Tuesday, June 21, 2011

~ Panahan Asmara ~



Nak cerita yang jiwang2 jap.. huhu.. Ntah macam mana teringat kat si dia.. si dia.. yang menyebabkan jiwa kacau.. hampir 4 bulan tak bertemu.. macam mana ni? Apa yang harus ku lakukan.. patutkah.. atau.. emmm.. macam ni lah kalau hati dah jatuh cinta..



Beginilah panahan kasih asmara pada si dia.. hahaha... siapakah gerangan..kalau nak makan.. selalunya tak lalu.. tapi kali ni.. Lalu sokmo.. bisa gemuk tahap gaban.. ultraman..sheeRa.. HEman... Ini lah dia yang ku maksudkan itu..





Restoran Saba'.. ish.. nun jauh di Cyberjaya. Bagus jugak aku tukar tempat kija.. kalo tak hari2 nak pi sana jer.. husband.. kekadang layan juga kehendakku.. tapi kalau dia bz sokmo ngan meeting sana-sini.. terusku pergi sendiri.. huhu.. tapi sekarang susah arr.. jauhhh.. so hanya berangan-angan kosong ajer la..Kelmarin, masa event kat MMU pun tak sempat nak pergi..nak jenguk kawan2 lama kat RND pun tak sempat.. jadual yang sangat padat..







Yumm..yum.. masa dinner kat MMU memang di sajikan Nasi Arab.. tapi secara peribadi.. memang nasi Arab Saba' tak boleh dilawan.. begitulah panahan asmara..k..k.. sambung kija balik ek... udah2 ler tu..





nota kaki :
berat badanku dah turun.. ahak.. dari 67kg ke 62kg.. alhamdulillah..

Monday, June 20, 2011

~ hahaha... abang sayang..~

Nak tidur ni..tapi tak boleh nak lelapkan mata..tengah menunggu kepulangan suamiku yang pergi meeting Taman.. tak balik2 lagi ni.. sambil tu,buka PC jap,terjumpa gambar ni..


Rasanya gambar ni baru di ambil.. hahaha..
abang..abang..ni yang buat Yah lagi sayang ni..orangnya selamba & suka buat aku ketawa sahaja.. walhal aku ni memang muka 'takde perasaan'.. Beliau ambil bulu mata palsu yg diberi oleh juru make-up kat aku dimalam TM Star kelmarin..terkebil-kebil nak bukak mata.. berat oo..



Ni satu lagi gambar yang menarik.
Gambar ni di ambil di Taman Rekreaksi di Bandar Baru Bangi..dah lama dah....
Aishah tengah nak uuuk..so aku ambil kesempatan untuk mengambil gambarnya..tak sangka plak Abahnya mengambil gambar kami dari belakang..


ish..ish.. tak elok tu..

~ Again.. alhamdulillah ~


Dengan izinNya, kita dapat bertemu lagi..

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. syukur kehadrat Ilahi..pagi2 lagi kat atas meja dah ada cek.. dari Kotamas.. dividen koperasi tahun lepas..

Sunday, June 19, 2011

~Cerita TM Star 2011 dah abiss ~

~bersama keluarga menginap di sini ~

Alhamdulillah baru sampai rumah setelah 3 hari 2 malam kami sekeluarga bermalam di Palm Garden Putrajaya..bukan senang nak p menginap kat situ. hik..hik..hik..Hanya kerana tercalon kat "TM's Got Talent 2011", dapatlah peluang tuu.. tu pun dah dengar suara2 sumbang...ish..ish. jangan risau, aku masih seperti dulu..


~ Tema tahun ini F1 TM ~

Totallynya memang letih dari yang biasa. Walaupun keluargaku pun menginap di situ, namun aku sorang jer yang keluar masuk.. dari Palm Garden ke MM
U.. pada setiap masa.. reheasal.. test..test.. and by the end.. sebuah majlis yang gilang gemilang. Bagi sesiapa yang turut serta pada malam tersebut, sudah tentu merasa aura yang luar biasa..Di situ mengumpulkan kakitangan dari seluruh Malaysia & sebahagian dari Indonesia..pelbagai award yang ada antaranya Best Manager,Executive & Support Staff..lain2 taklah ku ingat.. tapi paling best TM Goverment pun dapat.. ( Finance State KL di bawah TM Goverment..) Sorakan antara negeri2 yang bertanding pun menjadi gamat dewan tersebut.. State Johor antara negeri yang banyak dapat award.. Melaka, Negeri Sembilan & Perak pun dapat..tapi lagu yang paling best adalah State Perak.."Ipoh Mali takde sombong".. betullah tu..

Reheasal Day...

