Saturday, June 30, 2012

Kenalkah Anda Wanita Ini?


Kenal dia? Dialah Dr. Aafia Siddiqui. Seorang muslimah dari Pakistan yang ditangkap oleh Amerika dengan bantuan daripada kerajaan Pakistan sendiri. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun.

Namun, tiada seorang pun pemimpin umat Islam hari ini tampil untuk membelanya. Malah, kerajaan Pakistan sendiri yang membantu Amerika Laknatullah untuk menangkapnya.

Beliau bukan sahaja dipenjarakan, malah turut dibelasah sehingga mengakibatkan kecederaan teruk pada hidungnya. Bukan sekadar itu, beliau juga turut dirogol di dalam penjara.

Kebobrokan pemimpin umat Islam hari ini jelas terpampang apabila mereka tidak menghantar sebarang bala tentera untuk menjawab kebiadapan Amerika.

Sudah lupakah kita, Khalifah Mu'tasim Billah menghantar bala tentera untuk menyerang Rom kerana beberapa orang kafir telah mempersenda aurat seorang muslimah pada waktu itu? Di mana pula bala tentera muslim hari ini?

Wahai umat Islam, butakah mata hati kita sehingga kita sanggup menyokong pemimpin-pemimpin muslim (yang menzalimi umat Islam sendiri) hari ini? Mahukah perkara yang sama berlaku pada ibu, kakak, atau adik kita? Mahukah ibu, kakak, atau adik kita senasib dengan Dr. Aafia Siddiqui? -soutulmujahid

kredit dari :-
http://greenboc.blogspot.com

Monday, June 25, 2012

~Kehidupan ~

Malam tadi selepas solat maghrib, seperti biasa aku n hubby dok santai di ruang tamu, sambil2 melipat kain yang telah terkumpul 3 hari lamanya.. emm.. bertuahnya badan punyai suami yang rajin.. kami melipat kain seperti berlumba-lumba siapa yang lebih banyak melipat kain.. fuhh.. alahai..

Dalam pada itu, Diena menghampiri kami sambil mengambil baju-baju yang telah di lipat & menghantarnya ke bilik tidur.. ternyata beliau anak yang rajin.. macam ayahnya kan.. Alhamdulillah.. memang keluarga kami bahagia. punyai anak-anak yang ringan tulang. :)

Cumanya sampai sekarang ni aku masih terfikir akan perbualan kami malam tadi.. Diena bercerita mengenai kawan sekolahnya yang miskin. Pakaian sekolah yang lusuh (koyak dan berkedut ). Beliau juga menceritakan akan keadaan temannya itu  yang tidak terurus dengan baik. Apa lagi teman-temannya yang lain mengeji dan menjauhkan diri dari beliau.. alahai. Di zaman moden ini ada lagi ke anak-anak yang sebegini? 

Diena bercerita lagi yang beliau pernah bertanya pada temannya akan keadaannya yang tidak terurus dan bagaimana beliau menguruskan diri. Lantas temannya menjawab yang keluarga beliau tidak mampu dan tinggal di kawasan flat. Ayahnya bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Semenyih sementara maknya pula seorang suri rumah sepenuh masa. Dirumahnya tiada barang elektrik seperti saterika, TV, serta barangan elektrik yang lain. Oleh kerana keluarganya yang daif, kadang kala beliau tidak di beri belanja oleh ibubapanya.

Aku dapat lihat raut wajah Diena yang kelihatan sedih tatkala beliau bercerita perihal temannya. Sebagai seorang ibu, aku menasihatkan belaiu agar terus berkawan dengan temannya itu. Hulurkan bantuan sekiranya temannya memerlukannya. Jadilah seorang pendengar yang baik untuk temannya itu. Sedarilah anakku, kita perlu bersyukur dengan  nikmat yang Allah berikan untuk kita semua. Bila mana kita di uji dengan dugaan hidup, sedarilah ada insan lain yang barangkali susah kehidupannya. 

Emm.. ternyata anak kecil ini sedang belajar akan kehidupan alam.. 


