Saturday, September 8, 2012

Open house & check up di An Nur Hospital


Baru jer pulang beraya ke Taska Aishah yg terletak di taman kami yang diadakan malam ni.

Hari ni memang banyak jemputan 'open house'.. tapi memandangkan kesihatan yang tidak mengizinkan.. so pelawaan mereka terpaksa ku tolak. aku dan keluarga memilih untuk beraya di kawasan rumah sahaja... 
Terima kasih kerana sudi menjemput kami sekeluarga.-iaitu ke rumah Mansor (kawan suamiku & Taska Iq-tempat aishah tinggal di waktu sekolahnya.

Setelah sekian lamanya.. hari jumaat yang lalu ada menerima email dari Eva.. temanku yang kini bekerja di MDEC di Cyberjaya. Beliau pun ada menjemput kami ke rumahnya.kalo boleh nak perg jugak.. sebab dah lama tak jumpa..
Selain Eva, Farha teman se-geng surau di TMR&D dolu pun ada menjemput.. mohon maaf kerana tak dapat nak ke sana.. untuk tahun ini.. kami beraya dekat2 sahajalah..walhal Shah Alam is tempat favorite kami.. sbb ada kebab daging yang sedap di PKNS.. hehe..smuanya ku tolak..:(

Khamis yang lalu, kami ke Hospital An-Nur bagi buat pemeriksaan lanjutan dengan Dr Khamsiah.. yang juga doktor favoriteku masa bersalinkan Aishah dolu2.. hehe.. sentuhannya malah caranya yang best..(semasa Aishah dilahirkan, tiada jahitan dilakukan oleh Dr Khamsiah)
Ini menyebabkan aku n suami memilihnya sekali lagi untuk menyambut kelahiran babyku .. aku tak pasti akan facility di Hospital An Nur.. tapi masa kat Az Zaharah dolu2.. memang tip-top..Telekom hanya cover RM2.5K sahaja bagi kelahiran normal.. so kenalah pandai-pandai berjimat.. manalah tau.. takut2 terover ke.. berpeluh juga nak membayornyer..Untuk rekod, kedua-dua hospital adalah hospital swasta yang bercirikan islam dan amat terkenal di Bangi... (para suami tentu suka arr..)


Dr Khamsiah menyatakan baby kami sihat.. dan berat terkini adalah 1.3kg. Hari tu masa nak minta Dr biasa keluarkan surat GL..katanya babyku pompuan.. emm.. tak sangka plak kali ini Dr Khamsiah mengesahkannya boy.. :) ..
Alhamdulillah.. kami terima dengan hati terbuka.. cuma sekarang ni misi mencari pakaian baby arr.. baju2 yang dolu kesmuanya telah pun ku sedekahkan pada bibikku Supiani & Nanik Fatonah.. seriuss.. ingatkan dah takde.. (masa tu Aishah berumur 4 tahun..) 
Dalam keadaan sekarang ni, kewangan keluarga tak menentu ni.. kami redha akan ketentuan Ilahi.. setiap anak yang lahir.. tentunya ada rezekinya.. kan ;)

Pesanan ikhlas dariku untuk smua, perbanyakkan membaca Alquran & bersedekah bag memudahkan segala urusan. Wang bukanlah segalanya.. biarlah hati tenang, hidup lebih tenteram.. bagi yang masih ada ibubapa...redhanyaAllah disebabkan redhanya dari ibubapa kita smua.. 

k, nak tido ni.. semoga kita smua senantiasa dirahmati Allah selalu.

Senyum selalu.. ta..daa..)

Friday, September 7, 2012

Jamuan Raya Merdeka di TMKL


Pada 5hb Sept yang lalu, Jamuan Raya Merdeka bagi TM State KL telah diadakan diperkarangan tempat letak kereta di TM Bukit Mahkamah. hehe..
Oleh kerana ini adalah tahun pertama diadakan diKL, yang diadakan konsep terbuka ( smua unit buat pot-luck).. maka ianya menarik semua unit yang ada.. 
macam kami ni.. stress jugak arr..sebab masing2 ada tugasannya sebelum majlis bermula.. tapi smuanya berakhir dengan kegembiraan  kerana kejayaan berpihak di pihak kami.. hip..hip.. hoorey.. 

Walaupun kami tak menang lucky draw.. tapi SGM Office pun menang jugak..
Khemah kami menjadi johan desebabkan dekorasinya yang bertemakan Raya Merdeka. Ianya dipilih sendiri oleh Dato' Bazlan (GCFO TM) sendiri yang sudi datang bertandang ke majlis kami ini..
 Team SGMKL yang serba biru..


Ada satu lagi berita best.. kita dapat naib johan.. so dapatlah hadiah jugak.. ngeh2.. 



 abang kakak dari Polis Bantuan TM yang turut menjayakan jamuan ini...

Team SMEKL yang serba ungu..

Mr Manivannan merangkap State GM KL sedang beramah mesra dengan staff di unit CSM..

Mr Manivannan & Pn Raihan bersama team dr TM Point dr sekitar KL

fuhh memang letih sesangat sebab bz sokmo pada hari tersebut.. tak sempat nak melawat gerai2 unit org lain dek kerana bz kat dapur..bertugas menggoreng ayam.hehehe..

k.. sambung kojer balik.. to be continue.. same place..but diferent story plak.. assalamualaikum :)

Wednesday, September 5, 2012

sahabatku telah pergi buat selama-lamanya..Alfatihah


Malam ni barulah tenang sikit..sebabnya.. yahoo dapat balik awal mcm biase2.. semalam jer balik lambat dek kerana jem yang luar biase kat tol Sg Besi..

Apapun malam ni ku gagahi juga.. nak tulis sedikit berita gumbira dan berita sedih..bleh?.. hehe.. tak boleh pun nak tulis jugak.. ada aku kesah.. korang nak baca ke.. tanak ke.. yang penting akan ku abadikan dalam diari kehidupanku..