Lupa plak.. gandingan mantap antara sorang staff TM & Sarimah Ibrahim memang meriuhkan lagi suasana. Lupa plak nak citer.. Zaki dari MMU ( RM2500 ) telah dinobatkan pemenang "TM Got Talent 2011" pada malam tersebut. Kedua ialah Kamarul ( RM1500), mewakili Negeri Sarawak dan ketiga ialah Kumpulan Finger Print ( RM1000) dari Vads Berhad.. lain2 pun dapat juga hadiah saguhati.. Ini memang pengalaman baru..

memang berbaloi.. hari2 berulang dari Melaka. Tahniah Zaki !


anak-anakku...

Sementara itu,anak2 dan suami menghabiskan masa di hotel untuk beriadah..berenang & berbasikal serta bermain permainan congkak & kepingan kayu yang disediakan oleh pihak hotel.. tampak wajah mereka gembira..wajah yang kelihatan lesu & letih..

Tgh hari tadi kami pun pulang ke rumah.. dan kami sekeluarga mendapati ada seekor kucing betina baru beranak kat bilik belakang... ksian, tampak wajahnya keletihan.. kelihatan 3 ekor anak kucing yang comel2 di dalam laci..so sweet.. muah..

Thursday, June 16, 2011

~Rutin~

Hari ketiga pun ada reheasal.. kira ok arr. walaupun ianya adalah pertandingan,namun kusematkan didalam hati untuk menyampaikannya dengan santai,tak moh fikir2 menang.. or kalah..kang tension plak.. so biasa2 ajer la..

Namun begitu rutin biasaku seperti biasa. Sesibuk mana ..kerja mahupun kegiatan kat luar, waktu maghrib adalah waktu untuk mengajar muqaddam & Alquran kepada anak2ku dan anak2 jiran yang sama2 mengaji dirumahku...



Haziq yang pandai mengaji AlQuran..


Hafiz.. masih mengaji Iqra'..


Aleesya pun ngaji Iqra..
yang tiada dlm gambar.. Diena & Aishah...

Mengajar mengaji Alquran mahupun muqaddam memang aku serius.. anak sendiri atau anak jiran, kalau salah ngaji memang aku akan tegur dengan cara berhemah..


nota kaki :
Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.




Wednesday, June 15, 2011

~ reheasal lagi..~

Aslam ~ TM Cyberjaya
sewaktu saringan,beliau menghantar video ala2 artis terkenal..

Hari ni adalah hari kedua kami berlatih kat Menara KL. Memang adik2 ni menunjukkan bakat yang tersendiri.Mereka datang dari pelbagai latar belakang kerjaya. Ada yang kerja di bidang IT,bidang teknikal, marketing, legal mahupun kewangan.. aku la tu..hik..hik

Setakat hari ni, 5 unit dah mulakan latihan. Ada 3 lagi belum ku lihat latihannya. Ini kerana mereka berada di Johor, di Sarawak dan satu kumpulan dari Indonesia. Mereka dijangka akan memulakan latihan,jumaat ini di MMU di Cyberjaya. Macam mana agaknya latihan diorg ek.


Zaki ~ MMU Melaka
hari2 berulang-alik dari Melaka.. memang bersemangat
beliau mengetahui namanya tercalon ke TM Star melalui blogku..



Rizalli~ Legal TM
kalau ikut rupanya iras2 Hazami, tapi suaranya macam Anuar Zain

Macam ku katakan sebelum ini, aku seorang sahaja yang pompuan. Yang lain smua lelaki..tapi pangkat adik2 rasanya..tapi diorg memang baik hati.. 'akak'.. 'akak'.. dah rasa macam aku ni kakak diorang la plak..dari adik2 yang menyanyi sampailah adik2 yang main band tu..walaupun karektoramereka ala2 rock zaman purba.. tapi budaya hormat-menghormati amat tinggi..baguslah dek. Siapa lagi nak jaga kalau bukan kita semua...


Baru hari kedua berlatih.. dah letih.. nyarislah nyanyian adalah sekadar hobi sahaja.. bukan btul2. kalau btul2 ntahlah.. nak pengsan dibuatnya..berulang-ulang nyanyi lagu yang sama..Bila drive pun terasa mengantuk..masa tu memang takde gula2 untuk di kunyah..so terpaksalah menjolokkan tangan ke tekak.. alasannya agar aku akan terasa nak muntah..sahh..memang rasa nak muntah..but dah jadi tak ngantuk.. itu petua tu..kalo korang nak cuba silakan.. hik..hik..


k, seperti biasa.. to be continue ek..

~ Reheasal bermula... ~

Pagi ni masuk opis kjap jer.. then mula bergerak ke Menara Bangsar & KL Tower bagi sessi reheasal untuk TM Star yang bakal berlangsung pada 18 June ni..



Buat pertama kalinya dalam sejarah hidupku.. p redah buat benda2 mcm ni..emm.. hati macam tak seronok jer.. sebab amat jauh ngan naluriku.. yang ala2 mak orang..hik..hik..namun begitu, sebagai manusia biasa.. aku bersangka baik.. moga2 takde la suara 'sumbang'.. yang melontar apa2 cerita.. biaselah manusia..yang buruk juga dipandang orang. Aku ni kan bertudung.. sedikit senbanyak memberi impak & pesepsi dari pelbagai segi..so kena pandai2 lah bawa diri.. Allhamdulillah, suamiku memahami..








