Monday, September 17, 2012

Kg Kubu Gajah..


Malam2 begini terjah blog Mazidul.. seorg wartawan yang terkenal dengan TERJAH dan MEYELONGKAR isi ala.. tabik spring untuk beliau kerana berani bersuara..benar..dan tulus ikhlas. Kalo buka surat khabar sekarang ni.. byk yang separuh sahaja.. ntah btul ntah tidak..

Tapi kali ini posting yang http://www.mazidulakmal.com/2012/09/teka-berapakah-kadar-sewa-rumah.html memang suka arr... sebabnya aku antara orang yang menyewa di sana suatu ketika dahulu.. 12 tahun yang lalu.

Paya Jaras memang merupakan kawasan kampung yang besar.. bersepah-sepah dengan rakyat asing.. kita yang menjadi rakyat tempatan pun jadi takut. 

Waktu itu aku tinggal bersama adik-adikku di Kg Kubu Gajah dengan sewaan hanya RM250 sahaja. Untuk sampai ke tempat kerja di Subang pada ketika itu amatlah mudah..hanya mengambil masa 15 minit melalui laluan jalan kampung.. 

Namun begitu rasa takut tuu selalu ada disebabkan kawasan yang kami diami majoritinya orang Kemboja. Dari anak-anak kecil sampailah yang dah tua. Aku pun pelik juga apsal ramai sangat orang luar. Apa pendapatan mereka di sini? Bagaimana pula dengan persekolahan anak-anak mereka?. 
Dari jiran-jiran tetangga memaklumkan yang mereka ni datang dari Kemboja dan ia dibawah seliaan jabatan agama islam ( tak ingat arr). Diorang masuk ke sini atas tiket tersebut.. emm..sampai bila plak dok sini ek.. takan tak boleh balik ke sana.
Seperti maklum, aku mula mengajar anak2 kecil sejak aku tinggal disana.. dan antara anak2 muridku ialah orang melayu, kemboja dan indonesia. tersenyum pula sorang-sorang mengingatkan telatah mereka sewaktu mengajar mereka dolu2.. dah jadi ape agaknya diorang ni.

Sepanjang tinggal disana, rumahku selalu di terjah oleh RELA, IMIGRESEN dan POLIS.. semuanya disebabkan kawasan kami ni memang kawasan orang luar.. berkali-kali aku arr terjaga dari tidur.. 2 pagi.. 3 pagi. Biase arr penguatkuasa ni.. minta IC, surat beranak mahupun surat nikah..dah tu dok mengetuk pintu macam nak pecah..ish..tension arr. tengah mamai ler aku mencarinya.
Akhirnya awal tahun 2002, aku & adik2ku mengambil keputusan untuk menyewa di Serdang setelah aku berkahwin dan menerima tawaran kerja di TM.

Bagi aku smua yang penguatkuasa buat ni.. dah lama dah.. kalo setakat terjah.. tangkap.. dan dibebaskan itu bukanlah tiket kemenangan yang negara kita ni bebas dari orang luar. Tolonglah buat kerja yang terbaik agar orang luar yang ada di negara kita menghormati  undang-undang negara kita.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...