Thursday, May 24, 2012

~ Tang Lin.. oh Tang Lin ~

La..la..la..sblm ku teruskan citer hari ni.. kat sini nak ambe kesempatan kat hasben sbb bagi duit belanja hari ni ( walhal gaji dah kluar.. i'm bz nak tekan2 duit arr, sorry bang), dlm masa yg sama nak wish thanks a lot to kak Umi & Iena.. my best friend kat TMKL ( geng hua..hua.. merangkap senior yg berpengalaman hoho.. kak Umi ni dah ku anggap mcm mak ku..). actually kami baru jer balik dari Jln Tang Lin.. di ulangi Tang Lin..hehe..
(diorg pu tak tau aku ader blog ni.. jgn kasi tau..huhu.. )

Barangkali tgh macam ini, dr smlm dok hit2 kat Iena temanku.. 'mee kicap..mee kicap..' akhirnya hari ni tetiba Iena plak hint2 kat gue.. "nak p Tang Ling tak? tapi aku tak pasti arr mee kicap ader tak waktu ni.. dah pkl 11pagi ni." Terkebil-kebil mataku melihat Iena.. mimpi kah? ngigau kah..? fuhh..lalu aku membalasnya.." Weh, ko mimpi ke? Kita ok jer.. ON jer sebab minyak keter dah penuh, tak dapat pun takpe.. nak tgk tempat jer dolu.." aku menjawab dgn selamba. Lantas kak Umi mula bersuara." Kat sana ada Ikan Bakar.. sodaapp". sekali lagi aku menelan air liurku.. diorg ni bagi aku dok teringat-ingat ajer.

                                             hasil carian di google..hehe..

Emm.. tak boleh jadi ni.. dlm 1 jam yang berlalu, aku jenuh berfikir nak ke tak nak.. dan akhirnya sepakat ..aku, kak Umi & Iena.. memulakan gerakan ke Tang Lin.. seingat aku Tang Lin ni mcm shopping Complex yg kat Jln TAR.. dolu2 arr, tapi tak sangka plak ia merupakan tempat yang fames di mata org2 KL.. ( aku kan org Cyber..dok plak kat Bangi.. hehe..) 

Alhamdulillah.. kami sampai di tempat yg dimaksudkan.. tempatnya agak ke dalam.. siap panjat bukit lagi ( parking kat atas bukit daa..) dan akhirnya terbentanglah tempat makan yang dikatakan sblm itu.. fuhh.. simple n biase2 jer. namun terselit rasa kehebatan disetiap kedai2 yang berada di situ. Iena cakap kat situ glamer dgn Nasi Lemak Tang Lin.. Ikan Bakar Pak Din dan gerai yang aku dok citer2 tu.. Mee Kicap.. yang lain pun ada. 

Walaupun aku sedikit hampa sebab Mee Kicap dah abiss.. tapi tatkala melihat Ikan Bakar.. fuhh.. bergelora jer ( sejak pregnant, aku ni dah lama tak makan sampai kenyang tau.. uhuk..uhuk..smua tak selera :( 

           ni pun cari kat google.. kalo tgk biase jer.. tapi mmg sedapp.. kat blkg istana negara pun kalah..:)

Ternyata Ikan Bakar Pak Din ni tak menghampakan.. opss.. aku ambe ikan keli ( ikan bakar kt sini mmg dia siap2 bubuh kuah atas ikan...air asam yang pedas..i like )aku siap hirup kuahnya dgn tangan.. hehe.. ( aksi ini jgn di tiru ek kawan2 ) Minum plak ngan Teh O Ais Limau.( maaf tak sempat nak ambe gambo..tapi sempatlah baca doa mkn hehe.. )

Akhirnya kami smua pulang dalam kekenyangan.. Alhamdulillah.. & again thanks to Allah.

p/s: : Hanna.. aku dah p Tang Lin.. hip..hip.. hoorey. :)





Wednesday, May 23, 2012

Mee Kicap Super Kinta

Tetiba plak teringat Mee Kicap,waduh.. bahaya btul aku ni.. 
dok tringat tapi kalo dah dapat.. masa nak maggie kari pun macam tu.. nak.. nak.. tapi bila dah dpt, baunyer plak lari tema dr yang aku nak.. trus tak jadi.. nyarislah Wanie abiskan.. lps tu hasben beli nasi arab.. pun macam tu jugak.. walhal itu lah fabret gue sblm ini.. mak abah kat Terengganu n Perak pun suka.. ( siap tapau bawak balik kg tuu.. hik..hik.. )


Mee Kicap.. Mee Kicap.. kali terakhir makan kira2 15 thn yg lalu. 
waktu blajo kat Ipoh suatu ketika dahulu.. gerainyer di tepi Super Kinta 
( berdepan dgn Mc'D ), masa tu aku nampaklah bapa sedaraku yg ku panggil Paksan n the geng ( MBI) tgh dok sibuk buat jambatan kat situ.. heheh... waktu tu kawan bawakan.. rhupe kedai macam nak runtuh.. tapi pelik ramai btul org yg makan kat situ.. bila dah makan.. 2 mangkuk tu.. fulamaakk.. mmg sedap...tambahan plak org belanja, lagi arr sedap nak makan kan.. :), terima kasih kat kak zai n kak Ijan sebab memperkenalkan Mee Kicap kat gue..

Andai dapat diberi peluang.. nak singgah Ipoh lah.. walaupun kenangan kat Ipoh n sekitarnya dah tinggal sejarah hidup, tapi tempat2 mcm ni teringat-ingat jer.. tapi bilalah agaknya dapat ku singgah..uhukk..uhukk..

wahai teman2 ku, kat KL ni kat mane nak cari ek? dah tak sabar nak tunggu minggu dpn.. Iena temanku nak bawak jln2 ke Tang Ling ( blkg Masjid Negara) katanyer kat situ ada Mee Kicap.. agak2 sama tak ngan kat Ipoh.. wait n see ek. nnt akan ku ceritakan..

k.. nak bersiap utk balik.. tata..

