Thursday, June 30, 2011

~ Selamat tinggal bungaku ~

Pagi yang indah.. syukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi kita berada didunia ini bagi menjalani kehidupan sbg khalifahNya..

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya, dan petunjuknya. Dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya."



Pagi ni baca email yg diforwardkan oleh suamiku.. emm syahdu plak rasanya.. sememangnya aku pun sudah mengetahui akan kesah ini.. siap berchatting ngan beliau.. beliau yang ku maksudkan ialah En Ahmad Ibrahim ( CFO) .. our boss masa kat TMR&D. Namun kali ini btul2 sedih.. beliau akan kembali ke TM mulai 1 Julai ni..ish..ish..



-CFO TMR&D yang duduk ditengah-
sessi bergambar semasa sambutan Hari Raya di TMR&D-Oct, 2010

Bagiku beliau mempunyai karisma yang tinggi.. bertolak ansur & mudah bergaul dgn semua peringkat umur..alhamdulillah, beliau yg seorang yg warak..itu dari kacamata ku arr..
Nak cerita apa pun, macam tak sesuai jer kalo dibahaska
n disini.. tapi tu arr.. eemm.. emmm.. ianya merujuk post ku sebelum ini..

antara kata2 kat emailnya :-
Kita hari ini banyak memperbaiki apa yang akan ditinggalkan dan tidak memperbaiki apa yang akan ditetapkan”

Apapun berlaku.. kita buka lembaran baru.. cerita baru.. truskan kehidupan selagi nyawa dikandung badan..



Nota kaki :
Tahukah anda nama peguam 'Natrah' yang membantunya suatu ketika dahulu ialah Ahmad Ibrahim..

Tuesday, June 28, 2011

~ Lelaki Botak ~

emm.. kisah botak Chin.. bukan.. bukan.. kisah Mawi.. pun bukan.. hahaha.. namun kisah ni hanya kisah hidup suatu golongan.. hahaha... tak moh la citer.. kang jadi propaganda.. fatomorgana.. haha.. smua bukan.. yg penting siapa pun kita.. jgnlah angkuh, kita hanya manusia biasa..


ok.. berikut adalah cerita pasal orang botak ek..

Tahukah anda bahawa keguguran rambut akan berlaku antara 50 hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal. Tetapi jika ia gugur lebih daripada itu, anda perlu beri perhatian yang serius.

Keguguran rambut yang tidak dirawat akan menjadi serius sehingga menyebabkan kepala menjadi botak selama-nya.


Masalah paling biasa berlaku apabila akar rambut mula menyusut menyebabkan proses pertumbuhan rambut terbantut dan menjadi lemah yang akhirnya rambut akan gugur sendiri.

Faktor paling utama ialah tekanan. Kebanyakan individu yang terlalu kuat bekerja sehingga mengalami tekanan adalah berisiko mengalami keguguran rambut. Jika tidak ditangani dengan baik ia akan menjadi permulaan kepada masalah kehilangan rambut.

Ini adalah hasil tindak balas hormon di dalam badan. Hormon utama yang mempengaruhi proses ini ialah dihidroksitestoster-on (DHT) iaitu hormon dalam kelas androgen yang mengganggu sistem endokrin yang mampu menggugurkan rambut.


Oleh itu elakkan dari tekanan semasa berkerja. Mungkin anda tidak merasai kesannya dalam jangka masa singkat tetapi lihatlah apa yang akan berlaku nanti setelah beberapa bulan..

Adios~~~~


~ Dipenjara 4 hari kerana mencuri~

gambar hanya hiasan ek..


Nenek mengaku salah dakwa terlupa buat bayaran di kaunter


KUALA LUMPUR: Seorang nenek dihukum penjara empat hari dan denda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah mencuri beg tangan berjenama dan cermin mata hitam milik pasar raya Jaya Jusco, Taman Maluri, di sini minggu lalu.
Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Pat Har Noi, 63, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 23 Jun 2011.
Har Noi didakwa mencuri sebuah beg tangan berjenama Sembonia dan cermin mata hitam bernilai RM348.90, di pasar raya berkenaan pada jam 3.00 petang, 23 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, ketika rayuannya untuk mengurangkan hukuman, Har Noi mengaku dia terlupa untuk membayar harga barangan itu di kaunter pembayaran pusat membeli-belah berkenaan malah mendakwa dirinya sering terlupa.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa berada dalam keadaan mencurigakan sebelum diekori pengawal keselamatan yang melihatnya memasukkan beg tangan dan cermin mata hitam ke dalam beg yang dibawanya.
Dia kemudian gagal menunjukkan resit pembelian sewaktu ditahan dan mengaku mengambil barangan tanpa membayar di kaunter sebelum dibawa ke Balai Polis Cheras di sini.

