkala menghadapi saat-saat getir tu. Lantas, dengan perlahan-lahan aku pandu kereta semula dan membawanya ke bahu jalan. Dalam tangan yang masih menggigil, terusku menelefon suamiku. Pehh.. memang pengalaman ini takkan aku lupakan sampai bila-bila. Lagi satu, ingatkan kalau dah langgar palang, cermin kereta akan pecah, rupa-rupanya tidak. Barulah aku tahu sekarang ni.. ( palang tu bukan besi arr.. )


Dalam masa menunggu suamiku, aku beristighfar & berzikir.. Ntahlah, jantungku berdebar-debar merasai pengalaman ini. Andailah aku tak terfikir akan 'hand break', tentunya berlaku kemalangan. Nauzubillah. Dengan izin Allah, aku terselamat… Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah.



Sehingga sekarang pun, teringat-ingat ajer kisah semalam..



Sebenarnya, 2-3 hari ni memang terasa tak selesa akan kereta ni. Sepanjang minggu ini, pagi dan petang hujan jer, Break kereta macam tak makan jer.. tukar gear pun tersekat-sekat. Perkara tersebut telahku maklumkan pada suamiku. Beliau pun mengakuinya. Beliau menasihatkan agar memandu seperti biasa & senantiasa bersiap sedia dgn 'hand break' & lampu kecemasan andai kata berlaku perkara di luar jangkaan...Sepatutnya, suamiku nak hantar kereta ke bengkel minggu lepas. Tapi tertangguh sebab kami sekeluarga bercuti untuk pulang ke Terengganu. InsyaAllah, esok bolehlah di hantar ke bengkel..


Pada pendapatku, kalau nak pandu kereta ni, bukan sahaja kereta perlu dalam keadaan baik malah kita sebagai pemandu pun perlu bersedia. Kalau jadi macam kes kita ni, kereta kancil ni dah 8 tahun dan kebarangkalian untuk 'jatuh sakit' memang tinggi..


k, nak sambung buat report jap.. sehingga ketemu lagi..



nota kaki : Minggu lepas TM bagi bonus 2 bulan kepada semua pekerjanya.. Alhamdulillah & terima kasih ek..

4 comments:

Angah said...

hariah...syukurlah tak de jadi ape-ape kecederaan. len kali hati-hati ye...jgn panic..

Unknown said...

itu arr,InsyaAllah. Tq kak.

Anonymous said...

salam kak.. apa jadi yaa kena bayar ganti rugi ka macam mana akak kepas tu?

Unknown said...

Salam Najihah..
Akak tak kena bayar ganti rugi.. Alhamdulillah. rupa2nya palang tu taklah besi keras.. ianya hanya kayu yg dialas dengan span.. so dari jauh nampak kera.. fuhh semangat kan.. the moral of story.. dont eat byk2.. nnt ngantuk :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...