GURINDAM SELOKA- RAMLAH RAM
Biar buta penglihatan
Jangan buta hati dan fikiran
Biar pun miskin hina
Jangan papa adat dan bahasa

Berhelang helang buana
Jangan lupa saudara tetangga
Bila hujung di jumpa
Jangan pula pangkal kau lupa

( korus )
Harumnya bunga rampai
Oleh kerna ramuan yang pandai
Indahnya sang pelangi
Tapi sayang tiada bererti

Hidup dalam dunia
Banyak ceritanya
Selagi bernyawa
Ada saja kerenahnya
Yang indah hanyalah bahasa
Disebut dibaca
Gurindam serta seloka

Namun kenyataan hidup masih tetap sama
Tidak kira walau di mana
Tepuk dada tanya selera
Amalan biasa

Monday, June 18, 2012

~ Aku dan dia ~


best..best.. best...
best sebab ada drebar utk 2 hari ni.. hehe

hari ni & esok hasbenku ada training kat Hotel Istana KL.. jeng..jeng...jeng.. kluar satu idea ngade2ku.. nak itut..nak ituttt.. hasbenku cakap tak boleh.. tapi aku nak jugak.. nak jugak..

actually sejak pindah tempat kojer.. aku p kojer sorang2.. takde kawan gaduh apa lagi drebar..emm.. emm.. takde la sedih mana pun. cuma sesekali rinduuu arr.. maybe jugak sebab ni tgh ngada2..
akhirnya permintaanku dituruti.. hehe.. tapi biase arr.. kena naik motor arr.. itu syaratnya.. bagiku ok jer..

gambar hanya hiasan ek..

Angin sempoi2 bahasa.. cewah..cewah..
naik motor & merempit bersama-sama..hehe.. tapi biase arr hasbenku ini.. bawa motor pun 60-70km jer.. payah nak tengok dia bawa laju..laju.. dalam perjalanan ke opis tadi, kelihatan sebuah keter wira..dipandu oleh seorang lelaki india dan kelihatan 2 orang anak kecil yang berumur dalah lingkungan 4-5 tahun... anak2 ni dok tengok kita dari tingkap keternya.. dan paling best siap melambai-lambai tangannya ke arah kami.. so sweet kan. ish.. glamer jap..lantas ku membalas lambaian ala2 Puteri Diana.. hehe.. ish.. lucu btul arr :). Slalunya kalo aku drive n bawak anak2 skali, memang aku pun soh buat macam tu kalo jumpa orang bermotor.. ntah la.. dah terbiase macam tu.
Memang tak dinafikan kalo naik motor ni sakit belakang.. tapi kalo melalui saat2 manis macam tu, hilang smua sakit.. kan..

k, nak tito.. esok nak kojer.. utk abg, thanks a lot..esok kita merempit lagi ek.. yuhuuu..

Sunday, June 17, 2012

~ citerku hari ini.. p kelas & TM Award Nite ~

emm.. penatnyer.. almaklumlah berat badanku dah bertambah.. emm bukan sebab kuat makan. :) biase arr bz2 sedunia..but i'm happy with my life.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Sabtu yang lalu, adalah jadualku penuh dengan aktiviti2 luar..kesian kat anak2 kan.. tapi sebagai gula2.. pagi2 tu sempat jugak masakkkan rendang ayam, sambal tumis ikan bilis & ikan goreng..tumis sayur bayam dan sambal belacan kegemaran suamiku.. (emm.. pelik btul org pantai timur yang ni.. suka plak makan pedas2, bukahkah sana makanannyer manis2 hehe..sbg isteri, ku layan ajer arr ).. lps tu dari 10 pagi hingga 3 petang pi plak kelas.. aduss.. balik rumah pun kejap jer sebab trus ke MMU bagi ikut serta ngan team State KL utk dinner sempena "TM Group Award Nite 2012". 

Seperti yang diramal, memang pasukan Perak memenangi Pasukan Sorak yang paling best.. allo.. hip..hipp.. hooray! ( negeriku yg tercinta walaupun ku berada di KL). Diorg siap bawa bendera Perak yg panjang.. lebih kurang 200 meter, berkibar-kibar sambil menyanyi lagu.." Ipoh mali talak sombong'..) macam KL dan negeri2 lain.. biase2 jer.. 
Lain2 acara..ok arr.. antara pertandingannya ialah.. Manager, Executive, Support Staff & Group Terbaik.. TM Consumer merupakan Group terbaik tahun ni..tahniah utk diorg.
Zaki, temanku masa TM Star 2011 pun buat persembahan. Cayalah geng.. utk pengetahuan, beliau merupakan Johan TM Star 2011..masa rehearsal dolu2, hari2 berulang dari Melaka ke Menara KL..jauh tuu.. :)

Aflin Shaukil pun ada buat persembahan.. cuma sedikit boring masa Stacy nyanyi jer.. yea la lagu2 budak2 sekarang..terlompat-lompat & terkinja-kinja..hehe..( masa tu dah pkl 10.30 mlm, so biasenya waktu ni dah Zzzz.. ). Aku tak boleh imagine org2 yang beruban pun sama2 suka-suki jer.. ish..ish..
Majlis bersurai jam 11.50 tgh malam..sampai rumah jam 12.30 tgh malam..