2 hari di hari raya.. aku mendapat miss call 5 kali dari sahabatku.. Siti..memeng aku ni bz tahap gaban masa cuti raya di Kuale.. sedara mara & sahabat handai keluargaku datang beraya.. so tak prasan plak tipon berbunyi..

zaman remajaku dan Ina ketika di aspuri RPK suatu ketika dahulu..

Dalam sms yang ditulis oleh Siti.. "Salam Yah.. Selamat Hari Raya.. Yah tahu tak.. Ina kawan kita dah meninggal 2 hari yang lepas..".. jatuh & luruh jantungku tatkala menerima berita sedih tuu.."Innalillahhiwainnalillah hiroji'un.."

oleh kerana asrama ni taklah besar sangat.. hubungan kami dengan senior & junior rapat..

Terkejut jugak bila menerima berita tesrebut. Ingin juga hati ini menziarahi keluarganya di Salak Bahru.. namun keadaan tidak mengizinkan.. Kami akan berangkat pulang ke Terengganu pada keesokan harinya..kebetulan plak tetamu yang datang ke rumah pada hari tersebut amatlah ramai..

Secara ringkasnya.. temanku ini bernama Zarina Zainuddin.. (sama nama dengan artis tuu) seorang kakak sulong sepertiku dan dilahirkan pada 6.6.1978.. oooo.. aku mula mengenalinya semenjak tahun 1992 masa mula2 melangkah ke SMRPK.. dan kami tinggal di asrama puteri nun dihujung sana..

1995- bergambar untuk majalah sekolah..

Beliau yang lemah lembut dan kadang kala ada 'mood' jugak kalo nak bersembang dengan orang.. hehe.. tapi disebabkn beliau ni ala2 takut hantu.. ( kat asarama tu selalu ada gangguan dr makhluk halus.).. maka selalulah tidur dengan aku.. emm.. aduss banyak kenangan manis dgn beliau ni.. walaupun kami berlainan kelas, namun kami rapat diasrama..cuma mungkin dia ni comel sikit.. so ramailah peminatnya..(abang2 UPM yang pernah praktikal kat  tempat ayahnya di Jabatan Perikanan di Enggor.. siap jadikan beliau adik angkat lagi..hehe).
Kami mula terputus hubungan selepas SPM (1995).. namun 2 tahun ( 2010) lepas dapat berhubung semenjak aku terjebak ke alam FB..dah banyak kali nak jumpa.. tapi tak berjaya..:(. Aku pernah 'gayut' dgn beliau hampir 2 jam lamanya..gara2 kami sememangnya suka bercerita perihal masing-masing..)

May 2012-Ina dan adiknya ( carian gambar terbaru di FB beliau..)

Aku memang tak sangka..akhirnya temanku ini telah pergi buat selama-lamanya.. Beliau telah meninggal dunia ketika dalam tidur di rumah ibunya pada 17hb Ogos yang lalu..beliau yang sedang mengandung anak kedua telah meninggalkan seorang anak lelaki yang berumur setahun..

Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang -orang yang beriman.. Al fatihah buat sahabatku Zarina Zainuddin..
baru jer sampai rumah.. uhuk..uhuk..
kesesakan yang luar biasa di tol Sg Besi menghala ke Johor Bharu..

pecah rekod hampir 6 jam dlm keter.. slalunya ambil masa 45 minit jer untuk sampai rumah.. tapi hari ni 6jam.. uwah..uwah..uwah..
hujan yang turun lebat di kajang dan bangi menyebabkan banjir besar kat highway kl- seremban.. 
laluan di antara UPM dan Kajang yang mengalami banjir besar..

udahlah esok bz ngan Jamuan Hari Raya State KL.. sah2 kena datang awal sebab nak deliver aiskrim M'sia yang kita & suami buat..bukan sikit2 tau.. kira-kira 200 .. ni permintaan bos temanleh.. En Saifulzaman.. ntah apsal dia tringin sangat..so kami buat perisa asam boi, Milo & anggur.. yum..yum..smuanya akan di saji di gerai kami.. SGM KL.. selain itu ada laksa johor, penang & kelantan.. fuhh memang grand abiss la gerai kami.. :)

k, tido dolu ek.. asssalamualaikum

Monday, September 3, 2012


Aishah buat hal.. kali ni dia dok sorang di rumah. tak mahu ke taska mahupun ke tadika. sebagai seorang ibu, memang aku risau dgn karenah si kecik ni.. dia nak dok rumah jer.. nyarislah ada jiran2 yang suri rumah sepenuh masa.. dapatlah tengok2 dia.. dalam masa yg sama, kami aktifkan skype dan cctv di rumah bagi monitor beliau dari opis aku atau hasben ku..telefon pun kerap..

Nyarislah satgi aku akan pulang awal sebab ada appoitment dengan doktor..

Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.

Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi.

Monday, August 27, 2012

Pagi ni hujan turun dengan lebatnya.. bila dah hujan ni faham2 ajer arr.. malas satria baja hitam datang arr.. tapi aku dok layang sangat.. kugagahi jua.. suamiku.. emm bestnyer dia.. masih lagi bercuti..hoho..jelesnyer gue..  

Dalam perjalanan nak kluar dari taman perumahanku.. dah pasang niat nak belikan sarapan utk 2 pakcik guard kat opis aku.. ntahlah.. hati ni sayu jer tengok diorang..lantas ku singgah gerai kat tepi padang tuu.. membeli 2 bungkus bihun goreng untuk mereka. Untuk aku plak 1 nasi lemak dan bihun.. bekalan sarapan dan lunch hari ni.. :). Untuk jalan2 memang tak larat doh.. so belilah siap2..hehe :)

emm.. kini kandunganku dah masuk minggu ke 30 atau pun 7 bulan ++. Cepat betul masa berlalukan.Lebih kurang 2 bulan setengah lagi akan bersalin.Kadang-kadang rasa takut jugak walaupun dah ada pengalaman bersalin sebelum ni.. yealah jarak Aishah dan adiknya 6 tahun..mahu tak telan air liur memikirkan mcm mana la nnt...

