Monday, September 10, 2012

Suamiku & aktiviti sukannya..


hihi.. selongkar gambar lama suamiku di zaman kanak2 riang2nya..

ternyata beliau suka bersukan.. ni zaman beliau main bola baling.. segala bola suka beno main.. bola sepak & bola baling mmg favoritenyer..biase la penjaga gol.. suatu ketika dahulu sepak takraw , ping pong dan badminton.. kalo kat kg.. berderet-deret piala yang dimenanginya di zaman sekolah & universitinya.

cuma skrg ni dah slow sikt dgn sukan-sukan tersebut...sesekali sahaja turun.. beliau lebih suka bermain badminton bersama jiran2 taman..berat badan pun dah naik sampai 90kg.. ngeh-ngeh..


Suatu ketika dahulu.. mmg  hubby minat sungguh dgn bowling..
emm.. main bowling ni aku kurang setuju sikit.. sb permainannya sampai larut malam.. jauh plak tu.. yurannya plak tinggi.. belum kira bola yang dah dibelinya.. beratus-ratus rupiah  plak tuu.. nyarislah hobinya itu tak lama..hobi main zagi pun boleh tahan mahalnya..aku taklah menghalangnya cuma memerhati dari jauh.. 
hehe.. bagus jugak la dia dah tak aktif berbowling di luar, cuma kalo TMR&D buat event. dia joinlah..
sedang kusyuk dgn melihat zagi.. (memang kanak2 riang btul laa..)

acara mendaki Bukit Broga bersama jiran-jiran taman..

Antara kami memang jauh berbeza.. 
beliau yang suka bersukan.. manakala aku ni jenis seni..tapi kami saling sokong menyokong antara satu sama lain.. tahun ni dah 10 tahun perkahwinan kami.. makin lama semakin akrab..sedih jugak bila dengar kawan-kawan yang putus perkahwinan di tengah jalan..

Kami bukanlah pasangan yang hebat perkahwinannya suatu ketika dahulu.. bukan juga besar majlisnya suatu ketika dahulu.. banyak juga kepayahan diawal perkahwinan kami..
namun kami senantiasa berazam untuk menjadi pasangan yang sehati seia mahupun sekata dalam kehidupan dunia dan akhirat.. keluarga sakinah mawaddah wa rahmah~ doakan kebahagiaan kami ek!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...