Ohh.. malam itu sangatlah penat..kerana jadualku padat :), k nyarislah esok ahad.. bolehlah rehat.. yahooo!




Tuesday, June 12, 2012

~TM Group Award 2012 @ MMU Cyberjaya ~

jeng..jeng..jeng.. minggu ni minggu hangat sedunia, di tambahkan lagi musin bola yg kian melanda di seantero dunia.. dan dlm kebingungan.. minggu ni plak sibuk dgn FCCAS, PNL, kojer2 yg biase di tgh bulan..hehe.. dan akhirnya yg dinanti-nati tm group awards nite 2012 akan diadakan pada hujung minggu ini.. ngeh..ngeh..

Mengimbas kembali, thn lps tak semena-mena dpt plak masuk TM Got Talent.. fuhh.. ntah ape2 btul.. pelik n ajaib.. taklah tergedik-gedik nak masuk cumanyer sesajer..ala memeriahkan lagi suasana..aku ni bukanlah jenis sosial ekk.. biase2 jer, kalo ia memberi impak yang baik insyaAllah aku masuk, tu pun setelah dapat keizinan hasben terchentaa..begitulah jugak dgn hasbenku.. setiap tindakan yg bakal kami lakukan.. kami akan berbincang terlebih dahulu..percayalah, menjadi suami isteri ni mmg best..dari kita berkawan :)

Dan tetiba.. jeng2 dapat jemputan untuk ke tm group awards nite 2012 yg bakal berlangsung di Dewan Canselor MMU Cyberjaya pada sabtu ini. pergi ku ini bukan seorang peserta tapi sebagai penonton..ngeh..ngeh.. insyaAllah kami dapat baju seragam ala2 pemain bola 
(tak boleh diimiginasikan lagi..) bagi mewakili TMKL. Di sana jemputan dari satu Malaya termasuk Sabah n Sarawak..sejak masuk KL ni, aderla 3-4 baju dapat free walhal masa kat RND mane der.. kat sana hanya golongan tertentu ajer dapat.. "kan jenet kan..kan jenet kan.." kalo pun nak dapat kena la beli.. : ( . Golongan yang tertentu tu ialah pemain bola, boling, dan seangkatan dengannya.. :) .

k, nak sambung kojer ni..

Sunday, June 10, 2012

OST Keluarga 99




sesekali layan citer lama best jugak.. citer baru tak terkesan arr, kesah lama lebih mencuit hati.. k, semoga terhibur :)


Tuesday, June 5, 2012

terjahan..

hoho.. lunch hour ku habiskan dgn menterjah blog orang.. hehe.. 
finally dapat jugak buka blog EE.. korang kenal tak EE.. ala yg gitu2 tu..

Adik iparku mmg minat yg amat sangat dgn wife dia ni.. k, jom terjah..

k, sambung kojer balik..


Monday, June 4, 2012

~ sampaikan salam di angin lalu..~

Angin jugak jika orang suka membandingkan cuti aku ngan orang lain.. apsal plak suka membanding- bandingkan aku dan dia.. ish.. ish.. dlm keadaan sekarang memang badan kadang kala tak sihat, slalunya awal2 ngandung mcm tu kan.. ni masuk bulan ke 5, barulah penyakit alahan datang.. bukannya saje2 nak sakit.. ish..apsal org dok senang ngan aku ni pun aku tak tahu. bleh tak jaga mulut dr mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati.. semoga Allah memelihara hatiku & hatimu jua.. :(

tak gemor btul kalo org dok suka sembang2 pasal org kat aku.. udahlah berbadan dua, dengar plak citer itu ini pasal orang adush.. aku ni dari dulu memang dok suka sembang2 pasal orang.. menceritakan keaiban orang pun dah dosa apa lagi menokok tambah citer2..

sekarang.. tgh bermuhasabah diri..:), minggu ni btul2 menguji keimanan pada diri sendiri. kejer dok tension.. hal orang plak yg membuat aku terfikir apsal diorang mcm tuu...

Hanna.. help! help!