~ Raja Nazrin & keluarga ~

Gambar keluarga Diraja ini menarik perhatianku utk ditatapkan utk smua..

Yang lelaki adalah putera sulung Raja Nazrin Shah
Namanyer Raja Azlan Muzaffar Shah yang berusia 4 tahun  
Yang kecil tu adalah Raja Nazira Safya yang baru berusia 10 bulan ~ sebaya ngan Hananisha anak ipin adikku.. hehe..

Ini bila jadi sultan nanti..
Memang jadi yang terhensem di Malaysia..
tak payah nak pakai bedak kan.. thomelnyer..
Ingatkan sorang je anak Raja Nazrin..
Rupanya dah sepasang..

Nampak bahagia sangat :)

.
.

Kenny Rogers ROASTERS




Hari ni tetiba jer mood nak makan nasi ayam hailam..tapi kat area sini takde arr. akhirnya pegilah menapak ke Bgn Kotaraya ( dpn Petaling street tuu..) p Kenny Rogers ROASTERS lps tu menyinggah kat Mc Donalds plak.. p bli ais krim..

fuhh.. hari ni tak gaji lagi tapi berjaya jugak korek duit syiling kat laci dan handbag..( jenuh adik cashier tu mengira duit syiling gue tadii.. )
Disebabkan malas nak p ke keter ( hasben bagi duit pagi tadi), aku pinjam duit ngan Iena( toche Iena)jap..
hihi.. panahan musin pregnant ni.. malas nak p bank tekan duit, ni sbb Maybank kat atas bukit.. satu lagi citer yg malas nak dilayan.. 
tapi teringin yg keterlaluan yg tak dapat di tahan.. kalo balik rumah dolu pun , tak sempat sbb lps maghrib dah sibuk ngan mengajar...

Dan akhirnya aku p jugak.. yumm.. yumm.. balik opis trus bukak.. mmg sodapp.. Alhamdulillah & thanks to Allah kerana rezeki ini..hehe..

k, samb kojer..


Tuesday, May 22, 2012

~ citerku hari ini.. ~

bz2 dgn kojer.. musin blajo pun dah start balik, kali ni ada 3 paper sama mcm sem lps.

kat opis ~ membzkan diri dgn menggodek-godek Power Point..  sambil memasukkan figure PNL, naik pening dok ambe figure dr excel ke PP..selain bosku, ada sorang practical student yang duduk bersamaku dlm berjuang menggodek PP ni..yahoo.. ada geng :)

slalunyer dolu2( zaman kat R&D)  bos minta print jer, tapi kali ni tampaknya berjinak-jinak plak ler dgn dunia baru ku.. fuhh.. teramatlah slow.. kalo excel & word dah terrer doh siap pejam mata jer.. tapi power point mmg dok terrer lagi.. bos ajar siap ada link lagi.. mungkin bagi korang dah biase, biase jer kan.. tapi mcm gue.. wah.. takjub bin ajaib btul.. hehe..

apa pun hepy2 slalu dgn keadaan sekarang beza.. mmg berbeza ( doh mcm keter myvi daa..) suasana kojer yg baru & lebih best.. alhamdulillah. Dlm kesihatan yang tak menentu.. redah kan ajer daa.. cuti tahunan pun nak kena di jaga.. almaklumlah cutiku taklah banyak mcm diorg yg dah lama kojer tuu.. (  baki cuti kita =11, cuti hasben = 40 hari ish.. kalo bleh transfer cuti atau bagi suka sama suka ,kan best..) 
semalam hasben dok hint2 nak ajak p johor.. wah2.. bestnyer. Beliau & team ada meeting kat sana.. kena plak musin cuti sekolah.. kita plak tgh berkira-kira..apa yg menarik kat sana? dlm keadaan skrg, nak jln2 mmg takde, tapi bila memikirkan anak2.. tgk lah dolu..

last week kami berkesempatan menjenguk abah, ma & Ilah di airport. diorg p umrah. InsyaAllah 26hb May ni akan pulang ke sini. Masa tgk wajah mereka, terfikir jugak bilalah agaknya kami akan pergi ke sana ek?. Aku pasti smua org islam ingin melalui saat2 manis menunaikan ibadat di sana.. moga2 kita smua menjadi tetamuNya suatu hari nanti.. amiin.

Tuesday, May 15, 2012

~Program Turun Padang Dato' Sri Zam di Menara KL ~


Semalam, ada sessi turun padang oleh GCEO Datuk Zam ke TM State. Majlis telah berlangsung di Menara KL yang dihadiri lebih 500 orang staff..& amat2lah meriah. Pelbagai info telah dibentangkan oleh boss besar kami tu..hehe.. sebagai salah seorang staff yang hadir ke sana.. aku, amat2 teruja dengan pencapaian TM di mata dunia. ( teruja sesangat.. ) utk rekod TM telah mendapat tempat lebih 70% dari sasaran asal.. tahniah! tahniah!


