Wednesday, June 22, 2011

~Program TM State KL ~

Baru jer naik ni.. tadi ada event kat perkarangan parkir kenderaan kat TM Bukit Mahkamah sempena sesi Senam Robik & Flag Off..


Kami semua telah dimaklumkan melalui email pagi semalam.. so hari ni terpaksalah awal sikit pegi k
erja.. penat minggu lepas pun tak abiss lagi ni.. tapi memikirkan masalah parking.. & kalo boleh tak nak lah bayar2.. so awallah sikit gerak hari ni.. emm.. Alhamdulillah.. parking dapat oow..
memang selalu dapat pun.. cuma kali ni kena cepat sikit sebab boss2 pun parking kat tempat kami..


~control syu.. Zetty & Faezah ~




Memang hebat.. i like.. tak ingat merempit giloss.. macam husband kita cakap arr..' turun dari kereta tampak sopan dan ayu.. tapi kalo bawa keter kalah keter racing, walhal bawak keter kancil jer.. ahak..".. huhu.. statement berani darinya..pandai jer, walhal kalo kluar pagi2.. mana ader keter sangat.. pandai jer buat citer..




~ 'War cry'- Teaming in Passion.. -Our SGM KL & AGM SMEKL - nun di hujung sana..





Oleh kerana kita pakai baju ala2 executive... so tak join ler, cuma turun bawah jap sebagai menghargai tugasan yang bakal mereka lakukan.. Acara dimulai dengan senamrobic... Patutlah sorang mamat tu senyum jer kat kita rupa2nya.. beliau adalah salah seorang penari Menara KL.. kita kenal rupanya.. yealah diorg pun turut memeriahkan dinner last week kat MMU.. Beliau menjadi peneraju utama untuk sesi Senamrobic pagi ni..hik..hik.. dunia ini kecil dek.. aku hanya jadi ala-ala 'mamarazzi' jer..dengan tersipu malu.. ambil gambo dari tepi jer.. saper la aku dihati mu.. hahaha..( suka dengar celoteh DJ Andy Hakim kat Selangor.FM-tu tagline dia arr..)






-TM Bikers -



Selepas itu ada sesi kata2 aluan dar SGMKL serta bacaan doa agar majlis berjalan lancar. Program hari ni tertumpu pada 2 acara iaitu Program Tora-Tora ke lokasi Jualan & program amal ke Hospital KL di Institut Pediatrik ( Wad kanak2 ). Aku pun teringin jugak nak join, dah lama tak join kerja2 amal ni. Last time aku join Belia 4 B Di Ipoh, kira2 13 tahun yang lalu.. kami pergi ke Rumah Anak2 Yatim di Ipoh Perak.. maybe sebab aku baru lagi kat sini, so belum kenal sangat unit2 lain selain geng2 opis & surau kat bawah tu..




-Flag Off -
tak nampak arr gambo boss, org ni menghalang.. hik..hik..


k, sambung kija balik..sessi filing plak. Assalamualaikum..

nota kaki : "TM perlu lebih agresif untuk berdaya saing dgn jenama lain.. berikan perkhidmatan yang terbaik, barulah ianya dihargai.. bukan setakat mencari keuntungan semata-mata.." Dato' Zam.. our CEO- TM Berhad..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...