Kesimpulan kecil.:)

Mengutuk : Straight, berdepan/belakang, bahasa kasar, lelaki
Mengumpat: Bengkang bengkok, berintonasi, tokok tambah, belakang, perempuan


P/S: Tak pasti pula kalau dalam blog boleh diklasifikasikan sebagai mengumpat atau tidak.:)
 

Nota kaki:-
tahniah kat En Saiful, kerana dapat baby boy setelah sekian lama menunggunya.. :)

Tuesday, May 29, 2012

~ Ikut hasben jalan2..~


emm.. baru masuk kojer, kami sekeluarga baru balik dari Johor Bharu.. gue n anak2 menemankan si suami ke sana bagi menghadiri mesyuarat 'Energy Saving' kat Ibusawat TM Bukit Timbalan di JB. percutian yang singkat tapi best sebab menghabiskan masa dgn melayan karenah anak2 yang kian meningkat dewasa ( diorg nak dewasa.. kami plak dah jadi dewasa ke tua-an.. :), begitulah resam hidup-kan..)

Suamiku ini bukanlah jenis kaki jalan2.. slalunyer 2 tempat ajer yg kami boleh ikut.. sama ada balik kg ke Perak atau pun ke Terengganu, nak p jalan2 rumah sedara mara memang susah sikit arr. puas jugak dipujuk. dibahas.. tapi biase arr dia mmg muka 'kring'.. Alhamdulillah kali ini tak sangka plak dia ajak kami.. yahoo..yahoo.., dapatlah kami jalan2 ke tempat orang walaupun ianya hanya sehari ! :)

Perjalanan kami ke JB sepatutnya pada hari sabtu.. terpaksa dianjakkan ke hari ahad, sebab hasben cakap tak jadilah nak singgah ziarah Ayah Mie ( adik Ma ), diorang dah balik Terengganu.. :( sempena cuti sekolah ni..
so Ahad pagi kami memulakan perjalanan jam 10 pagi.. fuhh jalan tak sesak cuma terasa jauh arr.. kali ni kami singgah ke Felda Jelai Negeri Sembilan bagi memenuhi undangan & jemputan kenduri kahwin Piza ( ni adik ipar adikku si Iwan..- mak soh singgah bagi wakilkan dr keluarga di Perak ).

 Perjalanan ke rumahnya mengambil masa hampir 3 jam setengah.. emm.. akhirnya kami sampai pun ke kenduri diorg. Adik iparku si Azie memang dah ajak banyak kali, tapi biase arr tak berani nak bagi hint2 kat suami.. dia ni sibuk benor ngan kojer nyer.. n memang tak sangka hasbenku ok plak kali ini.. best..best..

Kami meneruskan perjalanan ke JB melalui Pekan Tangkak jam 3.30 ptg n sampai kat JB jam 6 ptg, dari sana dijemput oleh  abg Wan , Juda (sepupuku) n Mak Yong ( kakak mak kiter arr )...lepas tu trus di bawa jalan2 ke sekita bandar JB sambil Juda menunjukkan jalan ke hasben Ibusawat yg dimaksudkan itu.. bagiku bandar JB bolehlah.. bandar yang besar n pesat dgn pembangunan. Bila singgah kat tepi tambak tu memang nampaklah Negara Singapura tu..hehe..tak dpt pegi dpt tgk dr JB ok la tuu.. mana la tau lain kali dapat trus pegi ke sana..hehe..

lps tu di bawa singgah ke sebuah pasaraya kat sana( ala2 makan malam.. tapi tak makan pun cuma makan otak2 kempas n kaya ball.. penat oo..). Selesai bersantap, trus balik ke rumah mereka di Kg Srijaya. kat rumah pun tak boleh nak tido jugakk sebab banyak citer yg di citer oleh makyong ku.. huhu.. kami tido btul2 jam 3.30 pagi.. :)

Penat memang penat, tapi sekali sekala tukar angin best jugak..  

Kami sekeluarga pulang ke Bangi selepas solat asar pada keesokan harinya..itu pun setelah hasbenku selesai meeting di sana.Tak jalan ke mana2 pun sebab macam biase kesihatanku sebenarnya belum lagi pulih.. asyik muntah n pening2 jer.. tapi biase arr nak support suami,,redahkan jugaklah..anak2 plak muncung jer sebab takleh main kolam.. ( memang perancangan awal nak tinggal di hotel jer.. tapi rancangan dibatalkan sebab dah jumpe sedara..)

k, mcm biase sambung kojer  ek.:) penat masih blum hilang ni...

