Wednesday, September 5, 2012

sahabatku telah pergi buat selama-lamanya..Alfatihah


Malam ni barulah tenang sikit..sebabnya.. yahoo dapat balik awal mcm biase2.. semalam jer balik lambat dek kerana jem yang luar biase kat tol Sg Besi..

Apapun malam ni ku gagahi juga.. nak tulis sedikit berita gumbira dan berita sedih..bleh?.. hehe.. tak boleh pun nak tulis jugak.. ada aku kesah.. korang nak baca ke.. tanak ke.. yang penting akan ku abadikan dalam diari kehidupanku..

2 hari di hari raya.. aku mendapat miss call 5 kali dari sahabatku.. Siti..memeng aku ni bz tahap gaban masa cuti raya di Kuale.. sedara mara & sahabat handai keluargaku datang beraya.. so tak prasan plak tipon berbunyi..

zaman remajaku dan Ina ketika di aspuri RPK suatu ketika dahulu..

Dalam sms yang ditulis oleh Siti.. "Salam Yah.. Selamat Hari Raya.. Yah tahu tak.. Ina kawan kita dah meninggal 2 hari yang lepas..".. jatuh & luruh jantungku tatkala menerima berita sedih tuu.."Innalillahhiwainnalillah hiroji'un.."

oleh kerana asrama ni taklah besar sangat.. hubungan kami dengan senior & junior rapat..

Terkejut jugak bila menerima berita tesrebut. Ingin juga hati ini menziarahi keluarganya di Salak Bahru.. namun keadaan tidak mengizinkan.. Kami akan berangkat pulang ke Terengganu pada keesokan harinya..kebetulan plak tetamu yang datang ke rumah pada hari tersebut amatlah ramai..

Secara ringkasnya.. temanku ini bernama Zarina Zainuddin.. (sama nama dengan artis tuu) seorang kakak sulong sepertiku dan dilahirkan pada 6.6.1978.. oooo.. aku mula mengenalinya semenjak tahun 1992 masa mula2 melangkah ke SMRPK.. dan kami tinggal di asrama puteri nun dihujung sana..

1995- bergambar untuk majalah sekolah..

Beliau yang lemah lembut dan kadang kala ada 'mood' jugak kalo nak bersembang dengan orang.. hehe.. tapi disebabkn beliau ni ala2 takut hantu.. ( kat asarama tu selalu ada gangguan dr makhluk halus.).. maka selalulah tidur dengan aku.. emm.. aduss banyak kenangan manis dgn beliau ni.. walaupun kami berlainan kelas, namun kami rapat diasrama..cuma mungkin dia ni comel sikit.. so ramailah peminatnya..(abang2 UPM yang pernah praktikal kat  tempat ayahnya di Jabatan Perikanan di Enggor.. siap jadikan beliau adik angkat lagi..hehe).
Kami mula terputus hubungan selepas SPM (1995).. namun 2 tahun ( 2010) lepas dapat berhubung semenjak aku terjebak ke alam FB..dah banyak kali nak jumpa.. tapi tak berjaya..:(. Aku pernah 'gayut' dgn beliau hampir 2 jam lamanya..gara2 kami sememangnya suka bercerita perihal masing-masing..)

May 2012-Ina dan adiknya ( carian gambar terbaru di FB beliau..)

Aku memang tak sangka..akhirnya temanku ini telah pergi buat selama-lamanya.. Beliau telah meninggal dunia ketika dalam tidur di rumah ibunya pada 17hb Ogos yang lalu..beliau yang sedang mengandung anak kedua telah meninggalkan seorang anak lelaki yang berumur setahun..

Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang -orang yang beriman.. Al fatihah buat sahabatku Zarina Zainuddin..

2 comments:

Angah said...

al-fatihah. apa sakitnye....dia ni pernah sambut besday ngan akak masa kat dorm e, tahun 1994...

Impian Serikandi said...

Dari sumber adiknya..
Zarina meninggal dunia ketika dalam tidur :(. Beliau sedang mengandungkan anak yang yang kedua dan sepanjang mengandung, beliau ada penyakit darah tinggi.

Mak beliau suatu ketika dahulu pernah sama2 dgn mak saya di tahan di hospital kuale.. juga simpton sama sakit darah tinggi ketika mengandung..

Saya pun risau juga.. sebab keadaan saya ketika ini sedang mengandung.. nyarislah doktor kata saya hanya tekanan darah rendah sahaja.

Sama2lah kita menjaga kesihatan.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...