Tuesday, February 28, 2012

~ Citer di pagi selasa ~


Alhamdulillah, Alhamdulillah.. hari dah 28/2, maka dengan itu genaplah setahun kojer kat Finance KL ni. pejam celik skjap jer masa berlalu. Dan dengan itu juga, genaplah setahun juga mengajar anak2 mengaji Alquran & Muqaddam yang mana pada asalnya hanya 5 orang jer.. kini dah 17 orang.

Sejak penghijrahan ke tempat baru, hati lebih tenang & hidup kami kian teratur.. cewah..cewah..syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, smua yg dirancang berjalan dengan baik..

Sekarang ni dah tahun 2012.. baru jer sambung blajo, 4-5 thn lagi baru abiss InsyaAllah. Hati masih lagi berdebar-debar ni. Dalam masa yang sama, turut juga mengambil kelas tarannum dgn staff TM yang bernama En Nordin. Smuanya terpanggil kerana ILMU dunia & akhirat. Beliau juga mengajar smula tajwidku. emm.. macam2 nak diimpikan..moga2 Allah mempermudahkan perjalanan kami seisi keluarga.

ada org kata kita ni budak praktikal.. hoho.. yo la tu, dah 30-an dah..

Semalam plak Dato' Zam (our big boss kat TM) dah inform us .. bonus 2.1..Alhamdulillah. dapatnya lambar lagi, tapi ianya berita gembira utk kami smua. terima kasih Bos !

Tuesday, February 21, 2012

~ Takde mood ~


2-3 hari malass sesangat...takde mood nak sembang.. nak makan.. nak tidur pun macam tak lena jer.. aduss serabut kepalaku.. ape ke heynyer..??
kejer opis menarik dan tertarik.. :)
nak cuti sayang kojer.. sayang cuti..nanti abis.. almaklumlah cuti keme taklah banyak sangat.. ada 18 hari jer ni.. so kena pandai2 ar simpan.. utk exam.. utk raya.. utk keluarga.. mahupun utk diri sendiri.
Wahai diriku.. bangun arr.. jangan hanyut dgn "M".. kembalikan 'R" dan "C" dlm hidupku..

not kaki:- sesi mengecat di laman botani..( utk rekod..tak penah menang pun.. hehe.. )

Wednesday, February 15, 2012

Kisah Berkat di Sebalik Membaca Bismillah




Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah.

Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya.

Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
| More

Tuesday, February 14, 2012

Hassan Azhari



Tetiba teringat citer "Muqaddam" versi Ustaz Hassan Azhari..rasanya anak2 zaman sekarang dok kenal sape ustaz ini.. yg diorg hanya tau.. beliau ayah pelakon Jalaludin Hassan serta Tan Sri Musa Hassan.. tapi tahukah anda, era tahun 1980-an..beliau ni popular sangat.

kami anak2 kecil masa tu suka menonton tv1 ( sekarang ni TV1.. tak tekan pong) ni smua panahan citer "Muqaddam' yang diajar sendiri oleh ustaz Hassan ni. terasa dia berada di depan kita.. apa lagi dia dok marah2 direct kat peserta2 yg ada masa tu.. terasa plak dia marah kat kita.. :). suaranya yg jelas & tegas dlm melontarkan sebutan ayat2 Alquran serta hukum tajwidnya memang best arr. Dan bila sesi ngaji dah tamat, nasyid ni arr yg slalu dialaunkan.

Alhamdulillah, Ustaz Hassan Azhari masih lagi sihat walfiat..

Friday, February 10, 2012

~ Majlis Penghargaan bersama TM Negeri~

Semalam bertemakan warna ungu telah berlangsung Majlis Penghargaan bersama TM Negeri di Dewan Kristal Menara TM. Ianya diseliakan di bawah TM Government HQ.Turut hadir ialah Datuk Zam( GCEO TM) & Datuk Bazlan( GCFO TM).
State GM bagi 14 negeri bergabung tenaga merencanakan majlis ini..

Tanpa di sangka2, dapat plak jemputan utk ke majlis tersebut. Boss beta tak dapat hadir kerana bercuti. Masa mula2 sampai tu terdiam sebab tak nampak pun kelibat kawan-kawan. Namun tanpa di duga, ramai juga kenalanku di TM Gov. & Menara KL(gara2 join TM Star la ni.. ) hoho takde la gabra. Yg semeja plak terdiri daripada unit BRMP. ok la tu..Dr Sharlene pun ada.. :)
bergambar dengan State GM KL- En Ramlan Omar

Bos2 yg menyerlahkan bakat terpendam mereka.. waduhh gamat satu dewan. walaupun ada penyanyi jemputan :). Mereka smua sempat juga bagi hint2 kat Datuk Zam.. memang selamba arr.

emm.. balik lebih kurang 1030 malam. :) emm.. 1050 malam sampai rumah.. Alhamdulillah.