Friday, May 25, 2012

Taklimat drpd Finance SSO

Gambar di atas diambil semasa taklimat yg dianjurkan oleh Finance SSO TM kepada smua pegawai2 yang bertanggungjawab ke atas akaun masing2 di TM KL. Ianya telah  diadakan di TIngkat 3, Bangunan TM Bukit Mahkamah.. percaya tak caya jer bila aku ternampak boss lamaku..huhu.. Tn Haji Wan Yaakub yang dulu2 pernah berkhidmat di TMR&D sebagai CFO.. beliau AGM bahagian GL di Finance SSO TM.tererempak jugak dgn Fairuza yg juga staff TM yang handle meeting dgn TMR&D suatu ketika dahulu..

kalo dah kija kat TM ni.. memang tak boleh lari dari berjumpa dgn teman2 seperjuangan kan.. hari tu tereserempak dengan En Azam, En Rosli, En Hassim. almaklumlah diorg berjawatan besar di TM, so kalo ada majlis yang melibatkan diorg dah tentunya kami akan bertembung. Smuanya ramah seperti dulu jugak.. :)

k, nak sambung kojer ek. :)

Sudirman-Pesan Abang



huhu..dah tgh malam tapi mata tak boleh nak tido lagi.. sedang menunggu cik abang yg tak balik2 lagi ni.. emm rutinnya begitu arr kalo hari khamis malam mmg masa utk bersukan. Beliau bermain badminton bersama jiran2 taman di Dewan kat blkg taman.. nak jadi pemain badminton negara jauh sekali, cuma katanya suka bersukan bagi mengeluarkan peluh..nak jaga kesihatan katanyer.. 

Yg menulis blog ni mmg kureng sikit bersukan..tapi kalo nak jln2 bagi kluarkan peluh insyaAllah :), aku ni sejak sekolah antara orang yg suka-suki jadi insan terkecuali..hehe.. dok minat bersukan, tapi kalo bidang lain, insyaAllah mmg slalu wakil sekolah arr.. 

Sesunggunya setiap orang antara kekurangan n kelebihannya.. tak payah lah mendabik dada atau berkecil hati.. jadilah insan yang menyempurnakan & menggembirakan insan lain..Begitu juga kebijaksanaan & kerajinan. Dua perkataan yang berbeza maknanya tapi mendalam maksudnya. Maka marilah kita sama2 renungkan.. sampai termenung.. :)

 kita & Ika (adik praktikal dr UUM) bersama kak Umi...

ok..ok.. nak tito, esok ada makan free hooray.. ada majlis perpisahan dgn adik2 praktikal dari UUM.. nnt kita uploadkan gambarnyer ek.. :)

Assalamualaikum..

Thursday, May 24, 2012

~ Tang Lin.. oh Tang Lin ~

La..la..la..sblm ku teruskan citer hari ni.. kat sini nak ambe kesempatan kat hasben sbb bagi duit belanja hari ni ( walhal gaji dah kluar.. i'm bz nak tekan2 duit arr, sorry bang), dlm masa yg sama nak wish thanks a lot to kak Umi & Iena.. my best friend kat TMKL ( geng hua..hua.. merangkap senior yg berpengalaman hoho.. kak Umi ni dah ku anggap mcm mak ku..). actually kami baru jer balik dari Jln Tang Lin.. di ulangi Tang Lin..hehe..
(diorg pu tak tau aku ader blog ni.. jgn kasi tau..huhu.. )

Barangkali tgh macam ini, dr smlm dok hit2 kat Iena temanku.. 'mee kicap..mee kicap..' akhirnya hari ni tetiba Iena plak hint2 kat gue.. "nak p Tang Ling tak? tapi aku tak pasti arr mee kicap ader tak waktu ni.. dah pkl 11pagi ni." Terkebil-kebil mataku melihat Iena.. mimpi kah? ngigau kah..? fuhh..lalu aku membalasnya.." Weh, ko mimpi ke? Kita ok jer.. ON jer sebab minyak keter dah penuh, tak dapat pun takpe.. nak tgk tempat jer dolu.." aku menjawab dgn selamba. Lantas kak Umi mula bersuara." Kat sana ada Ikan Bakar.. sodaapp". sekali lagi aku menelan air liurku.. diorg ni bagi aku dok teringat-ingat ajer.

                                             hasil carian di google..hehe..

Emm.. tak boleh jadi ni.. dlm 1 jam yang berlalu, aku jenuh berfikir nak ke tak nak.. dan akhirnya sepakat ..aku, kak Umi & Iena.. memulakan gerakan ke Tang Lin.. seingat aku Tang Lin ni mcm shopping Complex yg kat Jln TAR.. dolu2 arr, tapi tak sangka plak ia merupakan tempat yang fames di mata org2 KL.. ( aku kan org Cyber..dok plak kat Bangi.. hehe..) 

