Monday, May 23, 2011

Sultan Selangor Melawat Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa



Gambar ini diambil sewaktu Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat Dusun Tua, Daerah Hulu Langat ( Feb 2011 )
kredit foto : Ahmad Naspu Johar
( Staff TMR&D yg juga sukarelawan di tempat tersebut )


23.05.2011, Isnin - Pagi tadi Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan mengada lawatan ke Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Batu 14, Hulu Langat yang terlibat dengan trajedi tanah runtuh pada petang Sabtu lepas yang telah mengorbankan 16 nyawa dan 9 orang masih lagi mendapatkan rawatan di hospital.


Dalam lawatan ini Tuanku Sultan telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat. Seramai 53 mangsa tanah runtuh dan Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa menerima sumbangan berjumlah RM217,000.00. Daripada jumlah itu, sebanyak RM100,000.00 disalurkan kepada rumah kebajikan berkenaan manakala RM5,000.00 kepada 16 waris yang terkorban dan RM1,000.00 kepada 37 mangsa yang terselamat. Tuanku turut diberikan taklimat oleh Pengarah Kanan Cawangan Cerun, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, Datuk Ir Ashaari Mohd.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Mohd Khusrin Munawis dan Ketua Polis Selangor, Dato' Tun Ihsan Tun Hamzah. Takziah cyah ucapkan kepada keluarga 16 orang yang terkorban dalam trajedi ini dan berharap agar anda semua tabah menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah kepada Mangsa-Mangsa Yang Terkorban. Semuga Roh Mereka DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...