Hehe.. kalo tak kerana boss, malas jugak aku nak join.. sebab nyer.. kesihatan tak mengizinkan. tapi atas paksa & rela.. gue & teman gue Iena.. redah jugaklah.. 
kami dikehendaki mewakili TM KL utk nyanyian suara beramai-ramai bagi mengiringi teman2 smua.. ish.. ala2 miming jer.. haha..( Negaraku, Kristal -masa kat R&D, jarang2 aku dengor almaklumlah takde masa nak join event2 ni. serta lagu Gemuruh.. satu lagi lagu baru yg ala2 rappers.. ). Alhamdulillah.. selesai jugak event tu.. penat tu penat jugak arr..tapi satu lagi detik bersejarah dlm diari tahunanku di TMKL.. ari tu join perbarisan & terbaru koir TMKL..

k, esok & luasa ada kursus di TMTC.. fuhh..bab2 nak  ke TMTC mmg nak dielakkan, tapi dah 2 kali tolak kursus ni. Cik Abang plak p Taiping & Tasek ( Perak) ada meeting ( kalo tak.. bleh itut..waaa.. nak balik kuale.. kuale.. )





cau cing cau..

Wednesday, May 9, 2012

~ Ayah Langku part 1 ~


Salam smua.. dalam kesibukan keluarga & kerjaya, kami sekeluarga diberi ujian oleh Allah. Sudah hampir 2 tahun, sepupuku Saiful yang meninggalkan kami smua. Dan kali ini, ayah lang yang kami sayangi pula telah pergi meninggalkan kami smua pada petang ahad kira2 jam 4.30ptg di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau merupakan adik makku yang ke 3 dari 7 adik beradik :(. 

Sebenarnya dalam kesibukan menguruskan rumahtangga, pagi ahad jam 10 pagi, aku menerima panggilan dari adikku Fendi yang mendapat maklumat dari Chu ( adik mak di Taiping ). Katanya AyahLang di Hospital Port Dickson. Beliau ditempatkan di bilik ICU dan doktor memerlukan saudara terdekat untuk maklumat lanjutan. Kelmarin, Ayah Lang telah ke PD bagi meninjau kawasan projek. Beliau rebah di depan Hotel kira2 jam 3.00pagi.

Aku yang masa tu dah mula 'panic' dan memikirkan ayat yang sesuai nak citer kat husben yang pada masa itu sibuk bergotong-royong di taman kami. Aduss.. risau la plak, taku2 tak dapat keizinan darinya. Tanpa berfikir panjang terusku capai telefon nokiaku ( yg kadang2 ek-ot.. ada lin.. takde lain..) alhamdullillah.. yes! yes! abang jawab..abang jawab.." Abang, dah abis gotong royong ke? kalo dah Yah nak ajak ke Hospital PD, ayah lang kat sana.. di ICU". aku mula bersuara." Iyea? abang dah abis, sekarang tengah makan2 jer.. ok, lets go Yang, tapi jang lupa ambe Hafiz kat sekolah".. Wah.. dalam hati ada taman jap, walau sebenarnya hati abangku ini yeay..yeay.. rock arr. Aku plak hampir terlupa yang anak terunaku masih bertaekwando kat sekolah.. kik3..lantas kucapai kunci keter & menghidupkan enjin keter sambil menyidai kain diampaian. Apa lagi.. berdezzzoomm.. menuju ke sekolah untuk mengambil Hafiz yang baru abiss kelas. Dan kini misi kedua bermula..

Tuesday, May 8, 2012

Saje2 nak citer arr

nak post gambo.. tapi tak tahu nak citer pasal aper..
emm, seperti pasangan suami isteri yang lain.. tentunya aku berasa bersyukur kepada Ilahi kerana Jodohku ini..Alhamdulillah beliau menyempurnakan hidupku sebagai seorang isteri & ibu pada anak-anakku. Dan yang paling utama.. ibubapa kami merestui  :).. kehidupan kami yang ada pasang surutnya, sama juga seperti air dilautan.. kehidupan yang dibina amat mematangkan kami.. setiap yang berlaku, kami belajar..
Dunia hanya pinjaman, di akhirat jua yang kekal abadi.. apa yang kami usahakan di masa sekarang adalah utk hari akhirat..
ku pinjamkan kata2 Prof Dr Muhaya
kalo nak citer kat sini memanglah panjang berjela-jela.. kan ada plak aku ni jadi mama juwie la plak.. ohh tidak..

Semoga ikatan ini kekal hingga akhir hayat.. doakan utk kami ek! peace..

dari nun sana:- Rafiza, Ct, Chu dan Kuna..
(kuna nampak dah berisi kan..)

tgh bz ngan data ADSL & DEL.. 
namun sempat lagi bercoret..boleh? haha..tentunya boleh curi masa utk 5 minit. Gambar diatas adalah kawan2ku masa sama2 kat TM R&D Cyberjaya.. April lalu diorg p jalan2 ke Vietnam dan India.. bestnyer kan.. bilalah aku dapat jalan2 macam diorg kan.. taklah bz sangat kojer kat KL ni, cuma masalah kewangan jer.. biase arr.. mcm2 nak bayar kan.. InsyaAllah nak jugak jalan-jalan mcm diorg ni.. tunggu anak besar sikit kan.. wpml good KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!

K, sambung kojer balik.. k, jgn ngulor ek.. kojer smart, hidup hebat ! ha..ha.. wpml yes KidZania Malaysia | 90 Pekerjaan Untuk Kanak Kanak di KidZania Kuala Lumpur!

Monday, May 7, 2012

Citer di Penang

Sejak dua menjak ni..aura M datang smula daa. klo p kojer.. ok jer.. kalo dok rumah ok jugak..tapi kalo ngadap PC nak karang2 ni.. emm.. ntah arr.. kugagahikan jua arr.. blog ni ku citer sekadar luahan cita & cintaku pada keluarga, pada teman-temanku mahupun tentang alam.. bukan utk meriakkan diri apa lagi mencari kekurangan org lain.. cerita dari hati.. hehe.. (berkias la plak..)