Wednesday, February 8, 2012

~qasidah Sharifah Khasif.mpg~



sedap btul suara Sharifah Khasif ni.. meremang tatkala beliau mengalunkan qasidah.. tringat plak zaman2 sekolahku.. nasyid, tilawah mahupun mengetuai bacaan doa.. emm,dah jadi kewajipanku masa tu.. hehe.. tak boleh nak lari arr.. hakikatnya aku teramatlah malu nak berdepan dengan smua org.. sampai la ni arr.. rasa malu tu tetap ada.. macam mana tu..

selamat mendengar alunan qasidah arab ni. :)

~Perkongsian Ilmu- sujud tilawah ~

Awal pagi ni seperti biasa buka siaran IKIM.fm. Ada teka-teki mengenai BILANGAN SUJUD SAJADAH. Btul2 menguji mindaku( mudah jer, tapi dah lupa :( ) ..slalunya teka-teki lebih kepada alam sahaja. Walaupun teka-teki dah pun terjawab, tapi molek kiranya dilekat kembali.. 'refresh' kembali-kan. :)
jalan2 cari ilmu..

Sujud Sajadah/Tilawah
Tilawah ertinya bacaan, dan Sujud Sajadah atau sujud Tilawah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Qur'an sama ada di dalam solat ataupun di luar solat.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, "Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka." (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Hukum sujud sajadah adalah sunat mu'akad, atau sunat yang amat digalakkan.

Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, dia lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah dia berkata: "Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa." (HR Bukhari)

Ayat-ayat sujud sajadah ialah:

1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19

Bacaan doa yang sunat dibaca ketika sujud ialah:

Ertinya: "Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta."

Cara melakukan sujud sajadah di dalam solat ialah terus bersujud (tanpa niat, dan tanpa mengangkat tangan) sebaik sahaja selepas membaca ayat sajadah, kemudian membaca doa sujud sajadah di dalam sujud, lalu kembali berdiri dan meneruskan bacaan selanjutnya. Sekiranya bacaan surah itu telahpun tamat (ayat sajadah di pengakhir surah), apabila bangun dari sujud sajadah maka teruslah rukuk selepas berdiri sebentar .

Adalah sunat bertakbir "Allah-Akbar" sebelum turun dari qiam untuk melakukan sujud sajadah. Disunatkan juga agar bertakbir apabila naik dari sujud. Adalah tidak perlu mengangkat tangan ketika naik dari sujud.

Di dalam solat berjemaah, makmum wajib mengikuti imam sama ada imam itu melakukan sujud sajadah ataupun tidak. Bercanggah dari mengikuti imam akan menyebabkan solat makmum itu batal. Akan tetapi, adalah sunat hukumnya bagi makmum melakukan sujud tilawah selepas selesai salam dengan syarat jarak di antara sujud dan salam itu tidak lama.

Bagi sembahyang yang dibaca dengan suara perlahan, umpamanya solat Zuhur, sujud tilawah itu sunat dibuat oleh imam setelah dia selesai menunaikan sembahyang supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan makmum.

Rukun sujud sajadah di luar solat ialah:
1. Niat - iaitu "Sahaja aku sujud sajadah kerana Allah Ta'ala"
2. Takbiratul-ihram
3. Sujud
4. Salam.

Sujud sajadah di luar solat adalah disunatkan kepada pembaca dan juga pendengar bacaan ayat sajadah, dan sujud si pendengar itu tidak tergantung sama ada pembaca (qari) itu turut sujud atau tidak.

Syarat sah sujud sajadah di luar solat adalah sama seperti syarat solat (suci dari hadas besar dan kecil, mengadap kiblat, menutup aurat, dan sebagainya), dan tidak berjangka waktu yang lama antara bacaan ayat sajadah dan perbuatan sujud.

Sekiranya seseorang itu mendengar bacaan ayat sajadah dan tidak berupaya untuk sujud sajadah (umpamanya sedang memandu), maka bolehlah ditangguhkan sujud sajadah itu hingga ketika dia boleh, asalkan tidak terlampau lama masa yang terluput di antaranya.

