Wednesday, June 15, 2011

~ reheasal lagi..~

Aslam ~ TM Cyberjaya
sewaktu saringan,beliau menghantar video ala2 artis terkenal..

Hari ni adalah hari kedua kami berlatih kat Menara KL. Memang adik2 ni menunjukkan bakat yang tersendiri.Mereka datang dari pelbagai latar belakang kerjaya. Ada yang kerja di bidang IT,bidang teknikal, marketing, legal mahupun kewangan.. aku la tu..hik..hik

Setakat hari ni, 5 unit dah mulakan latihan. Ada 3 lagi belum ku lihat latihannya. Ini kerana mereka berada di Johor, di Sarawak dan satu kumpulan dari Indonesia. Mereka dijangka akan memulakan latihan,jumaat ini di MMU di Cyberjaya. Macam mana agaknya latihan diorg ek.


Zaki ~ MMU Melaka
hari2 berulang-alik dari Melaka.. memang bersemangat
beliau mengetahui namanya tercalon ke TM Star melalui blogku..



Rizalli~ Legal TM
kalau ikut rupanya iras2 Hazami, tapi suaranya macam Anuar Zain

Macam ku katakan sebelum ini, aku seorang sahaja yang pompuan. Yang lain smua lelaki..tapi pangkat adik2 rasanya..tapi diorg memang baik hati.. 'akak'.. 'akak'.. dah rasa macam aku ni kakak diorang la plak..dari adik2 yang menyanyi sampailah adik2 yang main band tu..walaupun karektoramereka ala2 rock zaman purba.. tapi budaya hormat-menghormati amat tinggi..baguslah dek. Siapa lagi nak jaga kalau bukan kita semua...


Baru hari kedua berlatih.. dah letih.. nyarislah nyanyian adalah sekadar hobi sahaja.. bukan btul2. kalau btul2 ntahlah.. nak pengsan dibuatnya..berulang-ulang nyanyi lagu yang sama..Bila drive pun terasa mengantuk..masa tu memang takde gula2 untuk di kunyah..so terpaksalah menjolokkan tangan ke tekak.. alasannya agar aku akan terasa nak muntah..sahh..memang rasa nak muntah..but dah jadi tak ngantuk.. itu petua tu..kalo korang nak cuba silakan.. hik..hik..


k, seperti biasa.. to be continue ek..

2 comments:

Angah said...

hariah, nanti nak nyanyi lagu apa...

Unknown said...

lagu.. 'apa guna berjanji'.. lagu lama arr..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...