Alhamdulillah.. kami sampai di tempat yg dimaksudkan.. tempatnya agak ke dalam.. siap panjat bukit lagi ( parking kat atas bukit daa..) dan akhirnya terbentanglah tempat makan yang dikatakan sblm itu.. fuhh.. simple n biase2 jer. namun terselit rasa kehebatan disetiap kedai2 yang berada di situ. Iena cakap kat situ glamer dgn Nasi Lemak Tang Lin.. Ikan Bakar Pak Din dan gerai yang aku dok citer2 tu.. Mee Kicap.. yang lain pun ada. 

Walaupun aku sedikit hampa sebab Mee Kicap dah abiss.. tapi tatkala melihat Ikan Bakar.. fuhh.. bergelora jer ( sejak pregnant, aku ni dah lama tak makan sampai kenyang tau.. uhuk..uhuk..smua tak selera :( 

           ni pun cari kat google.. kalo tgk biase jer.. tapi mmg sedapp.. kat blkg istana negara pun kalah..:)

Ternyata Ikan Bakar Pak Din ni tak menghampakan.. opss.. aku ambe ikan keli ( ikan bakar kt sini mmg dia siap2 bubuh kuah atas ikan...air asam yang pedas..i like )aku siap hirup kuahnya dgn tangan.. hehe.. ( aksi ini jgn di tiru ek kawan2 ) Minum plak ngan Teh O Ais Limau.( maaf tak sempat nak ambe gambo..tapi sempatlah baca doa mkn hehe.. )

Akhirnya kami smua pulang dalam kekenyangan.. Alhamdulillah.. & again thanks to Allah.

p/s: : Hanna.. aku dah p Tang Lin.. hip..hip.. hoorey. :)





Wednesday, May 23, 2012

Mee Kicap Super Kinta

Tetiba plak teringat Mee Kicap,waduh.. bahaya btul aku ni.. 
dok tringat tapi kalo dah dapat.. masa nak maggie kari pun macam tu.. nak.. nak.. tapi bila dah dpt, baunyer plak lari tema dr yang aku nak.. trus tak jadi.. nyarislah Wanie abiskan.. lps tu hasben beli nasi arab.. pun macam tu jugak.. walhal itu lah fabret gue sblm ini.. mak abah kat Terengganu n Perak pun suka.. ( siap tapau bawak balik kg tuu.. hik..hik.. )


Mee Kicap.. Mee Kicap.. kali terakhir makan kira2 15 thn yg lalu. 
waktu blajo kat Ipoh suatu ketika dahulu.. gerainyer di tepi Super Kinta 
( berdepan dgn Mc'D ), masa tu aku nampaklah bapa sedaraku yg ku panggil Paksan n the geng ( MBI) tgh dok sibuk buat jambatan kat situ.. heheh... waktu tu kawan bawakan.. rhupe kedai macam nak runtuh.. tapi pelik ramai btul org yg makan kat situ.. bila dah makan.. 2 mangkuk tu.. fulamaakk.. mmg sedap...tambahan plak org belanja, lagi arr sedap nak makan kan.. :), terima kasih kat kak zai n kak Ijan sebab memperkenalkan Mee Kicap kat gue..

Andai dapat diberi peluang.. nak singgah Ipoh lah.. walaupun kenangan kat Ipoh n sekitarnya dah tinggal sejarah hidup, tapi tempat2 mcm ni teringat-ingat jer.. tapi bilalah agaknya dapat ku singgah..uhukk..uhukk..

wahai teman2 ku, kat KL ni kat mane nak cari ek? dah tak sabar nak tunggu minggu dpn.. Iena temanku nak bawak jln2 ke Tang Ling ( blkg Masjid Negara) katanyer kat situ ada Mee Kicap.. agak2 sama tak ngan kat Ipoh.. wait n see ek. nnt akan ku ceritakan..

k.. nak bersiap utk balik.. tata..

~ Raja Nazrin & keluarga ~

Gambar keluarga Diraja ini menarik perhatianku utk ditatapkan utk smua..

Yang lelaki adalah putera sulung Raja Nazrin Shah
Namanyer Raja Azlan Muzaffar Shah yang berusia 4 tahun  
Yang kecil tu adalah Raja Nazira Safya yang baru berusia 10 bulan ~ sebaya ngan Hananisha anak ipin adikku.. hehe..