Dlm 3 minggu yang dilalui, ada duka ada juga duka.. namun sebagai seorang islam, tentunya pegangan utamaku ialah AlQuran & Al Sunnah.. kalo setakat rukun negara tu.. emm.. no 100 arr..
Islam itu Benar..rezeki, jodoh, ajal, maut smuanya datang dari Allah.. bukannya dari Rukun Negara kan.. hehe.. so fikir2kanlah..( maaf, aku tak teruja ngan politik2 semasa..)

Alhamdulillah, kami di TM dapat bonus..so biase arr masing2 bonus tu ambe cuti panjang utk bercuti dgn keluarga..kalo tahun lps di Terengganu.. tahun ni di Perak plak.. oleh kerana Abahku tiada keter, so kami sepakat bawa abah mak jalan2 ke Pulau Pinang.. ingatkan nak menginap di TM Resort kat Tg Bungah utk 2 hari.. tapi atas permintaan ayahku, kami hanya setengah hari jer di sana.. emm.. abahku ni masih lagi tringatkan kojer.. tapi utk tidak menghampakan, kami pergi ke Bukit Bendera.. hooyay..hooyay.. naik keterapi elektrik.. pehh.. ramai bangat..almaklumlah cuti 1 May..dah tentunya orang berpusu-pusu ke sana..




Lupa plak nak habaq.. kalau bawa IC, murah jer.. RM8 utk dewasa dan yang kanak2 RM4.. tapi org2 international ramai jugak.. dari Indon, Myamar.. emm Bangla..harga diorg dlm RM40 hinggit..(eloklah tu, diorg datang M'sia.. bawa balik duit banyak arr..)

Di atas sana kami jalan2 naik keter kecik..( ala keter yg slalu kat padang golf tu..) satu keter 30 hinggit..oleh kerana ramai rakyat jelata..kami ambe 2 keter.. sambil2 menghirup udara yang nyaman.. drebar tu citer arr serba sedikit sejarah Bukit Bendera.. Wow! I like.. kalo bab2 sejarah, ni mmg aku suka..kalo nak baca buku ntah bila2 kan.. bagus arr drebar ni..anak2 pun suka.. abah & mak plak kelihatan malu2..sebab mereka berdua seperti'loving couple'..hasbenku.? emm.. asyk ambe gambo jer..

Dah namanya orang dewasa.. bab2 letih ni sekejap jer datang.. so my hubby trus bawa kami ke tempat penginapan..ntah mcm mana GPS yg di set tu.. kami tersalah jalan.. emm.. jumpa Ibusawat Telekom arr.. ish.. angin jap.. tapi angin yang ayu2 gitu hehe..akhirnya tempat yang di tuju telah tiba.. check in.. emm.. berehat jap.. tapi anak2ku & adik2 dah tak sabar.. diorg trus menunaikan hajat yg dipendam.."kak, kami trun ekk..panas arr.. nak rendamkan badan jap." Izzati bersuara. Aku hanya tersenyum sambil memandang suamiku yang dah terbongkang tidur nun di hujung berenda.."ish..ish..jaga diri baik2, tengokkan diorg sekali ek.." aku berpesan Izzati & Iskandar.

Abah & mak plak berehat kat bilik sebelah. Suaiku plak dah ZZzzz. Gue? emm cannot tidur arr, lapar tahap gaban.. almaklumlah dah berdua..hehe.. so ku santap nasi lemak yang dibeli kat pekan Karai pagi tadi.. emm sedapnya..harga hanya sembilan kupang.. tapi MasyaAllah.. sedappp...lps tu plak makan plak kundas.. ( korang tau ke kueh aper tu.. hohoho..ada lar.. smuanya di Pekan Karai tau kalo nak cari arr )


Selesai solat Asar, aku dan suami sempatlah pegi pekan Georgetown..nak cari pizza hut emm.. bandar yang penuh dengan keter. amat2 lah tak best.. traffic light ada arr dekat2 7-8.. menyebabkan perjalanan mengambil masa hanmpir1 jam.. walhal takde la jauh mana.. Seperti biasa, kami redha..hehe.. tersenyum. Nyarislah anak2 tak ikut sekali. Diorang tengah kusyuk berenang di kolam renang. Emm.. nyaris juga perjalanan balik hanya mengambil masa 15 minit jer.. :)


Lewat maghrib, aku mula memesan nasi goreng special & nasi goreng kampung. ala..sessi makan malam la plak.. hehe.selesai Isyak, kami mula bersiap utk pulang.. walaupun berat hati, namun itu permintaan abah.. so kami ikutkan ajer.. Singgah jap kat depan IPD Penang.. cari jeruk2 untuk di bawa pulang..( emm.. ada orang pesan, jenuh pusing2 KOMTAR tau..), kami tiba di kampung jam 1.20 pagi..Maaf, kawan2, saya tak bli cenderamata utk di bawa pulang..

Bagiku, JJCM ni walaupun tak lama.. tapi best jugak, sebab dapat spend time with my family..adik2 yang lain tak dapat nak ikut kerana komitmen kerja & belajar. Kami ni plak dah dekat2 5 bulan tak balik kampung.. so ini sahaja yang ada..Alhamdulillah.. Alhamdulillah..thanks to Allah!

Thursday, April 19, 2012

~ lelaki yg bergelar suami ~

sekadar gambar hiasan..

isteri yang baik.. punya plak anak2 yang comel. apa lagi yang diperlukan oleh seorang lelaki? mushkil plak kesah hari ini.. kesahnya seorang pemimpin yang ada 'affair' ngan artis.. RM1.5 juta.. besar no tu..