Setiap kelahiran anak , ceritanya berbeza. ada yang sakit sesgt, ada yang mudah aje bersalin. Tapi macam tu arr nama jer sakit.. namun bila tengok baby.. dah tak ingat sakit tu.. hehe..suamiku slalu citer kembali kat aku tatkala saat-saat kelahiran Aishah.. masa tu aku siap cakap soh dia kahwin jika berlaku perkara yang tak diingini pada aku...(ishh bleh caya ke..hasben aku ni..btul ke apa yang aku cakap kan tu.. ) Aku sentiasa berdoa, semoga kelahiran baby yang baru ni dipermudahkan oleh Allah swt. 

Keutamaan bagi kami adalah kebahagiaan anak-anak. Didikkan agama yang baik buat mereka kerana itu adalah aset untuk kami di akhirat. Kasih sayang sepenuhnya akan diberikan pada mereka.. bukannya kemewahan semata-mata. :)

selingan jap.. 
ni Qayyum anak Eni, berusia 2 bulan.. thomel kan..

k, nak sambung kojer.. cau cing cau..

Friday, August 24, 2012

Salam Aidilfitri buat semua..
hehe.. dah lama tak updated blog..dah naik bersawang blogku ini.. alahai.. nak buat macam mana.. seronok sangat beraya sampai malasss nak bukak blog ni.. hehe.. sebenornya bz yang amat sangat.. dr nak raya.. sampaikan beraya pun bz di dapur mak kame di kuale.. byak plak request dr abahku.. nak nasi ayam.. nak mee sup utara.. sampai 3 hari berturut-turut.. itulah hidangan kami sekeluarga.. air koktail lagi ar.. sebagai anak dan kakak yang sulong.. ku turutkan sahaja kehendak mereka..

Raya kedua, aku menerima call dr sahabatku siti.. beliau memaklumkan bahawa sahabat kami Zarina.. telah pun meninggal dunia pada pagi jumaat yang lalu. Beliau meninggal dalam tidur..terkejut tatkala menerima berita tersebut. Takziah pada keluarganya. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang ynag beriman.. Alfatihah..

pregnant 7 bulan ni.. 
emm tu pun orang kata kita tak macam pregnant.. huakk...


masuk raya ke 3, kami sekeluarga mula bertolak ke Tgau melalui Gerik.. emm.. seperti tahun2 sebelum ini.. 10 jam kami di atas jln raya.. so hasben ajak bermalam di Selising, Pasir Puteh Kelantan... rumah mok ( nenek hasben..). dari semlam jadi ke dua malam.. hehe. drebar plak tiba2 demam ..dok sana dapatlah makan nasi dagang.. nasi berlauk.. dan nasi kerabu.. memang bulat arr kami.. sempat jugak lah menziarahi nenek sedara suamiku yg cacat penglihatan tuu lagi..kali ni berita sedih kami terima.. suaminya berkahwin lagi.. :(. beliau yang kehilangan penglihatan sejak melahirkan anaknya yang pertama suatu ketika dahulu.. emm dan kini mempunyai anak 5.. emm.. sedih jugak mendengar cerita sedih beliau dari mok temoh..
menghabiskan masa petang kami di pantai di Merchang..

Bila dah raya ke 5, kami mulakan perjalanan ke Terengganu.. ia mengambil masa 4jam setengah..dapatlah buat beberapa aktiviti ziarah ke rumah saudara mara di sini.. ingatkan dapatlah jumpa ustaz Azhar yang khabarnya nak menziarah tapi takde rezeki.. beliau sibuk dengan jemputan lain.. isterinya sahaja yang datang.. hehe ( isterinya adalah adik kepada Ayah Usop..yang jugak bapa sedara suamiku..)
dan esok.. kami akan kembali pulang ke KL.. semoga perjalanan kami berjalan dengan sempurna..InsyaAllah.

k, gud nite smua!

Monday, August 13, 2012


Sedar  tak sedar dah 23 hari kita smua berpuasa kan.. dan pagi ini mmg terasa suasana nak beraya.. hehe.. bukak mana2 channel pun smua pasang lagu raya.. ish.. rimas plak.. tapi tatkala dengar lagu sudirman.. hati lagi gelisah..bergelora jer rase jiwaku.. 'hoho.. balik.. kampung..balik kampung..' mane bleh tahan beb.. terasa diriku berada dikampung.. eip..silap2..terasa diriku, suamiku serta anak2 dikampung.. lupa plak.. keme dah berkeluarga.. hehe..

Tahun ni kami akan beraya di Perak dahulu.. & insyaAllah raya ke-3 akan bergerak ke Terengganu melalui Grik.. tak tahulah sampai pukul berape.. kalo ikut trend raya2 tahun terdahulu.. standardnya perjalanan mengambil masa 12jam arr.. almaklumlah.. laluan ke Pantai Timur jalannya taklah lebar mana.. so kena lebih berhati-hati.. apa lagi kat atas jalan raya dah tentunya org sibuk nak beraya.. sah2 ‘jem’.. Moga2 Allah mempermudahkan perjalanan kita smua..

Kuih Raya… emm.. pecah rekod tahun ni.. hehe.. sebab kerajinan yang ketara.. rajin plak nak buat biskut Mazola, biskut arab, biskut oat serta biskut cornflakes.. Alhamdulillah.. my hubby & anak2ku membantuku untuk buatnya bersama.. tapi biase arr.. diorg ni buat n pandai makan.. dan kini dah tinggal sikit jer.. uhuk..uhuk..alahai.. tengoklah esok lusa nak buat ni.. nak beri mak mertua & mak dikampung.. harap2 rajinlah hendaknyer aku dikala itu..