Ini bila jadi sultan nanti..
Memang jadi yang terhensem di Malaysia..
tak payah nak pakai bedak kan.. thomelnyer..
Ingatkan sorang je anak Raja Nazrin..
Rupanya dah sepasang..

Nampak bahagia sangat :)

.
.

Kenny Rogers ROASTERS




Hari ni tetiba jer mood nak makan nasi ayam hailam..tapi kat area sini takde arr. akhirnya pegilah menapak ke Bgn Kotaraya ( dpn Petaling street tuu..) p Kenny Rogers ROASTERS lps tu menyinggah kat Mc Donalds plak.. p bli ais krim..

fuhh.. hari ni tak gaji lagi tapi berjaya jugak korek duit syiling kat laci dan handbag..( jenuh adik cashier tu mengira duit syiling gue tadii.. )
Disebabkan malas nak p ke keter ( hasben bagi duit pagi tadi), aku pinjam duit ngan Iena( toche Iena)jap..
hihi.. panahan musin pregnant ni.. malas nak p bank tekan duit, ni sbb Maybank kat atas bukit.. satu lagi citer yg malas nak dilayan.. 
tapi teringin yg keterlaluan yg tak dapat di tahan.. kalo balik rumah dolu pun , tak sempat sbb lps maghrib dah sibuk ngan mengajar...

Dan akhirnya aku p jugak.. yumm.. yumm.. balik opis trus bukak.. mmg sodapp.. Alhamdulillah & thanks to Allah kerana rezeki ini..hehe..

k, samb kojer..


Tuesday, May 22, 2012

~ citerku hari ini.. ~

bz2 dgn kojer.. musin blajo pun dah start balik, kali ni ada 3 paper sama mcm sem lps.

kat opis ~ membzkan diri dgn menggodek-godek Power Point..  sambil memasukkan figure PNL, naik pening dok ambe figure dr excel ke PP..selain bosku, ada sorang practical student yang duduk bersamaku dlm berjuang menggodek PP ni..yahoo.. ada geng :)

slalunyer dolu2( zaman kat R&D)  bos minta print jer, tapi kali ni tampaknya berjinak-jinak plak ler dgn dunia baru ku.. fuhh.. teramatlah slow.. kalo excel & word dah terrer doh siap pejam mata jer.. tapi power point mmg dok terrer lagi.. bos ajar siap ada link lagi.. mungkin bagi korang dah biase, biase jer kan.. tapi mcm gue.. wah.. takjub bin ajaib btul.. hehe..

apa pun hepy2 slalu dgn keadaan sekarang beza.. mmg berbeza ( doh mcm keter myvi daa..) suasana kojer yg baru & lebih best.. alhamdulillah. Dlm kesihatan yang tak menentu.. redah kan ajer daa.. cuti tahunan pun nak kena di jaga.. almaklumlah cutiku taklah banyak mcm diorg yg dah lama kojer tuu.. (  baki cuti kita =11, cuti hasben = 40 hari ish.. kalo bleh transfer cuti atau bagi suka sama suka ,kan best..) 
semalam hasben dok hint2 nak ajak p johor.. wah2.. bestnyer. Beliau & team ada meeting kat sana.. kena plak musin cuti sekolah.. kita plak tgh berkira-kira..apa yg menarik kat sana? dlm keadaan skrg, nak jln2 mmg takde, tapi bila memikirkan anak2.. tgk lah dolu..

last week kami berkesempatan menjenguk abah, ma & Ilah di airport. diorg p umrah. InsyaAllah 26hb May ni akan pulang ke sini. Masa tgk wajah mereka, terfikir jugak bilalah agaknya kami akan pergi ke sana ek?. Aku pasti smua org islam ingin melalui saat2 manis menunaikan ibadat di sana.. moga2 kita smua menjadi tetamuNya suatu hari nanti.. amiin.

Tuesday, May 15, 2012

~Program Turun Padang Dato' Sri Zam di Menara KL ~


Semalam, ada sessi turun padang oleh GCEO Datuk Zam ke TM State. Majlis telah berlangsung di Menara KL yang dihadiri lebih 500 orang staff..& amat2lah meriah. Pelbagai info telah dibentangkan oleh boss besar kami tu..hehe.. sebagai salah seorang staff yang hadir ke sana.. aku, amat2 teruja dengan pencapaian TM di mata dunia. ( teruja sesangat.. ) utk rekod TM telah mendapat tempat lebih 70% dari sasaran asal.. tahniah! tahniah!