Wahai lelaki yg bergelar suami

Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu,

Jagalah dia dgn baik,

Kasihanilah dia, lindungilah dia,

Berilah kasih syg padanya,

Hargailah dia,

Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,

Nasihatilah dia,

Bawalah dia ke jalan Allah,

Perbetulkan kesilapannya,

Bersabar dengannya,

Terimalah & cintailah kekurangannya,
Jadi imam terbaik & redhalah padanya

Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu

copy dr : http://harmaline.blogspot.com/

Wednesday, April 18, 2012

~ Allah menentukan segalanya ~

Assalamualaikum..
hari2 yg dilalui sepanjang minggu ini penuh keinsafan..

14.4~ sabtu, ada exam kat OUM caw BBB..emm alhamdulillah :)

15.4 ~ ahad, pagi - Iena jiranku memaklumkan jiran kami di jln 2/6 telah meninggal dunia secara mengejut di rumahnya pada jam 5.30 pagi. Kami berkesempatan menziarahi keluarganya di surau. Jenazah tersebut berumur 58thn dan masih belum berkahwin tinggal bersama keluarga adiknya di situ. Jenazah tersebut di bawa pulang ke kampung halamannya di Sg. Petani, Kedah setelah dimandi, di kapan & disembahyangkan..

16.4~ menjalani kehidupan seperti biasa.. hepi2 selalu. Alhamdulillah, dah bleh makan nasi..tapi nasi goreng jer..nasi putih'cannot' lagi arr..
doktor soh banyak makan buah2 yg segar seperti tembikai susu, epal hijau serta kismis & kurma bagi mengembalikan tenaga badan yang kian merundum di kala ini..


17.4~ dapat idea.. nak p jalan2 ngan family sempena cuti pekerja ni. InsyaAllah nak p Penang.. tempat hasbenku belajo dolu2 hehe.. utk rekod, kami tak jalan2 dah sejak Dec yg lalu.. so insyaAllah kasi relax arr.. & menghabiskan masa bersama anak2 yg dok meronta-ronta tak dapat jalan lagi.. ish..ish..( ni pun sebab musin bonus di TM arr..alhamdulillah ) lagi pun plan nak ke Langkawi hujung tahun ni terpaksa di tangguhkan kerana waktu itu.. tak sesuai.. hehe..



18.4~ awal pagi..WAH menangis dek kerana dok siap jadual sekolah utk hari ini... colour water yg WNFA main, ntah ke mana hilangnya.. WAH ku hantar ke sekolah stlh alatulis tersebut dijumpai.. :),
pagi ni juga kelihatan 'jem' sikit..
Ya Allah ! sekujur tubuhkaku di lebuhraya itu..! kelihatan seorang lelaki duduk disisinya... takde plak keter yang berada di situ.. yang pasti darah yang banyak membasahi bumi..'


Janji Allah pada manusia bahawa mati itu benar, alam barzakh itu benar, dibangkitkan di padang masyhar itu benar.

Terkesan atau tidak hati kita taktala meninggalkan jenazah di situ? hanya Allah Yang Kuasa dan diri kita sahaja yang tahu.

Oleh itu sama-samalah kita mengingati MATI.

Monday, April 2, 2012

~ Makan nasi arab lah.. ~



gambar ini diambil dari internet..
tempat ni memang cantik arr...

Ina & adik2 praktikal (no 3 dari kiri.. )

Tgh hari tadi, teman baikku si Ina mengajak kami semua keluar.katanya nak belanja Nasi Arab kat Hadramawt di Chulan Square. beliau nak belanja kami smua sebagai menyambut hari yg ke 11 tahun beliau berkhidmat dengan TM..fuhh.. lamanyer k
an..( lebih kurang sama ngan gue arr... kik..kik.. )
Terima kasih Ina ! Semoga terus maju jaya dlm kerjaya di TM !caiyok..caiyok !

~permata hatiku ~



Lukisan yang dilukis oleh Aishah. Masa tu beliau menemankan abahnya pegi audit di JKR pada hari sabtu yang lalu. so masa tu beliau abiskan dgn membaca buku & melukis kartun.. siap ada gambo baby lagi.. rambut uminya yg panjang.. kah.kah.kah. tinggi benor imiginasinya. saper plak sebelah kanan umi tu Aishah?..layan ajer arr.

Waktu ini kita pun seharian ada kelas..
kebarangkalian beliau rindukan uminya yg suka membebel bersamanya takala di rumah.. tapi sayang masa ini kita tiada disisinya..:( . tgh hari tu abahnya menhantar mesej beserta gambar ini.. so sweeet!

sekalung terima kasih kepada suami & anak2..kerana memahami situasiku ketika ini. tapi bukanlah satu 'tiket' utk berehat dari tanggungjawab. InsyaAllah, kejayaan milik kita smua! ameen...

Sunday, April 1, 2012

~mak oh mak ~


Alhamdulillah..Alhamdulillah..
di pagi yang dingin ni syukur ku panjatkan kpd Ilahi krn anugerah yang di berikan.. nak jer rasenyer tipon mak kat kampung ni.. emm..emm tak sabor rasenyer. Ianya memang satu berita yg gumbira.

hari ni dah 1hb April.. maknanyer dah 3 bulan tak balik ke kuale..tak jumpa mak & abah serta adik2..waduhh rindunya kat mereka smua. dlm waktu terdekat ni mmg tak boleh nak balik krn kesibukan dgn kerja n belajar, hujung bulan ni ada exam plak.. suamiku tak abis2 audit kat JKR di Putrajaya.. anak2 plak sibuk dgn aktiviti ko-kurikulum di sekolah..