Kek Raya~ emm.. bab ni kena tgk dolu.. adik2ku memang soh buat.. diorg request kek sandwich & kek coklat.. tengok arr.. dolu2 masa kat RND suka benor order kat sorang kawanku ini.. kami panggil dia Farah.. hehe.. kek sandwichnya sedap sangat.. lama2 order macam tringin plak nak try test plak.. Alhamdulillah.. rupanya kek ni tak lah susah mane pun..  sejak dari itu memang aku akan buat arr..

Utk raya kali ni tak plan ape2.. sebab bila dah berbadan macam ni nak jalan2 pun tak larat.. ku serahkan pada suamiku untuk merancang segalanya..

k..waktu rehat dah abiss… to be continue.. Assalamualaikum..

Thursday, August 9, 2012

Petang tadi kami bersantai di ruang sofa. Tiba-tiba Diena bersuara padaku..
Diena : Umi, Iena boleh hafal Rukun Iman & Rukun Islam..Alhamdulillah.. kawan2 Iena yang lain tak boleh menghafalnya lagi arr..
Umi: Bagus arr.. kalo dah hafal.. eloklah amalkan sebaik-baiknya. Besar pahalanya :)
Tiba2 si Aishah mencelah..
Aishah : Umi, Aishah pun boleh hafal tau..
Umi     : Yea ke.. bagus arr.. Rukun aper tu Aishah?
Aishah : Rukun Negaralah Umi..
Aku dan Diena pandang sesama sendiri sambil tersenyum.. melihat telatah si anak kecik in..
ish..ish.. Aishah.. Aishah..

Wednesday, August 8, 2012

aktiviti semasa..

baru pulang dari Shah Alam.. menghadiri temuduga untuk kenaikan pangkat.. hehe.. semalam pun sama..di Cyberjaya ( ingat nak singgah R&D, tapi jadualku tak mengizinkannya ) apa pun kini kuserahkan padaNya.. usaha pun sudah.. jika ada.. ada arr.. kalo takde its ok.. cuba lagi..kan. kija kat tempat sekarang pun hepy2 jugak..

Nak jalan2 kat Shah Alam tadi pun tak best sebab Mr Hubby dok ikut.. bz sokmo dgn kojernyer kat Ibusawat.. so pakat2 trus masuk opis di KL.. fuhh satu perjalanan best.. sebab lurusss jer.. takde belok2.. hehe..

Tapi tampaknya lps raya ni lagi arr bz.. sebab TM nak buat pertandingan " Raya Merdeka'.. so ada arr aktiviti2 yang menarik hatiku untuk turut serta.. hehe.. jgn plak terkezut plak.. akan kehadiranku ini udah arr.. ianya sekadar meraikan sahaja.. sesungguhnya minatku terhadap seni kesusasteraan mahupun seni kebudayaan tu ada.. walaupun dok asyik berkire-kire jer. hehe..

k, nak siap kojer n strusnya p solat zohor..

Monday, August 6, 2012

Nuzul Al -Quran

Selamat Menyambut Nuzul Al -Quran buat semua umat islam..

Sedikit info mengenai Nuzul Quran...

Peristiwa Nuzul Al Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana Kitab Al Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Quran berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadan, tahun ke 41 daripada Keputeraan Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira..

Walaupun Selangor dapat cuti am.. tapi kami di KL, kojer macam biasa.uhuk..uhuk..
esok dan lusa akan mula menjelajah ke Shah Alam dan Cyberjaya.. emm.. chaiyok! chaiyok ! utkku dan smua teman2 TM yang akan sama2 "bertemu dan menduga..."

Monday, July 30, 2012

~ result assessment dah kluar ~


Hari ni masuk opis tgh hari sebab ada exam kat OUM..lps tu ambil adik iparku kat NIOSH di Bangi..Ieyah ada interview di sana..Ilah pun ada menemankan Ieyah ke sana.. then trus bawa jalan2 ke KL..(kita p kojer..diorg nak p shopping kat Chow Kit.. akhirnya diorg berehat ajer kat surau sebab letih sangat.. ( alahai adik2ku..)


Sampai jer opis trus buka email.. tentunya email berjela-jela masuk hari ni.. so kena la tengok mana2 yang patut.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..syukur kupanjatkan kehadrat Ilahi.. kerana keputusan penilaian telah pun ku terima.. hooyay..hooyay.. Mak! akak dapat.. akak dapat.. 

Terus terang aku ingat dok dapat.. yea arr.. saper la aku yang baru sangat join TM ni.. sblm ni kat anak syarikat.. walaupun R&D adalah anak syarikat TM, namun rezeki tu macam payah jer kat sana.. but kat sana pun dapat jugak rezeki.. dapat anak.. beli rumah.. emm.. dapat ramai kawan2 dari yang atas dan yang bawah.. kat sana jugak aku terkena 'skim'.. hahaha.. tu arr padan muka p masuk lagi.. tapi bila dah macam2 berlaku aku lebih berhati-hati.. nak pilih kawan pun tengok2 dolu.. tak boleh 'trust' abiss ngan orang..ngeh2..

Boss pun ada panggil dan mengucapkan tahniah.. tapi tu arr.. dok hint2 pasal kotak2.. ala hai.. trus terang memang hepi kat KL.. hepi sangat.. jika rezeki ku disini lagi.. insyaAllah.. perjuangan ditruskan..janganlah risau benor plak...