nota kaki : ish..ish.. macam2 ragam manusia

Sunday, June 26, 2011

~ Nikmatnya hidup ~

Ku bersyukur kehadrat Ilahi.. punya keluarga yang sederhana kehidupnya.
2 hari yang indah bersama mereka terasa hidup ini dihargai -sebagai isteri malah ibunda pada anak-anakku yang comel & ceria..

Friday, June 24, 2011

~ Pulangkan... ~


Petang tadi, kluar awal sikit.. sebabnya nak pegi KL Tower nak jumpa saudari Azira di unit kebudayaan bagi memulangkan semula pakaian yang dipinjamkan kepada ku..ingatkan nak pulangkan isnin lepas, tapi ada masalah2 yang tak dapat dielakkan, maka hari ni baru lah dapat ku laksanakan.., walaupun begitu ku beri sedikit saguhati padanya tanda terima kasih. Budi baiknya amat dihargai..


Sambil tu sempat juga aku n Iena menjenguk festival Negeri Terengganu yang tengah berlangsung di sana...kelihatan pelbagai jenis makanan, pakaian & alatan muzik tradisional negeri Terengganu terdapat di situ..kalo korang berkelapangan , pergi arr. Ia berlangsung sehingga 26hb June ni..

~ Farewell En Azizan ( SFO TMKL )

Pagi jumaat yang indah.. yeay..yeay.. esok lusa cuti.. husband ajak kami sekeluarga menemankan beliau ke Mid Valley.. tengok beliau main blowling utk opisnya... ( opisku dolu arr ), tapi rasenyer tak ikut sebab nak siapkan hal rumahtangga yang dah pending.. seminggu lamanyer.. nahi..nahi.. dah tonggak terbalik rumah kami..

our boss.. tapi dah pindah ke Menara KL beliau jugak orang kuale.. Terima kasih banyak2 ek.. walaupun aku taklah lama ngan beliau.. memang orgnya baik & murah senyuman mcm bos lamaku di RND..En Ahmad
( CFO)


Hari ni.. kija macam biasa.. on.. off.. on.. off.. mcm tu arr, so takut2 terlena, p bli air nescafe jap..segar lah sikit.. Tgh hari smlm, opis kami buat farewell pada SFO State KL yg berhijrah ke Menara KL..bertempat di Restoran Ayam Kampung, Velodrome Cheras.. bunyinya macam jauh jer tempat tuu.. tapi bila pegi dari opis adalah dlm 10 minit jer.. so layan jap gambo2 ni ek.. hik..hik..


Our GM State KL Mr. Ramlan Omar


sebahagian staff dari tingkat 1B
sahaja..

adik-adik praktikal dari UM


kakak2 ni otai..


ini pun otai ni..


sukenyer dia.. hik..hik..

gulai kawah

ayam goreng kampung


sambal ikan bilis & kacang goreng

ulam-ulaman.. faveret chu ni.. alahai, tringat plak kat minah ulam ni...

sambal belacan.. ni Siti Aminah RND punyer..

Makanannya simple.. tapi kenyang sampai malam..
Alhamdulillah..
dua tiga minggu ni asyik makan sedap jer.. nasi tandoori, nasi minyak, nasi arab.. nasi campur yg bisa menambahkan rasa ngantukkk jer & mengganggu diet ku ini.. apa pun aku bersyukur..

Untuk En Azizan, selamat maju jaya di tempat baru. Jangan lupakan kami di sini ek..

Nota kaki : rindu kawan2 kat di sana.. sana..




Thursday, June 23, 2011

~ Baru ku tahu..~


Ada cerita sedih ni.. ala.. ada la sikit2 geram ni.. nyarislah aku ni kerja TM.. bleh arr faham akan kira2 ni..


Citer nyer gini.. petang semalam dapat call dari TM Muzium. Diorang memaklumkan bahawa permohonan tipon CDMA ku di tolak. Alasannya ialah namaku 'blacklist'. Tersentak aku mendengarnya... macam mana bleh 'blacklist' ni. rasanya namaku bersih.. pening pun ada, mana nak ku korek duit ni...