Mak yg ku sayang..tunggu kepulangan kami smua ek! ada berita gumbira nak ku kongsikan bersama..

p/s: makku yang berbaju oren..yang lain2 adalah sepupu2ku..;)

Friday, March 30, 2012

~ citer panjang bulan ini..~

Assalamualaikum..sepi jer blogku.hehe..


dalam sebulan ni mcm2 berlaku..fuhh..nak citer pun mcm takde mood nak di listkan di sini
tapi yg paling best hari ni arr..
  • baru dpt call dr Income-tax yg tgh dok audit borang BE ku..hehe..dan yg paling best.. insyaAllah next week dpt arr balik duit tu..emm dlm RM1xxx plus..plus... & kerana itu juga semangat nak berblog datang balikkk..hehehe..
  • sbnarnya bukan saje2 menyepi.. biase ar dah masuk alam belajar ni.. buatlah apa2 yg patut..paper work yg nak di hantar, nak present lagi.. bulan dpn dah start exam.. terketaq2 kepala lutut ni.. btulkah..mimpikah.. sempatkah baca.. buat latihan .. semak smula.. emm.. mcm2 arr. walaupun begitu kelas ngaji mcm biase arr, anak2 murid dtg mcm biase slps maghrib :)
  • bulan Apr ni juga ada panggilan Tilawah Alquran.. mcm mana tu.agak2 nak masuk ke?emm.. wait n see arr..
  • hal kojer.. ok..ok ajer. maintain cool walaupun dlm hati berdebar-debar jer ngan bos ni.. emm moga2 Allah mempermudahkan perjalanan hidup kita smua.
NI citer tak best tapi rsbg manusia kita harus redha!..
  • keter? ok.. cuma nak syahdu sikit... last week ada motor terlanggar keter kita..tercalar arr.. bumper pecah sikit. biase arr motor dok follow blakang ..ngek-ngut btul arr. motor dia hancuss.. nyaris budak tu tak kena langgar ngan jip blakang kiter..budak tu jatuh tergolek ala2 bollywood.. abg jip tu memberi bantuan kepada adik tu & membantuku utk mendapatkan info berkaitan..hehe.. mcm citer hero-heroin plak..nyaris masa tu ada kak Umi yg pulang bersamaku dr opis.;) opps sorry i'm married ek!
btw, thanks a lot to that guy hehe.. tak sempat nak tanya namanya cuma ingat plak jip dia WWK ( beribu-ribu lemon arr kat M'sa ni..).. tu ajer arr.. keter aku WWB. mamat motor tadi pada mulanya nak settle luar( kirenyer dia bayo kat kita arr sbb langgar kita), tapi akhinya kita terpaksa buat laporan polis sbb beliau berubah fikiran bila beliau balik!
ish..angin..angin.. tapi segera ku beristighfar!

langkah seterusnya..buat laporan ke Balai Polis..emm settle satu masalah. Olej keran dah dpt nama penuh, no i/c, no tipon & no platmaka lengkaplah bukti utk di buat laporan polis..(beliau dikenakan saman trafik RM300 emm..itu yg terbaik-kan )

nasihatku pada mat2 motor hargailah nyawa anda, jgnlah dok follow dekat2 ngan keter yg berada link paling kanan. kalo pun nak bawa laju p dok lalu laluan kecemasan tu..silap haribulan mau jugak dilenyek oleh keter2..nauzubilahiminzalik!

kk.. nak tido arr. esok ada kelas ni. kena present ngan group! gud nite & Assalamualaikum!

Sunday, March 11, 2012

Yuna - Terukir Di Bintang



LIRIK LAGU TERUKIR DI BINTANG

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu

Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia akan aku coba

Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi

Seribu tahun pun akan ku nanti

kan… kamu…

Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku

terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu….


muzik lagu yg sodap di dengar..santai jer

Saturday, March 10, 2012

~ tak tenteram arr ~

waduh..lagi 6 hari lagi ni, essay dok siap lagi..

dlm masa yg sama Baucar buku 1Malaysia RM200 dah dapat.. maka pembelian buku rujukan doh dibeli.. Alhmadulillah.
Lebihannya buku2 bacaan utk diri sendiri & anak2..

Gambar di atas adalah sebahagiannya sahaja..

Tuesday, March 6, 2012

Aishah - Hanakage



dingin malam yang segar.. sambil mendengar lagu jepun kesukaanku..tenang jer.. hanya tersenyum mengenangkan lagu ini..masa form 4 & masa kat TMR&D. hanya mereka yang kenalku sahaja yg tau citer disebalik lagu ini..
thn lps pun bawa lagi lagu ni..tapi diiringi dgn petikan gitar oleh staff TM kat Menara TM, kami ada event kat Menara Tm masa tu, jadi bidan terjun dek kerana aku ni di bawah TM Gov.(ntah saper namanyer guys tu.. memang menjadi, terima kasih ek.)..ish bahaya jugak lagu ni..lenggong lagunya mmg syahdu.

emm.. baru selesai siap satu kejer sekolahku.. ada 4 sedang menanti.. fuhh, btul2 cabaran da bila sambung blajo ni. smua yang ala2 tension jer. isnin lalu mengadap boss. Iena cakap aku kena tazkirah, yo la tu.. ader ar dekat2 1 jam. terima kasih boss sebb bagi tips2 utk aku cuba2 ikuti.. insyaAllah.. :). Dlm masa yg sama dapat surat.. hip..hip.. hooray.. Alhamdulillah... Alhamdulillah.. saje jer boss bagi kias.. rhupe2nyer2.. :)

k, nak tido.. haruss.. sebab esok kojer.. selamat malam smua! Assalamualaikum !

Sunday, March 4, 2012

~Khadijah.. ~

Penyampaian sijil & cenderahati buat Ija..

bacaan doa oleh Izuan..

khadijah(berbaju merah ) dan kami..


kak Umi dgn pembaris panjangnya..