Kini.. ada satu langkah lagi..minggu depan akan ada sessi temuduga di Cyberjaya..Mak.. doakan akak ek! begitulah aku.. walaupun dah kahwin.. mak jugak diingatnya.. mak.. oh mak.. suami mahupun abah memang memberi kekuatan kepada inspirasi hidupku.. super heroku... sesungguhnya perjuanganku belum lagi selesai..terima kasih untuk smua!

Friday, July 27, 2012

Cerita di pagi jumaat

Aduss esok, lusa & tulat.. ( sabtu hingga isnin) dah nak exam.. trus terang aku dok baca aper2 lagi ni.. hanya berbekalkan masa bersama pensyarah di kelas tempoh hari. Begitu cepat masa berlalu. Bila dah masuk Ramdhan ni.. lagi arr, siang di opis malam di surau.. balik rumah pun trus Zzzzz..bangun pagi pun bersahur n bersiap ke tempat kojer.. alahai.. Kurang 24 jam akan ada exam..emm.. 

 Malam semalam terima sms dari adik di kampung. Beliau memaklumkan yang jiran terdekat kami En Jabiiee telah pun meninggal dunia kira-kira jam 5 ptg akibat terjatuh di bilik air. Innalillah.. tampaknya sekitar rumah kami dah ramai orang2 yang ku kenali sejak berpindah ke kampung telah meninggal dunia. Bertambah sunyilah..

Dua minggu yang lalu, Opah Chu yang juga adik kepada atukku pun telah meninggal dunia. Kehilangan beliau pun aku dapat rasai.. Tahun lepas masa aku & suami menziarahinya di Hari Raya..aku dapat lihat riak wajahnya yang semakin uzur, rumahnya plak usang. Apa lagi beliau tinggal seorang diri dirumahnya sekian lama. Opah Chu tidak mempunyai zuriat bersama suaminya yang terdahulu ( sepanjang hidupnya beliau pernah  mempunyai 7 org suami ). Ohh lupa plak.. waktu kami ziarahnya ada arr 2-3 kuih di atas talam.. namun semut2 kecil dah naik menyebabkan kuih2 tersebut telah dikerumuni..anak-anakku plak sibuk bermain di anak tangga kayu yang menarik perhatian mereka.. biase arr budak2 pekan.. jarang-jarang naik rumah kayu.. 

Sambil kami duduk bersembang.. beliau sempat memuji suamiku yang katanyer hensem ala2 sharukh khan..( wek..wek..nak muntah) namun sempat jugak menasihat kami berdua agar saling sayang- menyayangi antara satu sama lain. Jangan bergaduh & sentiasalah bertolak ansur..Emm.. memang benar sebelum kami kerumahnya, kami berdua berselisih faham.. tapi biase arr.. buat muka 'control ayu' di depan mak dan abah... tapi tu arr.. orang tua kan.. boleh baca fikiran kita.. mimik muka kita.. aku yang pada masa itu terkedu lantas mengeluarkan air mata secara tetiba-tiba..sebenarnya dah lama aku tak mendengar kata-kata nasihat itu.. dolu2 masa Opah ada.. memang ada arr.. lagi pun bila melihat keadaan Opah Chu yang tiada tempat bergantung apa lagi tiada anak-anak disisinya diwaktu susah dan senang. 

Alhamdulillah.. mak & abahku antara orang yang kerap membantunya dikala sakit. Sehingga ke akhir hayatnya memang mak membasuh kesemua pakaiannya di rumah kami. Adik beradik makku pun menggajikan seorang perempuan dikampungku ( kami panggil Mak Lang ) untuk membersihkan rumah & memasak pada setiap hari di rumah Opah Chu. Akhirnya pada tanggal 13 Julai 2012 ( Jumaat) beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Alfatihah untuk Hajah Aminah Ngah Othman. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman…

Ajal maut di tangan Allah. Tak kira usia kita muda atau tua dan kita tetap akan dijemput-Nya. Tapi tak tahu bila. Ingatlah bahawa mati itu terlalu hampir kepada kita. Walaupun kita berada jauh di perantauan, berada di tempat yang laungan azan tidak kedengaran untuk mengingatkan kita tentang kebesaran-Nya, di kelilingi dengan manusia yang sering memandang ringan akan perintah Allah dan hanyut dengan hanya kesukaan sahaja di atas dunia ini. Oleh itu marilah kita ingat-mengingati tentang datangnya hari di mana hanya amal dan kiriman doa saja yang akan mengiringi kita untuk menemui-Nya.
Baginda Rasulullah saw pernah bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan seseorang dan kemudian mereka menarik ruhnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain yang masuk dan menarik ruh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Kemudian datang pula satu kumpulan malaikat yang lain, masuk dan menarik ruhnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik ruh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."


Thursday, July 26, 2012

Ramadhan datang lagi..


Ramadhan datang lagi
bersyukur kepadaNya kerana diberikan peluang untuk menunaikan ibadah puasa
walaupun keadaan fizikal yang taklah berapa sihat namun sebagai insan yang bergelar islam kugagahi jua.. kan puasa itu wajib ke atas smua orang islam.. 
yea benar aku tengah berbadan dua namun itu bukalah tiket untuk tidak berpuasa..InsyaAllah babyku memahaminya.. (sambil menggosokkan perutku..mengalunkan zikir padanya..) 
Pada teman2 yang sepertiku..mungkin tips dari Dr Zubaidi di http://drzubaidi.com/blog/?p=1949
boleh membantu anda smua..

Hari ni dah 6 Ramadhan, dua hari yang lalu.. kalo mengikut bulan islam 4 Ramadhan 1398 yang lalu aku dilahirkan di Hospital Kuala Kangsar.. wah2 dah 34thn usiaku skrg.. 
Alhamdulillah.. aku bersyukur akan nikmat & hidayah yang diberi olehNya..moga2 keimananku akan lebih bertambah.. tambah usia bermakna pendek lagi juga lah perjalanan hidup kita, kan.. maka dengan itu moga2 amalan yang baik dipertingkatkan.. yang buruk2 tu dijauhkan... Ameen.