Dan hari ni, setelah settle hal2 opis, jam 9.55am trus ku turun n pegi ke TM Muzium yg kat sebelah jer.. diberi nombor dan tunggu.. Dekat2 jam 10.40 barulah nombor ku dipanggil..pehh.. walaupun lewat namun perkhidmatannya amatlah baik.. ku pun citer A sampai Z.. then diorg semak kat sistem.. memang sah aku dah bayar kira2 4 tahun yang lalu sebanyak RM 736. Jumlah sebenar pada bil ialah RM 1228..



Ini smua kisah lama arr. Masa tu tinggal kat seksyen 7, Shah Alam. Kawasan tu baru jer membangun.. kalo nak menapak ke seksyen 2, jauh juga.. hutan plak tu.. Oleh kerana aku pun baru bekerja kat Audit Firm tu.. so pakat2 ngan kawan2 untuk pakai telefon rumah. Almaklumlah.. mak abah nak tipon kan mudah, kalo tak hantar surat tau. Bila dah kerja ni, nak karang surat pun tak sempat.
Nak pakai kat tipon awam pun.. bersaing plak ngan student2 UiTM yang pun turut nak guna tipon awam.. Dah duduk ramai ni biase la.. ada sekepala.. ada jugak macam2 kepala.. so kepala2 yg lain ni tak bayor.. aduss.. yang kena gue la.. Kami smua tak pakai handphone lagi sebab masa tu sape2 yang nak pakai line.. mahal oo..ada yang pakai pun macam tak pakai.. sebabnya line tak berapa nak ada lagi..siap panjat2 bukit lagi.. dasyhat tau.. beruntung budak2 sekarang..




Setelah kejadian kebakaran di rumah kami, kami semua berpecah.. ada yang sambung belajar , yang dapat kerja gomen malah ada yang kahwin..so aku plak menyewa kat rumah depan opis.. dan sehingga tahun 2006, terima surat dari TM minta bayar sebanyak itu... ha.. panjang citer..konon2nya TM bagi diskaun 40% pada staffnya.. so kebetulan adalah sedikit duit simpanan & memikirkan masa depan.. aku pun bayar.. tak sangka plak diorg tak buat 'adjustment' tu.. masak.. masak.. so tadi diarahkan p tingkat 5 kat bangunan aku ni.. sampai situ diorg suruh p tingkat 7 plak.. ish.. sabar jer la..jumpa plak ngan sorang kakak ni..kecilnya dunia.. semalam pun ada terserempak kat parking.. siap sembang2 lagi.. tapi tak tahu plak namanya..so dia janji nak bantuku..Syukurlah.. "Allah mempermudahkan urusanku.. alhamdulillah"..


Kini tak pening lagi.. hik..hik..


Nota kaki :- Berbuat baik berpada-pada.. buat jahat jangan sekali..

Wednesday, June 22, 2011

~Program TM State KL ~

Baru jer naik ni.. tadi ada event kat perkarangan parkir kenderaan kat TM Bukit Mahkamah sempena sesi Senam Robik & Flag Off..


Kami semua telah dimaklumkan melalui email pagi semalam.. so hari ni terpaksalah awal sikit pegi k
erja.. penat minggu lepas pun tak abiss lagi ni.. tapi memikirkan masalah parking.. & kalo boleh tak nak lah bayar2.. so awallah sikit gerak hari ni.. emm.. Alhamdulillah.. parking dapat oow..
memang selalu dapat pun.. cuma kali ni kena cepat sikit sebab boss2 pun parking kat tempat kami..


~control syu.. Zetty & Faezah ~




Memang hebat.. i like.. tak ingat merempit giloss.. macam husband kita cakap arr..' turun dari kereta tampak sopan dan ayu.. tapi kalo bawa keter kalah keter racing, walhal bawak keter kancil jer.. ahak..".. huhu.. statement berani darinya..pandai jer, walhal kalo kluar pagi2.. mana ader keter sangat.. pandai jer buat citer..




~ 'War cry'- Teaming in Passion.. -Our SGM KL & AGM SMEKL - nun di hujung sana..





