Tuesday, September 25, 2012

Sahabatku


Malam ni ter-rajin nak buka FB..dah lama tak buka. Ntah mcm mana teringatkan sahabat lamaku plak.. Wan Zuhaida.. ni antara member2 kamcing arr. Kali terakhir jumpa di RPK, lepas tu masing-masing menyepi.. sebab sambung belajar dan bla..bla..


Tapi aku rasa arr, dia marah kat aku sampai sekarang.. semua gara-gara kawan baik kami di Idrisiah iaitu saudara Saipol Barin yang kebetulan menyambung pelajaran ke Jordan pada masa itu sering menghubungi aku melalui surat dan email.( dolu2 tipon2 tak main arr..) macam aku ni memang tak boleh simpan rahisa.. trus ku ceritakan pada dia setiap kali surat yang di beri oleh Barin.. actulally aku takde hasrat ape2 ngan si ustaz ni.. kami memang berkawan baik.. yes..hanya melalui surat ajer arr.. sungguh aku takde hati tau..

Perlahan-lahan Wan jauh dengan aku.. bila aku tipon beliau cuba mengelak.. aku hantar kad raya mahupun surat tapi tak di balas...alahai sunggu sedihh.. tapi apa kan daya.. kami kian jauhh.. dan sehingga sekarang, kami masih berdiam.. no tipon dia yang baru pun aku takde. Pernah juga aku meluahkan hati pada temanku si Sahida ( Cikgu di Klang ), tapi dia hanya menasihatkanku agar bersabar sahaja.. memang Wan seorang yang sukar dimengertikan perilakunya..


Harapan dan doaku moga2 silaturrahim ini dapat diteruskan..sama seperti aku dan Sahida dan Mawarnie~ teman seperjuangan semenjak dahulu, kini dan selamanya..Aamiin..

2 comments:

Karen Monica said...

kadang kadang salah faham boleh memutuskan hubungan persahabatan

Unknown said...

jika ianya salah saya, saya mohon kemaafan. Hati jadi keliru bila tiada jawapan akan sengketa ini.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...