Kesempatan yang ada ini.. 
nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat suamiku yang terchinta.. 
saudara Wan Fadley Bin Wan Abdullah.. yang ke berapa ek.. ada arr.. apa pun usiamu..uban penuh dirambutmu.. hatiku tetap padamu.. cewah.. cewah..
kehidupan yang kita bina tentunya ada pasang surutnya..tabahkan hati untuk menempuhnya dengan hati yang penuh redha.. kemewahan bukanlah segalanya dalam hidup..jangan lupa tipon Ma di kampung dan ucapkan terima kasih kepadanya..

Pagi kelmarin dapat sms dari sahabatku Saudara Naim( teman seperjuangan semasa di KK suatu ketika dahulu).. Innalillahiwainnalillah hiroji'un.... beliau memaklumkan yang ayahnya telah meninggal dunia di bumi UK pada petang sabtu yang lalu..dan kini jenazah telah selamat dibawa pulang ke Bandar Tasek Selatan, KL. 
Semalan, ayah beliau telah dikebumikan di tanah perkuburan Salak South. 
Alfatihah untuk Tn Haji Ghazali yang merupakan anak watan Padang Rengas, Kuala Kangsar. Untuk Naim dan keluarga ~ takziahku ucapkan.. doaku moga2 ayah beliau di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Alfatihah.

k, nak bersiap ni.. nak pegi kojer.. 
Selamat Berpuasa buat smua.. jgn posa yang yuk ek!

Saturday, July 14, 2012

~ Kesah hari sabtu ~

Hari sabtu adalah hari yang sibuk utk kami seisi keluarga.. sesi gotong-royong bagi mengemas rumah..hehe..memang rutin kami seisi keluarga.. sejak bibik takde n anak2 kian membesar, kami berdua mengajak mereka utk’meringankan tulang’.. membantu kami. Lagi pun sudah tentunya kerja yang susah jadi mudah bila dibuat beramai-ramai kan..

Tengah hari ~ ooh.. disebabkan si Uminyer teringin.. si abahnyer menuruti sahaja.. kali ini kami ke Wangsa Maju.. area2 sana ader restoran Nasi Ayam yang ssedaapp.. hehe.. memanglah uminyer yang tringin.. tapi si abah n anak2 terchinta yang beria-ia makan.. mcm mana tuu?? Restoran Nasi Ayam Nash ni bersebelahan dengan kedai borong kopok lekok.. lokasi yang mudah dijejaki.

Menceritakan sedikit macam mana boleh kami terjebak ni.. adalah kesah 10 tahun yang lalu arr.. suamiku dolu2 kija kat Kausar Corporation, beliau bekerja sebagai Engineer kat kawasan tapak kat area MINDEF tuu.. adelah otai2 yang ajak dia p makan ke sana.. hehe.. oleh kerana baginya sedap.. beliau mengajakku ke sana pada setiap kali hujung minggu.. memang tak dinafikan, berduyun-duyun orang beratur makan kat situ.. walaupun kedainya biase2 jer.. ternyata sajian Nasi Ayamnyer dah masuk kat TV tau.. harganya berpatutan arr.

Ptg sikit ~ singgah sekejap ke Pekan Sg Besi.. tempat ku dibesarkan.. tapi kali ni kami beli apam balik n air tebu.. almaklumlah panas2 begini.. makan pon soodap..

Oleh kerana kami ada terima sms dari Eni adikku, so trus p Hospital Serdang bagi menziarahi beliau n babynya..
baby di bilik NICU lagi ni.. kami hanya boleh melihat dari cermin sahaja.. jadi arr.. 

Eni n Ely dah kahwin setahun yang lalu.. dan kini Eni baru sahaja melahirkan seorang baby lelaki yang comel.. oleh kerana ada masalah di awal kelahiran, maka babynyer ditahan di wad utk rawatan lanjutan.. alhamdulillah, kini kembali sihat..

Sesi ziarah selesai.. n kami sekeluarga pun pulang ke rumah kira2 jam 5 ptg. Walaupun keletihan tapi best sangat.
Esok Diena ada sukan plak.. beliau memasuki sukan acara lompat tinggi, lompat jau n lari 4X100m... ni memang mewarisi abahnya yang suka bersukan ni.. k, gud luck!


Wednesday, July 11, 2012

Orang Bsp p interview


Pagi ni hujan turun dengan lebatnya. Dengan wajah yang kemalasan, ala2 ’mood’ nak tido smula, ku gagahi jua. Emm Alhamdulillah kesihatan ku baik2 ajer. Biasenya pagi2 tu mmg muntah2 di pagi hari mmg wajibb..agak2nya baby pn ’agree’ nak p interview ni.. hehe..

Seperti yang ku maklumkan sblm ini, hari ini adalah panggilan ’interview’ bagi kenaikan pangkat.. hehe..’mood’ malasss.. srbab hujan.. apa lagi nak bawa keter sampai TMTC di Jln Semarak ( dekat2 UTM KL) emm.. riso plak dgn tempat keramat tuu.. Bagi staff TM, nak pegi sana mmg ’berchintaa’.. area ’jem’ sesangat ap lagi kalo ’time’ hujan.. banjir arr..nauzubillah..

Bila dah sampai sana, hati tak tenang tatkala melihat langit dah mendung tapi hujan tak lagi turun di sini... so parking kat tepi jalan jer ( kawasan warung2 kecil di tepi TMTC tuu).