Oleh kerana kita pakai baju ala2 executive... so tak join ler, cuma turun bawah jap sebagai menghargai tugasan yang bakal mereka lakukan.. Acara dimulai dengan senamrobic... Patutlah sorang mamat tu senyum jer kat kita rupa2nya.. beliau adalah salah seorang penari Menara KL.. kita kenal rupanya.. yealah diorg pun turut memeriahkan dinner last week kat MMU.. Beliau menjadi peneraju utama untuk sesi Senamrobic pagi ni..hik..hik.. dunia ini kecil dek.. aku hanya jadi ala-ala 'mamarazzi' jer..dengan tersipu malu.. ambil gambo dari tepi jer.. saper la aku dihati mu.. hahaha..( suka dengar celoteh DJ Andy Hakim kat Selangor.FM-tu tagline dia arr..)






-TM Bikers -



Selepas itu ada sesi kata2 aluan dar SGMKL serta bacaan doa agar majlis berjalan lancar. Program hari ni tertumpu pada 2 acara iaitu Program Tora-Tora ke lokasi Jualan & program amal ke Hospital KL di Institut Pediatrik ( Wad kanak2 ). Aku pun teringin jugak nak join, dah lama tak join kerja2 amal ni. Last time aku join Belia 4 B Di Ipoh, kira2 13 tahun yang lalu.. kami pergi ke Rumah Anak2 Yatim di Ipoh Perak.. maybe sebab aku baru lagi kat sini, so belum kenal sangat unit2 lain selain geng2 opis & surau kat bawah tu..




-Flag Off -
tak nampak arr gambo boss, org ni menghalang.. hik..hik..


k, sambung kija balik..sessi filing plak. Assalamualaikum..

nota kaki : "TM perlu lebih agresif untuk berdaya saing dgn jenama lain.. berikan perkhidmatan yang terbaik, barulah ianya dihargai.. bukan setakat mencari keuntungan semata-mata.." Dato' Zam.. our CEO- TM Berhad..

Tuesday, June 21, 2011

~ Panahan Asmara ~



Nak cerita yang jiwang2 jap.. huhu.. Ntah macam mana teringat kat si dia.. si dia.. yang menyebabkan jiwa kacau.. hampir 4 bulan tak bertemu.. macam mana ni? Apa yang harus ku lakukan.. patutkah.. atau.. emmm.. macam ni lah kalau hati dah jatuh cinta..



Beginilah panahan kasih asmara pada si dia.. hahaha... siapakah gerangan..kalau nak makan.. selalunya tak lalu.. tapi kali ni.. Lalu sokmo.. bisa gemuk tahap gaban.. ultraman..sheeRa.. HEman... Ini lah dia yang ku maksudkan itu..





Restoran Saba'.. ish.. nun jauh di Cyberjaya. Bagus jugak aku tukar tempat kija.. kalo tak hari2 nak pi sana jer.. husband.. kekadang layan juga kehendakku.. tapi kalau dia bz sokmo ngan meeting sana-sini.. terusku pergi sendiri.. huhu.. tapi sekarang susah arr.. jauhhh.. so hanya berangan-angan kosong ajer la..Kelmarin, masa event kat MMU pun tak sempat nak pergi..nak jenguk kawan2 lama kat RND pun tak sempat.. jadual yang sangat padat..







Yumm..yum.. masa dinner kat MMU memang di sajikan Nasi Arab.. tapi secara peribadi.. memang nasi Arab Saba' tak boleh dilawan.. begitulah panahan asmara..k..k.. sambung kija balik ek... udah2 ler tu..





nota kaki :
berat badanku dah turun.. ahak.. dari 67kg ke 62kg.. alhamdulillah..

Monday, June 20, 2011

~ hahaha... abang sayang..~

Nak tidur ni..tapi tak boleh nak lelapkan mata..tengah menunggu kepulangan suamiku yang pergi meeting Taman.. tak balik2 lagi ni.. sambil tu,buka PC jap,terjumpa gambar ni..


Rasanya gambar ni baru di ambil.. hahaha..
abang..abang..ni yang buat Yah lagi sayang ni..orangnya selamba & suka buat aku ketawa sahaja.. walhal aku ni memang muka 'takde perasaan'.. Beliau ambil bulu mata palsu yg diberi oleh juru make-up kat aku dimalam TM Star kelmarin..terkebil-kebil nak bukak mata.. berat oo..



Ni satu lagi gambar yang menarik.
Gambar ni di ambil di Taman Rekreaksi di Bandar Baru Bangi..dah lama dah....
Aishah tengah nak uuuk..so aku ambil kesempatan untuk mengambil gambarnya..tak sangka plak Abahnya mengambil gambar kami dari belakang..


ish..ish.. tak elok tu..

~ Again.. alhamdulillah ~


Dengan izinNya, kita dapat bertemu lagi..