Hari jumaat yang lalu merupakan hari terakhir Khadijah (Ija) praktikal di pejabat kami..emm,hampir 6 bulan beliau mengikuti latihan praktikal di tempat kami. alahai.. sedih pun ada.. sebabnya kami berdua agak rapat dek kerana beliau banyak membantuku dlm menyelesaikan tugasan kire2 ni..hehe. kami ni sealiran arr. Orangnya yang lemah lembut berasal dari Kelantan merupakan lepasan graduan UITM dlm bidang BBA (finance)..
Beliau bakal mendirikan rumahtangga June ni..

Doaku, moga beliau success dlm kehidupan di luar sana..

Saturday, March 3, 2012

~ Kursus Fardhu Ain- wudhu' & solat ~

6 orang ustazah yang dijemput khas dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Sewaktu kaum Adam menunaikan solat Jumat di masjid, Alhamdulillah, kami kaum ibu2 telah berkesempatan mengikuti kurusu fardhu ain (wudu' & solat ) yang diadakan di surau An-Nur di bangunan TM Bukit Mahkamah. Ianya dianjurkan oleh BAKIT dan JAWI.
Setiap kumpulan yang terdiri dari 10-12 anggota akan diseliakan oleh seorarng ustazah.kursus ini hanya berlangsung 1 jam namun ianya memberi seribu kemanisan dalam kita berusaha memperbaiki diri sendiri dalam memperkemaskan diri dlm menunaikan ibadat padaNya.. Alhamdulillah :)

Wednesday, February 29, 2012

~siapakah mereka ini ~


emm.. dalam diam ada orang suka terjah blog kita arr..tapi segan2 nak komen.. sape ni ek.. seingat kita yg mmg se-geng is En Taha, Hana, Rona, dan kak Angah ( kak Ina), selebihnya anak sapaa ni. ada pun sorang lagi yg kat oversea is Ita yg skrg ni kat US..emm yg lain ni sapa plak..konpius gue..

Siapa pun anda.. terima kasih kerana berkunjung ke blogku yg carca marba ni.. dah macam rojak pun ada.. biase arr.. tak pandai cakap, tapi hati berkata-kata.. meronta-ronta tuu.. :) kalo nak raking tinggi taklah, cukuplah ianya tatapan berita semasa dari seorg insan yang biasa2 jer..yg kurang datang dariku, dan yg baik itu datang dari Allah.

Semoga kita semua senantiasa di bawah rahmatNya..salam ukhwah!

Tuesday, February 28, 2012

~ Citer di pagi selasa ~


Alhamdulillah, Alhamdulillah.. hari dah 28/2, maka dengan itu genaplah setahun kojer kat Finance KL ni. pejam celik skjap jer masa berlalu. Dan dengan itu juga, genaplah setahun juga mengajar anak2 mengaji Alquran & Muqaddam yang mana pada asalnya hanya 5 orang jer.. kini dah 17 orang.

Sejak penghijrahan ke tempat baru, hati lebih tenang & hidup kami kian teratur.. cewah..cewah..syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, smua yg dirancang berjalan dengan baik..

Sekarang ni dah tahun 2012.. baru jer sambung blajo, 4-5 thn lagi baru abiss InsyaAllah. Hati masih lagi berdebar-debar ni. Dalam masa yang sama, turut juga mengambil kelas tarannum dgn staff TM yang bernama En Nordin. Smuanya terpanggil kerana ILMU dunia & akhirat. Beliau juga mengajar smula tajwidku. emm.. macam2 nak diimpikan..moga2 Allah mempermudahkan perjalanan kami seisi keluarga.

ada org kata kita ni budak praktikal.. hoho.. yo la tu, dah 30-an dah..

Semalam plak Dato' Zam (our big boss kat TM) dah inform us .. bonus 2.1..Alhamdulillah. dapatnya lambar lagi, tapi ianya berita gembira utk kami smua. terima kasih Bos !

Tuesday, February 21, 2012

~ Takde mood ~


2-3 hari malass sesangat...takde mood nak sembang.. nak makan.. nak tidur pun macam tak lena jer.. aduss serabut kepalaku.. ape ke heynyer..??
kejer opis menarik dan tertarik.. :)
nak cuti sayang kojer.. sayang cuti..nanti abis.. almaklumlah cuti keme taklah banyak sangat.. ada 18 hari jer ni.. so kena pandai2 ar simpan.. utk exam.. utk raya.. utk keluarga.. mahupun utk diri sendiri.
Wahai diriku.. bangun arr.. jangan hanyut dgn "M".. kembalikan 'R" dan "C" dlm hidupku..

not kaki:- sesi mengecat di laman botani..( utk rekod..tak penah menang pun.. hehe.. )

Wednesday, February 15, 2012

Kisah Berkat di Sebalik Membaca Bismillah




Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah.

Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya.

Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
| More

Tuesday, February 14, 2012

Hassan Azhari



Tetiba teringat citer "Muqaddam" versi Ustaz Hassan Azhari..rasanya anak2 zaman sekarang dok kenal sape ustaz ini.. yg diorg hanya tau.. beliau ayah pelakon Jalaludin Hassan serta Tan Sri Musa Hassan.. tapi tahukah anda, era tahun 1980-an..beliau ni popular sangat.

kami anak2 kecil masa tu suka menonton tv1 ( sekarang ni TV1.. tak tekan pong) ni smua panahan citer "Muqaddam' yang diajar sendiri oleh ustaz Hassan ni. terasa dia berada di depan kita.. apa lagi dia dok marah2 direct kat peserta2 yg ada masa tu.. terasa plak dia marah kat kita.. :). suaranya yg jelas & tegas dlm melontarkan sebutan ayat2 Alquran serta hukum tajwidnya memang best arr. Dan bila sesi ngaji dah tamat, nasyid ni arr yg slalu dialaunkan.