Tidak perlu berwuduk untuk sujud sajadah ketika di luar solat, namun berwuduk itu adalah lebih afdal.

sumber dari :- http://masjidwilayah.gov.my/v1/

Tuesday, January 31, 2012

~ Bacaan Alquran dr Qariah Malaysia~

~ Tak boleh arr~


Dah 3 malam tak bleh nk tido awal.. smua ni gara2 kawad kelmarin. Punyer arr teruja nak berkawad, sampai nak tido pun tak bleh.. tak sabar-sabar nak tunggu hari esoknya.. hehe.. dan kini hari Perbarisan pun selesai.. tapi mata cannot sleep arr..

Pagi tadi sampai lewat 6 minit.. so kad kojer merah.. fuhh.. tertido & terbabas.. bangun pun lewat.. tambahan plak hari ni hari isnin.. so berduyun-dyun ar keter masuk KL.. nyaris ar bos ada seminar kat Hotel Istana.. so takde ar suara dia memanggil-manggilku utk berbincang.. aman jap. :) tapi petang tadi bos masuk jugak.. so sesi soal jawab ader arr..bleh mamai dpn bos tu.. ish.. cheyah..cheyah.. wake up!

Malam ni pun cannot sleep..dtambah lagi alunan muzik mercun kat belakang rumah ni.. waduh.. raye lagi ke kak..k, jom kita ngaji jap arr.. assalammualakum!

Sunday, January 29, 2012

~ Rumah Idaman~

rumah lama.. cantikkan..( diambil kt google ..hehe..)

Teringin plak nak dirikan rumah tradisional macam di atas. Tapi macam tak boleh jer. hehe.. org kat bandor ni dok sibuk nak buat rumah dua tiga lapis.. tapi hambo trngin rumah yang biase2 jer.. bagi keme, umah kat atas ni btul2 klasik. Rumah opah keme ader rr sikit2 mcm dia atas tapi cantik sikit arr. Dah namanya rumah lama.. sekarang ni rumah tu pun dah takde :(.

Kalo hasben keme arkitek.. pasti akan ku suruh di design utk rumah kami.. hehe.. tapi tu arr tanah skrg ni mahal ooo.. Abahku di kampung memberi cadangan kepada kami membina rumah di sana, emm..

kk.. berhenti mengelamun jap. nak beradu dolu.. esok nak kojer.. to be continue ! Assalamualaikum..

~ Perbarisan di Hari Wilayah di Dataran Merdeka ~

Hari ni buat pertama kali join dengan geng2 TM masuk perbarisan sempena Hari Wilayah 2012 yg telah diadakan di Dataran Merdeka KL. Awal2 pagi dah bangun.. sebelum suboh tu.
Walaupun begitu, tahniah pada semua teman kerana TM dapat tempat ke-3 bagi perbarisan tersebut. Ada lebih 10 GLC yang bertanding. Kami hanya berlatih seminggu jer...

Yang menang ialah Prasarana Negara dan kedua Bank Rakyat. Diorg cakap kami kalah sebab pakaian je.. yea ar diorg siap bawa payung & menari-nari didepan pentas. memang arr lain dari yang lain. Bank Rakyat plak siap berjambul ayam kat kepala.( 3 bulan diorg berlatih tu..) walhal TM biase2 jer. last minutes..
sponsor pun takde banyak.

PM & isteri pun turut serta ke majlis tersebut. Mcm biase arr, PM memberi kata2 aluan & becerita pasal pembangunan di Wlayah Persekutuan & Labuan.

Apapun, memang best arr. Pastinya kenangan ini tak dpt dilupakan..sebabnya jadi "Cinderella"..
(tak perlu kata apa-apa.. senyum ). k..gud nite!

Friday, January 27, 2012

~ Jagung Sagat & Assessment~

sejak pindah kojer kat KL ni.. slalunyer p lunch kat kantin kat Bursa Saham. Dan antara minuman kesukaanku ialah Jagung Sagat... sedap oo.. nama lainnya ABJ. Dalam batuk2 tu mmg itu yg diminum. hehe..

Dalam pada itu, assessment telah pun selamat di buat. Alhamdulillah, tapi tak tahulah keputusannya. Usaha telah dilakukan, sekarang ni tawakal padaNya. Ameen!

k, nak sambung kojer. dah dekat pkl 2 ni..

~UNME -product TM~

Kuasa chatting ni suatu ketika dahulu yg paling popular ialah MIRC..hehe. lps tu kluar arr mcm2 yahoo, gmail, twitter..mcm2 arr.

Kat TM pun ada chatting..tapi hanya bleh di access kalo staff TM ajer yang di kenali sbg UNME. walaupun ianya mcm skima sikit tapi ianya amat membantu kami sekiranya kami nak berhubung dgn staff lain. Kalo email tu..kena la ayat2 formal kan. Kat UNMe..gunakan ayat2 santai jer..hehe. tapi tak ramai lagi yg install benda ni..