Untuk rekod, kamia adalah kumpulan kedua diKL, yang dipanggil interview. Sebelum ini HR dah pegi Terengganu dan Sarawak.. kija kat TMKL memang ceria sama alah macam diR&D, Cuma masa bersama keluarga di hujung minggu memang terluang sangat arr..apa pun ku serahkan padaNYa, kan smua rezeki itu datang daripada Allah..kalau dah takdir dariNya ku balik ke Cyberjaya.. (ya beda bedu.. hip-hip hoorey.. yes..yes.. ader drebar balik.. hoho.. )

K, time to sleep.spt biasa esok kojer.. melamba-lambai jer tuu.. k gud nite & Assalamualaikum!

TMR&D tetap dihati

coretan dolu2.. setelah ku tinggalkan TMR&D... terima kasih smua!

Lama juga bekerja disini.. adalah dekat2 8 thn 8 bulan.. huhu..
sebelum tu di Audit Firm & Construction.. bidang kerja yang sama, buat kira2.. akaun, audit, tax..dan seangkatan dengannya.. memang kerja akaun best.. wa cakap lu.. hik..hik..
yang tak best is, org buat akaun.. buat part time kerja lain.. tu jer la. so konsetrasi tu dah bahagi 2.. pernah juga kita cuba nak buat macam tu, tapi kerja aku ni lebih banyak cabangnya.. so terpaksalah undurkan diri.. hik..hik..


Semua orang akan ada harapan bila dah kerja lama.. naik pangkat ker.. naik gaji ker.. bla.. bla.. tapi kotak kat sini takde, sedikit kecewa arr.. nak plak kerja banyak, nak sambung belajar pun tak sempat.. apa lagi nak bahagikan masa dgn keluarga, Alhamdulillah, suamiku rajin jugak membantu dalam hal2 rumah tangga.. sidai kain, lipat kain.. apa lagi menyapu sampah kat luar rumah, aku pulak yang tersipu malu.. hik..hik.. thanks a lot ek! Beliau betul-betul memahami. Tapi bila berkesempatan, memang tugasan tersebut akan dilaksanakan sepenuhnya olehku..


Tentu kehairanan ek, apsal aku melalut jauh ni.. ntahlah, nak tinggalkan Cyberjaya ni.. memang tak terfikir, apa lagi punyai teman-teman yang serasi, buat kerja pun dah boleh pejam mata jer.. ( haha.. ayat2 riak sudah bermula..) tapi demi masa depan, aku perlu berhijrah.. bukan harta yang dicari mahupun nama.. tapi kepuasan kerja.. peningkatan ataupun perubahan hidup ke suatu yang lebih baik.. moga2 perjalanan hidupku dipermudahkan olehNya.. ameen.

Tuesday, July 10, 2012

Surat cinta 24 muka Prof Muhaya


Malam sabtu yang lalu, sempat jugak arr menonton TVAlHijrah.. yang bertajuk Soal Wanita, sebuah cerita ruangan bual bicara bersama personaliti.. yg bestnyer kali ni ada Prof Dr Muhaya..idolaku.
Terus terang aku suka personalitinya yang sederhana. Walaupun beliau seorang wanita yang berpendidikan tinggi namun melihat ketinggian budinya serta keluarganya.. amatlah dikagumi. 
Mari kita baca bersama ek!

Surat cinta 24 muka Prof Muhaya

Posted by Mohd Adha Mohd Zain on Sunday, May 15, 2011

Pertemuan kali pertama di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor, pada April 1976 merupakan detik bersejarah buat pasangan Profesor Dr. Muhaya Mohamad, 52, dan Dr. Azmi Jamion, 54.

Ini kerana, pertemuan tersebut bukan sahaja menyatukan kedua-dua pasangan tersebut malah ia cinta pandang pertama buat mereka.

Ternyata kedua-duanya menyimpan perasaan antara satu sama lain dan tanpa diduga teguran pertama daripada Dr. Azmi mengeratkan lagi persahabatan mereka.

Menurut Dr. Muhaya yang merupakan Pengerusi Persatuan Oftalmologi MMA dan Pengarah Pusat Mata dan LASIK, Pusat Perubatan Prince Court, pertemuannya dengan Dr. Azmi adalah secara kebetulan dan mereka tidak mengenali antara satu sama lain sebelum itu.

“Dr. Azmi ke Sekolah Tun Fatimah menghadiri Pertandingan Perbahasan Piala Perdana Menteri yang mana sekolah saya menjadi tuan rumah ketika itu.

“Buat kali pertama saya terpandang Dr. Azmi sewaktu dia berada di padang menonton pertandingan bola tampar yang diadakan semasa itu.

“Ketika itulah hati saya terdetik ‘hensemnya dia’, dan saat itu juga saya jatuh cinta pandang pertama padanya,” ujarnya sambil tersenyum ketika ditemui di kediamannya di Country Height, Kajang baru-baru ini.

Mengimbas memori tersebut, baik Dr. Muhaya atau Dr. Azmi, masing-masing menyatakan, peristiwa tersebut tidak pernah luput daripada ingatan kerana sememangnya peristiwa tersebut merupakan detik terindah yang ingin kenang sampai bila-bila.

Tanpa diduga Dr. Muhaya, dia tidak bertepuk sebelah tangan kerana tanpa pengetahuannya, Dr. Azmi juga ada menyimpan perasaan terhadapnya.

Ujar Dr. Azmi, dia yang merupakan pelajar matrikulasi ketika itu memberanikan diri menegur Dr. Muhaya sewaktu isterinya itu berjalan dibelakangnya dan soalan pertama ditanya ialah, “Form berapa?”

Selepas Dr. Muhaya menjawab soalan Dr. Azmi, mereka seterusnya berjumpa untuk berbual-bual dan sebelum ‘berpisah’, mereka saling bertukar-tukar alamat.

Jelas Dr. Azmi, dia yang memulakan dahulu perkenalan yang lebih serius dengan menulis surat pertama kepada Dr. Muhaya yang berada di Terengganu.

