Thursday, March 7, 2013

Aishah tukar sekolah..



Bismilahirrahmanirrahim

Sejak Januari yang lalu,Aishah bersekolah di SK Bangi.
Walaupun beliau berada di kelas pertama (melalui saringan awal), namun sebenarnya Aishah tak berapa suka berada si sekolah tersebut. emm.. setiap hari beliau akan bertanya pada abahnya bagaimana nak tukar sekolah.

Setiap hari juga aku akan memotivasikan dirinya agar terima kenyataan dan selalu juga arr memberi harapan padanya agar tekun belajar di dalam kelas.. hehe.. "insyaAllah abah dan umi akan cuba membantu untuk proses perpindahan ini. Tugas Aishah adalah belajar bersungguh-sungguh agar cita-cita nakjadi doktor akan tercapai..". Sememangnya dari kecil lagi beliau bercita-cita tinggi. 

Tapi biasa arr jawapan standardnya.." Umi jangan risau.. Aishah akan jadi doktor" 

Untuk rekod semasa hehe.. jarak perjalanan ke SK Bangi adalah lebih kurang 5 km, sedangkan SK Bandar Seri Putra tak sampai 1km dari rumah kami. 
Tapi disebabkan arahan datang dari Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, maka semua murid satu bagi tahun 2013 yang tinggal di taman kami, dihantar ke SK Bangi. Kami akur..

Turun naik dari sekolah ke PPD untuk 2-3 hari yang lalu membuahkan hasil. 
Alhamdulillah,selesai masalah sekolah si comel Aishah, dan hari ini Aishah berada di SK Bandar Seri Putra.



Sekalung terima kasih kat Guru Besar SK Bangi ( Puan Siti Zaharah) kerana meluluskan permohonan kami. Beliausendiri yang membantu kami takala di kaunter pejabat sekolah kelmarin. (selalunya kerani) Ternyata  guru besar ini hebat!

Terima kasih juga kepada guru kelas 1 Alamanda ( Puan Farahina).Jasa dan baik budi puan semua amat kami berdua hargai.

Unuk semua anak2ku, selamat menuntut ilmu. :)




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...