Ini juga adalah produk dr Telekom Research & Development..hehe.. rindunyer!

Thursday, January 26, 2012

~ Latihan Kawad..ala2 tentera ~


Ni gambo masa p latihan kawad kelmarin sempena Hari Perbarisan sempena Hari Wilayah. Kami smua berlatih di TM Exc Bdr Tun Razak. Muka dah gelap doh.. berjemur panas..tapi yang best tu.. berat badan dari 58kg turun ke 54kg.

Masa mula2 tu, malu2 jugak arr, sebab majoritinya lelaki. Tapi dah lama sikit.. ok.


p/s: dah namanya anak tentera.. InsyaAllah berkawad tu dah jadi biase arr.. :).

Wednesday, January 25, 2012

~ Carta hatiku ~


Assalamualaikum..
Bertemu kembali kita ek.. wah..wah..wah..
malas btul nk update blog ni.. bz bebenor ngan kehidupan semasa..ni blum lgi bab belajor.. baru bab2 semasa jer..
apa2 pun syukur Alhamdulillah..dengan rahmat kasih sayangNya pada kita smua kan..:)

Berikut adalah list2 citer..carta hatiku di bulan purnama.. ngeh..ngeh..
bulan januari arr..


- bz ngn MAPS.. setelah bersemuka ngn bos.. tolak campur smua..prestasiku adalah 84.5%.. Alhamdulillah, terima kasih En Saiful.... bos dok hint2..kalo bleh tahun ni masuk Musabaqah Alquran kat TM...( ish.. kes naya ni.. ni ayat2 perli ke ayat2 aper tu.. tengok arr.. wait n see arr)

-bz ngan assessment ~ Alhamdulillah.. terpilih nak naik gred.. tapi kena buat assessment online plak.. tak buat lagi ni..tgk arr, nak buat sama2 ngan bos arr jumaat ni. Andai kata berjaya, gaji n gred ku naik arr.. hooyey..hooyey..

-bz ngan anak2 ku & anak2 didikku ~
Disebabkan anak2 murid dah makin ramai.. so kelas mengaji berjalan seperti yang dirancangkan...penat tapi best.. best sangat..tak tergambar rasa gumbiraku mengisi masa bersama mereka. Malam jumaat yang lalu, kami smua membaca bersama surah Yassin beramai-ramai..tampaknya ianya acara mingguan kami :) Semoga Allah merahmati kita smua!

- bz ngan kawad ~ tak perlu kata apa2 yea.. hehe..

- sedih dan tercalar sikit.. hati yng lara~ keter diguris oleh van sewaktu pulang dr tempat kojer.. keter best lagi..tapi tuan punya rasa 'tak best arr'.

~ emm.. dah daftar kat Open University..so pengajian akan bermula insyaAllah Feb ni..

~ bersama kak Ana & Kak Min menziarahi Dr Rozanna di HUKM. Beliau yg juga isteri kepada ex-bos HR kat TMR&D En Hassim Sani telah pun meninggal dunia pada 16 Januari yang lalu.
Al Fatihah buat beliau & salam taziah buat En Hassim seisi keluarga.

~ Baru pulang dari kampung~
Kami sekeluarga telah pulang ke Terengganu bag menziarahi keluarga. Kali terakhir pulang- masa Aidilfitri yang lalu. Cuti singkat jer sebab anak2 tak cuti panjang.

penat tu penat arr.. tapi best sangat..sebab masa sebulan ni memang penuh dengan aktiviti bersama keluarga.
Selalunya bulan Januari..memang takde lain arr.. Audit.. Audit.. kini tidak lagi.. hohoho...

buat temanku 'Hanna'..jgnlah bersedih.. nanti calling2 kita ek...

my best friend Rona.. toche2.. sebab dok ingatkan kita malam ni ada citer Mann.. hehe..

k..time to sleep.. esok sblm subuh dah nak gerak.. Semoga Allah merahmati kita smua!
i love you!

Sunday, January 8, 2012

~ Tua mengejar kita~

Kenangan bersama adikku si Wani & Jieha di Bukit Merah, Taiping.. masa ni kami smua on the way nak p Taman Orang Utan menaiki bot ..
10 tahun yang lalu~ diorg ni kecil2 jer.. siap jaga anak2 ku tatkala cuti sekolah. Pejam celik..pejam celik dah besar mereka ni..dah sama baya jer ngan kakak nyer.. hehe.. apa maknanya tu?