Menurut Dr. Muhaya, surat pertama yang dikirim Dr. Azmi amat menggelikan hatinya kerana kandungan surat tersebut bertanyakan cita-citanya.

‘‘Bayangkan, surat pertama isi kandungannya bertanyakan cita-cita saya dan balasannya sudah pasti saya beritahu saya ingin menjadi seorang doktor.

‘‘Susulan itu, Dr. Azmi beritahu dia juga bercita-cita ingin menjadi seorang doktor dan apa kata kita sama-sama mengejar cita-cita menjadi doktor dan terus jadi steady.

“Pandai Dr. Azmi ni dan saya pun terima kerana dia (Dr. Azmi) merupakan teman lelaki pertama saya dan terakhir, insya-Allah,” katanya lagi sambil ketawa.

Akhirnya setelah berkawan hampir tiga tahun, mereka mengikat tali pertunangan pada 15 November 1979.

Berbicara lanjut mengenai hubungan mereka, ujar Dr. Muhaya, seperkara lagi yang pasti menjadi kenangan sampai bila-bila ialah rekod kiriman surat antara mereka kerana ia tidak pernah putus dan setiap kali mendapat surat, balasan pasti dipos keesokan harinya.

Surat yang paling panjang pernah diterima Dr. Muhaya ialah 24 helai dan beliau sendiri tidak mengingati apa yang ditulis oleh Dr. Azmi ketika itu sehingga ia menjadi begitu panjang.

Walaupun dilihat Dr. Azmi merupakan seorang yang begitu ringkas tetapi ternyata anak kelahiran Ulu Tiram, Johor ini romantik dan penyayang.

Ini dibuktikan apabila Dr. Muhaya menerima kiriman surat sebaik sahaja melangkah keluar dari dewan peperiksaan ketika menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bukan itu sahaja malah Dr. Azmi pernah mengirimkan surat dan juga kaset yang mengandungi lagu yang dimainkan dengan gitar dan dinyanyikan sendiri olehnya.

Sebelum mengakhiri zaman bujang, Dr. Muhaya pernah menyuarakan hasrat memutuskan persahabatan atas alasan ingin menyambung pelajaran ke Kaherah, Mesir selama tujuh tahun.

Bagi Dr. Muhaya, tempoh itu terlalu panjang dan tidak mungkin dapat menunggu Dr. Azmi.

Bagaimanapun, sudah tertulis jodoh kedua-duanya, akhirnya Dr. Muhaya membatalkan hasrat menyambung pelajaran kerana selain kasihankan Dr. Azmi, bapanya juga tidak mengizinkan.

“Saya teruskan pelajaran ke tingkatan enam sebelum masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Seterusnya setelah bertunang enam bulan, kami diijab kabul pada 11 Mei 1980 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata,” katanya.

Kini, pasangan yang gemar berkaraoke dan menonton drama Korea ini telah pun bergelar datuk.

- UTUSAN

Friday, July 6, 2012

~ Kisah sedih dan gembira.. Allah yang beri ~

Dah masuk bulan Julai.. lagi 8 hari kita smua akan berpuasa.. sekejap jer masa berlalu kan..
Lama jugak tak updated blog ni..hehe.. i'm busy..i'm busy.. bz ngan kija, kerja sekolah dan hal-hal rumahtangga.. :)

Alhamdulillah, bulan March yang lalu, aku dapat naik gred.. dan kali ini dapat panggilan interview untuk kenaikan pangkat. Waduhh.. bertalu-talu dateline ni.. next week nak hantar paper, akan bz plak dgn report emm datang plak panggilan interview.. kepala dah bahagi 3 ni..moga2 Allah mempermudahkan perjalanan hidupku dan keluarga.. mau taknyer kalo dah di panggil, takkan tak study sikit.. apa lagi hujung bulan ni dah start exam bagi Semester ni..dalam keadaan begini, berbelah bahagi masaku dengan keluarga. Nyarislah suamiku memahami. Beliaulah temanku mengadu masalah...

Hasben pun ku lihat seperti tak seronok jer.. katanya beban kerja dan banyak menyebabkan beliau sedikit tertekan... alahai, bersabarlah suamiku. Jangan difikirkan sangat masalah kojer ni.. buatlah sekadar yang termampu.. Dalam pada itu, kita dok hint2 kat suami.. "bila nak balik Terengganu ni, dah nak posa ni ?".. hasben ku hanya tersenyum.. emm.. " 2-3 bulan ni banyak nak pakai duit ni.. nak posa.. nak raya.. nak dapat baby.. anak2 nak masuk sekolah."..katanya. Aku hanya tersenyum.
Abangku pun ada cerita akan berita kenaikan gaji bagi smua Exe TM.. hujung bulan ni dijangka mereka akan menerima berita baik.. dan dengan itu, beliau bertahan lagi.. :) 

Ternyata bila dah berkeluarga ni, kewangan kami amatlah terhad.. Sedaya upaya aku berjimat cermat. tapi tu arr.. 2-3 hari yang lalu kami di uji lagi.. kipas angin kat ruang tamu serta peti ais dah rosak.. sebelum ini peti ais ni dah 4 kali di tukar komponennya.. Kipas plak, dah dekat 3 bulan tetiba jer off sendiri. Tapi kali ini satu rumah bergelap tatkala kipas di "on-kan"....Suis utama 'ter-off sendiri arr". Nak tak nak.. dengan paksa rela, kami membeli kipas angin dan peti ais yang baru..

Itu sebahagian kisah sedih minggu ini.. minggu depan seperti Allah memberi kisah gembira, InsyaAllah..mohon doakan bersama yea.. Alhamdulillah, Alhamdulillah.. dengan kehidupan ini . KeranaNya kami masih berpegang pada taliMu..
sebagai insan kerdil aku redha dengan ketentuanNya.

nota kaki : 
Duhai hati, janganlah terkorban dengan DUNIA. Hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...