Saturday, September 8, 2012

Open house & check up di An Nur Hospital


Baru jer pulang beraya ke Taska Aishah yg terletak di taman kami yang diadakan malam ni.

Hari ni memang banyak jemputan 'open house'.. tapi memandangkan kesihatan yang tidak mengizinkan.. so pelawaan mereka terpaksa ku tolak. aku dan keluarga memilih untuk beraya di kawasan rumah sahaja... 
Terima kasih kerana sudi menjemput kami sekeluarga.-iaitu ke rumah Mansor (kawan suamiku & Taska Iq-tempat aishah tinggal di waktu sekolahnya.

Setelah sekian lamanya.. hari jumaat yang lalu ada menerima email dari Eva.. temanku yang kini bekerja di MDEC di Cyberjaya. Beliau pun ada menjemput kami ke rumahnya.kalo boleh nak perg jugak.. sebab dah lama tak jumpa..
Selain Eva, Farha teman se-geng surau di TMR&D dolu pun ada menjemput.. mohon maaf kerana tak dapat nak ke sana.. untuk tahun ini.. kami beraya dekat2 sahajalah..walhal Shah Alam is tempat favorite kami.. sbb ada kebab daging yang sedap di PKNS.. hehe..smuanya ku tolak..:(

Khamis yang lalu, kami ke Hospital An-Nur bagi buat pemeriksaan lanjutan dengan Dr Khamsiah.. yang juga doktor favoriteku masa bersalinkan Aishah dolu2.. hehe.. sentuhannya malah caranya yang best..(semasa Aishah dilahirkan, tiada jahitan dilakukan oleh Dr Khamsiah)
Ini menyebabkan aku n suami memilihnya sekali lagi untuk menyambut kelahiran babyku .. aku tak pasti akan facility di Hospital An Nur.. tapi masa kat Az Zaharah dolu2.. memang tip-top..Telekom hanya cover RM2.5K sahaja bagi kelahiran normal.. so kenalah pandai-pandai berjimat.. manalah tau.. takut2 terover ke.. berpeluh juga nak membayornyer..Untuk rekod, kedua-dua hospital adalah hospital swasta yang bercirikan islam dan amat terkenal di Bangi... (para suami tentu suka arr..)


Dr Khamsiah menyatakan baby kami sihat.. dan berat terkini adalah 1.3kg. Hari tu masa nak minta Dr biasa keluarkan surat GL..katanya babyku pompuan.. emm.. tak sangka plak kali ini Dr Khamsiah mengesahkannya boy.. :) ..
Alhamdulillah.. kami terima dengan hati terbuka.. cuma sekarang ni misi mencari pakaian baby arr.. baju2 yang dolu kesmuanya telah pun ku sedekahkan pada bibikku Supiani & Nanik Fatonah.. seriuss.. ingatkan dah takde.. (masa tu Aishah berumur 4 tahun..) 
Dalam keadaan sekarang ni, kewangan keluarga tak menentu ni.. kami redha akan ketentuan Ilahi.. setiap anak yang lahir.. tentunya ada rezekinya.. kan ;)

Pesanan ikhlas dariku untuk smua, perbanyakkan membaca Alquran & bersedekah bag memudahkan segala urusan. Wang bukanlah segalanya.. biarlah hati tenang, hidup lebih tenteram.. bagi yang masih ada ibubapa...redhanyaAllah disebabkan redhanya dari ibubapa kita smua.. 

k, nak tido ni.. semoga kita smua senantiasa dirahmati Allah selalu.

Senyum selalu.. ta..daa..)

2 comments:

mamawana said...

Assalam

Salam sayang moga sihat selalu. Hidup adalah perjuangan berbekal iman dan taqwa. Solat dan sabar. salam sweet sweet

http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/09/ber-open-open-house.html

Unknown said...

Assalam mamawana,


Terima kasih atas nasihat yg diberi..InsyaAllah.
sa;am ukhwah ;)


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...