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. syukur kehadrat Ilahi..pagi2 lagi kat atas meja dah ada cek.. dari Kotamas.. dividen koperasi tahun lepas..

Sunday, June 19, 2011

~Cerita TM Star 2011 dah abiss ~

~bersama keluarga menginap di sini ~

Alhamdulillah baru sampai rumah setelah 3 hari 2 malam kami sekeluarga bermalam di Palm Garden Putrajaya..bukan senang nak p menginap kat situ. hik..hik..hik..Hanya kerana tercalon kat "TM's Got Talent 2011", dapatlah peluang tuu.. tu pun dah dengar suara2 sumbang...ish..ish. jangan risau, aku masih seperti dulu..


~ Tema tahun ini F1 TM ~

Totallynya memang letih dari yang biasa. Walaupun keluargaku pun menginap di situ, namun aku sorang jer yang keluar masuk.. dari Palm Garden ke MM
U.. pada setiap masa.. reheasal.. test..test.. and by the end.. sebuah majlis yang gilang gemilang. Bagi sesiapa yang turut serta pada malam tersebut, sudah tentu merasa aura yang luar biasa..Di situ mengumpulkan kakitangan dari seluruh Malaysia & sebahagian dari Indonesia..pelbagai award yang ada antaranya Best Manager,Executive & Support Staff..lain2 taklah ku ingat.. tapi paling best TM Goverment pun dapat.. ( Finance State KL di bawah TM Goverment..) Sorakan antara negeri2 yang bertanding pun menjadi gamat dewan tersebut.. State Johor antara negeri yang banyak dapat award.. Melaka, Negeri Sembilan & Perak pun dapat..tapi lagu yang paling best adalah State Perak.."Ipoh Mali takde sombong".. betullah tu..

Reheasal Day...

Lupa plak.. gandingan mantap antara sorang staff TM & Sarimah Ibrahim memang meriuhkan lagi suasana. Lupa plak nak citer.. Zaki dari MMU ( RM2500 ) telah dinobatkan pemenang "TM Got Talent 2011" pada malam tersebut. Kedua ialah Kamarul ( RM1500), mewakili Negeri Sarawak dan ketiga ialah Kumpulan Finger Print ( RM1000) dari Vads Berhad.. lain2 pun dapat juga hadiah saguhati.. Ini memang pengalaman baru..

memang berbaloi.. hari2 berulang dari Melaka. Tahniah Zaki !


anak-anakku...

Sementara itu,anak2 dan suami menghabiskan masa di hotel untuk beriadah..berenang & berbasikal serta bermain permainan congkak & kepingan kayu yang disediakan oleh pihak hotel.. tampak wajah mereka gembira..wajah yang kelihatan lesu & letih..

Tgh hari tadi kami pun pulang ke rumah.. dan kami sekeluarga mendapati ada seekor kucing betina baru beranak kat bilik belakang... ksian, tampak wajahnya keletihan.. kelihatan 3 ekor anak kucing yang comel2 di dalam laci..so sweet.. muah..

Thursday, June 16, 2011

~Rutin~

Hari ketiga pun ada reheasal.. kira ok arr. walaupun ianya adalah pertandingan,namun kusematkan didalam hati untuk menyampaikannya dengan santai,tak moh fikir2 menang.. or kalah..kang tension plak.. so biasa2 ajer la..

Namun begitu rutin biasaku seperti biasa. Sesibuk mana ..kerja mahupun kegiatan kat luar, waktu maghrib adalah waktu untuk mengajar muqaddam & Alquran kepada anak2ku dan anak2 jiran yang sama2 mengaji dirumahku...



Haziq yang pandai mengaji AlQuran..


Hafiz.. masih mengaji Iqra'..


Aleesya pun ngaji Iqra..
yang tiada dlm gambar.. Diena & Aishah...

Mengajar mengaji Alquran mahupun muqaddam memang aku serius.. anak sendiri atau anak jiran, kalau salah ngaji memang aku akan tegur dengan cara berhemah..


nota kaki :
Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.




Wednesday, June 15, 2011

~ reheasal lagi..~

Aslam ~ TM Cyberjaya
sewaktu saringan,beliau menghantar video ala2 artis terkenal..