Alhamdulillah, Ustaz Hassan Azhari masih lagi sihat walfiat..

Friday, February 10, 2012

~ Majlis Penghargaan bersama TM Negeri~

Semalam bertemakan warna ungu telah berlangsung Majlis Penghargaan bersama TM Negeri di Dewan Kristal Menara TM. Ianya diseliakan di bawah TM Government HQ.Turut hadir ialah Datuk Zam( GCEO TM) & Datuk Bazlan( GCFO TM).
State GM bagi 14 negeri bergabung tenaga merencanakan majlis ini..

Tanpa di sangka2, dapat plak jemputan utk ke majlis tersebut. Boss beta tak dapat hadir kerana bercuti. Masa mula2 sampai tu terdiam sebab tak nampak pun kelibat kawan-kawan. Namun tanpa di duga, ramai juga kenalanku di TM Gov. & Menara KL(gara2 join TM Star la ni.. ) hoho takde la gabra. Yg semeja plak terdiri daripada unit BRMP. ok la tu..Dr Sharlene pun ada.. :)
bergambar dengan State GM KL- En Ramlan Omar

Bos2 yg menyerlahkan bakat terpendam mereka.. waduhh gamat satu dewan. walaupun ada penyanyi jemputan :). Mereka smua sempat juga bagi hint2 kat Datuk Zam.. memang selamba arr.

emm.. balik lebih kurang 1030 malam. :) emm.. 1050 malam sampai rumah.. Alhamdulillah.

Wednesday, February 8, 2012

~qasidah Sharifah Khasif.mpg~



sedap btul suara Sharifah Khasif ni.. meremang tatkala beliau mengalunkan qasidah.. tringat plak zaman2 sekolahku.. nasyid, tilawah mahupun mengetuai bacaan doa.. emm,dah jadi kewajipanku masa tu.. hehe.. tak boleh nak lari arr.. hakikatnya aku teramatlah malu nak berdepan dengan smua org.. sampai la ni arr.. rasa malu tu tetap ada.. macam mana tu..

selamat mendengar alunan qasidah arab ni. :)

~Perkongsian Ilmu- sujud tilawah ~

Awal pagi ni seperti biasa buka siaran IKIM.fm. Ada teka-teki mengenai BILANGAN SUJUD SAJADAH. Btul2 menguji mindaku( mudah jer, tapi dah lupa :( ) ..slalunya teka-teki lebih kepada alam sahaja. Walaupun teka-teki dah pun terjawab, tapi molek kiranya dilekat kembali.. 'refresh' kembali-kan. :)
jalan2 cari ilmu..

Sujud Sajadah/Tilawah
Tilawah ertinya bacaan, dan Sujud Sajadah atau sujud Tilawah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Qur'an sama ada di dalam solat ataupun di luar solat.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, "Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka." (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Hukum sujud sajadah adalah sunat mu'akad, atau sunat yang amat digalakkan.

Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, dia lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah dia berkata: "Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa." (HR Bukhari)

Ayat-ayat sujud sajadah ialah:

1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19

Bacaan doa yang sunat dibaca ketika sujud ialah:

Ertinya: "Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta."

Cara melakukan sujud sajadah di dalam solat ialah terus bersujud (tanpa niat, dan tanpa mengangkat tangan) sebaik sahaja selepas membaca ayat sajadah, kemudian membaca doa sujud sajadah di dalam sujud, lalu kembali berdiri dan meneruskan bacaan selanjutnya. Sekiranya bacaan surah itu telahpun tamat (ayat sajadah di pengakhir surah), apabila bangun dari sujud sajadah maka teruslah rukuk selepas berdiri sebentar .

Adalah sunat bertakbir "Allah-Akbar" sebelum turun dari qiam untuk melakukan sujud sajadah. Disunatkan juga agar bertakbir apabila naik dari sujud. Adalah tidak perlu mengangkat tangan ketika naik dari sujud.

Di dalam solat berjemaah, makmum wajib mengikuti imam sama ada imam itu melakukan sujud sajadah ataupun tidak. Bercanggah dari mengikuti imam akan menyebabkan solat makmum itu batal. Akan tetapi, adalah sunat hukumnya bagi makmum melakukan sujud tilawah selepas selesai salam dengan syarat jarak di antara sujud dan salam itu tidak lama.

Bagi sembahyang yang dibaca dengan suara perlahan, umpamanya solat Zuhur, sujud tilawah itu sunat dibuat oleh imam setelah dia selesai menunaikan sembahyang supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan makmum.

Rukun sujud sajadah di luar solat ialah:
1. Niat - iaitu "Sahaja aku sujud sajadah kerana Allah Ta'ala"
2. Takbiratul-ihram
3. Sujud
4. Salam.

Sujud sajadah di luar solat adalah disunatkan kepada pembaca dan juga pendengar bacaan ayat sajadah, dan sujud si pendengar itu tidak tergantung sama ada pembaca (qari) itu turut sujud atau tidak.

Syarat sah sujud sajadah di luar solat adalah sama seperti syarat solat (suci dari hadas besar dan kecil, mengadap kiblat, menutup aurat, dan sebagainya), dan tidak berjangka waktu yang lama antara bacaan ayat sajadah dan perbuatan sujud.

Sekiranya seseorang itu mendengar bacaan ayat sajadah dan tidak berupaya untuk sujud sajadah (umpamanya sedang memandu), maka bolehlah ditangguhkan sujud sajadah itu hingga ketika dia boleh, asalkan tidak terlampau lama masa yang terluput di antaranya.

Tidak perlu berwuduk untuk sujud sajadah ketika di luar solat, namun berwuduk itu adalah lebih afdal.

sumber dari :- http://masjidwilayah.gov.my/v1/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...