Hehe.. kalo tak kerana boss, malas jugak aku nak join.. sebab nyer.. kesihatan tak mengizinkan. tapi atas paksa & rela.. gue & teman gue Iena.. redah jugaklah.. 
kami dikehendaki mewakili TM KL utk nyanyian suara beramai-ramai bagi mengiringi teman2 smua.. ish.. ala2 miming jer.. haha..( Negaraku, Kristal -masa kat R&D, jarang2 aku dengor almaklumlah takde masa nak join event2 ni. serta lagu Gemuruh.. satu lagi lagu baru yg ala2 rappers.. ). Alhamdulillah.. selesai jugak event tu.. penat tu penat jugak arr..tapi satu lagi detik bersejarah dlm diari tahunanku di TMKL.. ari tu join perbarisan & terbaru koir TMKL..

k, esok & luasa ada kursus di TMTC.. fuhh..bab2 nak  ke TMTC mmg nak dielakkan, tapi dah 2 kali tolak kursus ni. Cik Abang plak p Taiping & Tasek ( Perak) ada meeting ( kalo tak.. bleh itut..waaa.. nak balik kuale.. kuale.. )





cau cing cau..

Wednesday, May 9, 2012

~ Ayah Langku part 1 ~


Salam smua.. dalam kesibukan keluarga & kerjaya, kami sekeluarga diberi ujian oleh Allah. Sudah hampir 2 tahun, sepupuku Saiful yang meninggalkan kami smua. Dan kali ini, ayah lang yang kami sayangi pula telah pergi meninggalkan kami smua pada petang ahad kira2 jam 4.30ptg di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau merupakan adik makku yang ke 3 dari 7 adik beradik :(. 

Sebenarnya dalam kesibukan menguruskan rumahtangga, pagi ahad jam 10 pagi, aku menerima panggilan dari adikku Fendi yang mendapat maklumat dari Chu ( adik mak di Taiping ). Katanya AyahLang di Hospital Port Dickson. Beliau ditempatkan di bilik ICU dan doktor memerlukan saudara terdekat untuk maklumat lanjutan. Kelmarin, Ayah Lang telah ke PD bagi meninjau kawasan projek. Beliau rebah di depan Hotel kira2 jam 3.00pagi.

Aku yang masa tu dah mula 'panic' dan memikirkan ayat yang sesuai nak citer kat husben yang pada masa itu sibuk bergotong-royong di taman kami. Aduss.. risau la plak, taku2 tak dapat keizinan darinya. Tanpa berfikir panjang terusku capai telefon nokiaku ( yg kadang2 ek-ot.. ada lin.. takde lain..) alhamdullillah.. yes! yes! abang jawab..abang jawab.." Abang, dah abis gotong royong ke? kalo dah Yah nak ajak ke Hospital PD, ayah lang kat sana.. di ICU". aku mula bersuara." Iyea? abang dah abis, sekarang tengah makan2 jer.. ok, lets go Yang, tapi jang lupa ambe Hafiz kat sekolah".. Wah.. dalam hati ada taman jap, walau sebenarnya hati abangku ini yeay..yeay.. rock arr. Aku plak hampir terlupa yang anak terunaku masih bertaekwando kat sekolah.. kik3..lantas kucapai kunci keter & menghidupkan enjin keter sambil menyidai kain diampaian. Apa lagi.. berdezzzoomm.. menuju ke sekolah untuk mengambil Hafiz yang baru abiss kelas. Dan kini misi kedua bermula..

Tuesday, May 8, 2012

Saje2 nak citer arr

nak post gambo.. tapi tak tahu nak citer pasal aper..
emm, seperti pasangan suami isteri yang lain.. tentunya aku berasa bersyukur kepada Ilahi kerana Jodohku ini..Alhamdulillah beliau menyempurnakan hidupku sebagai seorang isteri & ibu pada anak-anakku. Dan yang paling utama.. ibubapa kami merestui  :).. kehidupan kami yang ada pasang surutnya, sama juga seperti air dilautan.. kehidupan yang dibina amat mematangkan kami.. setiap yang berlaku, kami belajar..
Dunia hanya pinjaman, di akhirat jua yang kekal abadi.. apa yang kami usahakan di masa sekarang adalah utk hari akhirat..
ku pinjamkan kata2 Prof Dr Muhaya
kalo nak citer kat sini memanglah panjang berjela-jela.. kan ada plak aku ni jadi mama juwie la plak.. ohh tidak..

Semoga ikatan ini kekal hingga akhir hayat.. doakan utk kami ek! peace..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...