Hari ni adalah hari kedua kami berlatih kat Menara KL. Memang adik2 ni menunjukkan bakat yang tersendiri.Mereka datang dari pelbagai latar belakang kerjaya. Ada yang kerja di bidang IT,bidang teknikal, marketing, legal mahupun kewangan.. aku la tu..hik..hik

Setakat hari ni, 5 unit dah mulakan latihan. Ada 3 lagi belum ku lihat latihannya. Ini kerana mereka berada di Johor, di Sarawak dan satu kumpulan dari Indonesia. Mereka dijangka akan memulakan latihan,jumaat ini di MMU di Cyberjaya. Macam mana agaknya latihan diorg ek.


Zaki ~ MMU Melaka
hari2 berulang-alik dari Melaka.. memang bersemangat
beliau mengetahui namanya tercalon ke TM Star melalui blogku..



Rizalli~ Legal TM
kalau ikut rupanya iras2 Hazami, tapi suaranya macam Anuar Zain

Macam ku katakan sebelum ini, aku seorang sahaja yang pompuan. Yang lain smua lelaki..tapi pangkat adik2 rasanya..tapi diorg memang baik hati.. 'akak'.. 'akak'.. dah rasa macam aku ni kakak diorang la plak..dari adik2 yang menyanyi sampailah adik2 yang main band tu..walaupun karektoramereka ala2 rock zaman purba.. tapi budaya hormat-menghormati amat tinggi..baguslah dek. Siapa lagi nak jaga kalau bukan kita semua...


Baru hari kedua berlatih.. dah letih.. nyarislah nyanyian adalah sekadar hobi sahaja.. bukan btul2. kalau btul2 ntahlah.. nak pengsan dibuatnya..berulang-ulang nyanyi lagu yang sama..Bila drive pun terasa mengantuk..masa tu memang takde gula2 untuk di kunyah..so terpaksalah menjolokkan tangan ke tekak.. alasannya agar aku akan terasa nak muntah..sahh..memang rasa nak muntah..but dah jadi tak ngantuk.. itu petua tu..kalo korang nak cuba silakan.. hik..hik..


k, seperti biasa.. to be continue ek..

~ Reheasal bermula... ~

Pagi ni masuk opis kjap jer.. then mula bergerak ke Menara Bangsar & KL Tower bagi sessi reheasal untuk TM Star yang bakal berlangsung pada 18 June ni..



Buat pertama kalinya dalam sejarah hidupku.. p redah buat benda2 mcm ni..emm.. hati macam tak seronok jer.. sebab amat jauh ngan naluriku.. yang ala2 mak orang..hik..hik..namun begitu, sebagai manusia biasa.. aku bersangka baik.. moga2 takde la suara 'sumbang'.. yang melontar apa2 cerita.. biaselah manusia..yang buruk juga dipandang orang. Aku ni kan bertudung.. sedikit senbanyak memberi impak & pesepsi dari pelbagai segi..so kena pandai2 lah bawa diri.. Allhamdulillah, suamiku memahami..








Sessi reheasal pagi ni.. amatlah meletihkan minda & badan.. pening2 pun ada jugak ( terlupa nak sarapan.. dek kerana siapkan FCCAS ). apa lagi bunyi-bunyian yang 'menggegarkan'.. rasanya muzik aku takde la berat sangat.. ok la.. tapi adik-adik ni.. memang 'all out'.. jiwa-jiwa muda macam tu la.. memberontak & agak keras didengar.. agaknya sebab itulah.. sampai la ni pun berdenyut-denyut lagi minda aku ni..






First time jugak arr naik kat KL Tower ni.. ada satu sudut tu menarik perhatian untuk di'snap'..
tuu dia.. gambar 'public phone' era 80an & 90an, sebelum tercetusnya fanomena telefon tangan yang canggih.. telefon ni jugak la menghubungkan aku ngan keluarga dan kengkawan..kalo tak, hantar surat ajer la.. hik.hik..


Masa tu,duit syiling begitu berharga. Kalau bersembang, memang tak ingat dunia. Walhal, berderet-deret orang beratur kat belakang. Tapi itu bukan aku ek.. ni masa kisah tinggal kat Kuarters MTD dolu2 arr..tapi sekarang, jarang2 aku nampak orang beratur kat 'public phone'. Yang sedihnya, ianya dirosakkan oleh manusia-manusia yang durjana.. apalah korang ni..apsal nakal sangat ek..


Banyak juga kenangan manis dengan telefon awam ni.. hahaha.. cinta antara benua.. k.. sekian terima kasih ( tak bleh cerita lebih2 kang terbongkar kesah lama.. )Ada kesah yang terjadi semalam..nanti kita cerita lagi ek..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...