Saturday, January 7, 2012

~ Kesah semasa ~

Terasa rindu plk nak mengarang.Tapi biase arr, tak terer arr. Tapi bila nak mengarang..berjela-jela panjangnya. tampaknya tahun ni tak slalu kot nak tulis2 kat blog ni..sekali-sekala ajer arr..lmaklumlah statusku akan berubah..InsyaAllah...

Hari khamis yang lalu MC~Sememangnya dah 3-4 hari tak sihat ( demam dan batuk) tapi hari rabu yang lalu memang tak larat sesangat. Minum air banyak2 pun tak ok jugak.. Apa lagi bekalan ubat yang diberikan Doktor pun tak layan jugak.. ni btul2 panahan di awal tahun. takpe2, Allah mengujiku..cuci dosa2 kecilku..kan :)

Dan hari Jumaat malam sabtu, seperti hari-hari sebelumnya ada Kelas Mengaji dengan anak2 murid seramai 12 orang. Tapi malam ni bertambah lagi 3 orang menjadikan semuanya 15 orang. Kalau ikutkan, nak tolak jer permintaan mak2 mereka yang turut datang ke rumahku. Tapi bila memikirkan harapan mereka ..akurkan sahaja.

Moga2 Allah mempermudahkan urusanku dalam mendidik anak-anak didikku ini. Dan kerana itu juga,sesi mengaji terpaksa di bahagi 2 bagi memudahkan pengajian berjalan lancar ( anak2 ni kalo dah jumpa.. macam2 disembangnya..main)

Lupa plak nak habaq..sejak 10 bulan yang lalu~ anakku si Hafiz dah mula bergul dengan anak2 jiran. Beliau juga turut bermain bersama Haziq, Aleesya & Akil. Tambahan plak dengan kehadiran si Alia ( anak buah Ita) yang menjadi sahabat baik dengan Diena & Aishah. Mereka juga antara pelajar2 tetap sesi pengajian di rumahku.. Alhamdulillah.. Alhadulillah..

k.. to be continue ek..:)

nota kaki :
nanti kita masukkan gambo2 diorg ek..:)

Tuesday, January 3, 2012

~ Doa~

Tetiba jer teringatkan serangkap DOA.
Dolu2 kalo ada perhimpunan di SMRPK di Kuala Kangsar, memang inilah doa yang dibaca olehku. Ianya diberikan oleh Ustazah Nur Izzati bagi mengetuai perhimpunan sekolah pada hari tersebut. (Sekali dua tu bawa teks.. tapi bila dah lama2.. dah ingat..Alhamdulillah.)

“Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu. Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu. Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.

Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna dan keyakinan yang benar-benar mantap.

Ya Allah kurniakalah kami deen (cara hidup) yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka.

Kami mohon ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami ya Allah , iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa saja yang bersama-sama kami.

Jangan ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walau hanya sekelip mata atau kadar masa lebih singkat dari itu.

Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan, kabulkanlah doa kami”.

Nota kaki:-

mengembalikan nostalgia zaman persekolahanku.. :) untuk anak2ku, selamat kembali ke sekolah...

Sunday, January 1, 2012

~Tahun 2012 ~


Alhamdulillah.. dengan izinNya kita dapat bersua lagi.. ya bedi-bedu.. :)
suara ceria..bersyukur kehadrat Ilahi.. semua yang berlaku telah direncanakan sejak azali lagi. Alhamdulillah juga sebahagian impian tahun lalu telah pun dapat dikecapi... btul arr.. HIDUP ini kena pasang niat yang BAIK..berusaha & tawakal padaNya.

Bukankah Allah pernah berfirman:-
“Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah, “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada- Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung”. (TMQ. at-Taubah [9]: 129)

Hari ni bermula-lah tahun 2012. Maka dengan itu, secara automatiknya umur kita semua tambah satu lagi( walaupun besday lambat lagi..). Begitu arr.. lagi banyak nombor, lagi arr berkira-kira akan amalan yang telah dilakukan. Hitung dosa hitung pahala..

Tampaknya tahun ni perlu bekerja keras lagi untuk mencapai kejayaan.
Antaranya melanjutan pengajian ke IPT disamping meneruskan pengajian Alquran bersama anak-anak didikku yang kini dah mencapai 12 orang. :)..memang meriah rumahku sekarang ini.

Moga2 hari-hari yang bakal kami lalui dengan tenang. Ya Allah!berikan kekuatan pada hati-hati kami. Dan biarkanlah ianya bersandarkan keimanan dan kesabaran. Ameen!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...