Sessi reheasal pagi ni.. amatlah meletihkan minda & badan.. pening2 pun ada jugak ( terlupa nak sarapan.. dek kerana siapkan FCCAS ). apa lagi bunyi-bunyian yang 'menggegarkan'.. rasanya muzik aku takde la berat sangat.. ok la.. tapi adik-adik ni.. memang 'all out'.. jiwa-jiwa muda macam tu la.. memberontak & agak keras didengar.. agaknya sebab itulah.. sampai la ni pun berdenyut-denyut lagi minda aku ni..






First time jugak arr naik kat KL Tower ni.. ada satu sudut tu menarik perhatian untuk di'snap'..
tuu dia.. gambar 'public phone' era 80an & 90an, sebelum tercetusnya fanomena telefon tangan yang canggih.. telefon ni jugak la menghubungkan aku ngan keluarga dan kengkawan..kalo tak, hantar surat ajer la.. hik.hik..


Masa tu,duit syiling begitu berharga. Kalau bersembang, memang tak ingat dunia. Walhal, berderet-deret orang beratur kat belakang. Tapi itu bukan aku ek.. ni masa kisah tinggal kat Kuarters MTD dolu2 arr..tapi sekarang, jarang2 aku nampak orang beratur kat 'public phone'. Yang sedihnya, ianya dirosakkan oleh manusia-manusia yang durjana.. apalah korang ni..apsal nakal sangat ek..


Banyak juga kenangan manis dengan telefon awam ni.. hahaha.. cinta antara benua.. k.. sekian terima kasih ( tak bleh cerita lebih2 kang terbongkar kesah lama.. )Ada kesah yang terjadi semalam..nanti kita cerita lagi ek..

Monday, June 13, 2011

~ Bila stress dah datang~

Tatkala melihat gambar keluarga..hati jadi tenang..

Masih tak dapat melelapkan mata.. riso tahap maksima ni.. so untuk itu..
S
engaja ku alihkan fikiranku pada family hasbenku diTerengganu.. oh.. tahun ni,kami beraya di Terengganu dahulu..sebelum pulang ke Kuala Kangsar..Beraya di sana lagi best sebab masih ramai lagi saudara mara yang tinggal berdekatan..apalagi sepupu yang ramai,masih kecil lagi,so riuh rendahlah suara diorang bermain bunga api.. Kalau dikuale plak.. sebaliknya...
Apa khabar Ma.. aboh.. adik iparku Fahmi,Elah and Iyah sekarang ni ek.. semoga sihat hendaknya selalu..



Nota kaki :
macam2 tips orang bagi pada kita utk suara.. ok..ok.. terima kasih ek!


Sunday, June 12, 2011

~ Breifing di Menara TM ~


Petang Khamis yang lalu, kita ke Menara TM..ada breifing bagi sambutan TM Awards yang dijangka pada 18 June di MMU, Cyberjaya. Selain diberi penerangan & sessi soal jawab bagi TM Star..diorg pun nak sessi bergambar utk smua .. waduss.. glamer semacam ajer, aku yang poyo pun ambil gambar ala2 muslimah..

Pihak penganjur memaklumkan, ianya akan diadili oleh Juri2 profesional.. katanya rahsia.. surprise ! sabor jer la.. katanya last year diorang jemput Helen Yap, Marlia Musa ( wife M.Nasir ) serta sorang lagi..( maaf tak ingat arr ). Sejak dari hari itu..until now pun.. dah tak lalu nak makan.. risau pun ada..macam mana boleh sejauh ini aku join benda2 ni.. fuhh..



wajahku yg kian bulat..


kereta race.. tapi maaf taktau apa nama officialnya..

Then selesai.. selepas itu aku pun turun denganlajunya.. kat fikiran ni dah bercelaru dek kerana mula memikirkan masalah negara ni.. macam mana ni..sampai kat Receptionist. terdengar bunyi bising kat hujung sana.. oh.. ada 3 kereta race.. ferrari ke? emm..ntah. Tahun ni dinner TM bertemakan Formula One..malas nak fikir arr..


Sorry..not my test ek..
Oleh kerana jam dah dekat2 pukul 5pm aku trus balik arr..

nota kaki : tengah berkira-kira nak dendangkan lagu apa ni..kang ada yang tarik diri.. malasss..

Friday, June 10, 2011

~ Insan terpilih @ mangsa keadaan ~

Waduss.. banyak nyer kain yg perlu dilipat & di iron.. sekejap jer masa berlalu. Next week, anak-anak dah start sekolah..so bermakna rutin akan kembali seperti biasa..

Minggu ni adalah minggu paling sibuk..sebabnya:

- Siapkan PNL May ~settle dah..
- Smlm dapat call dari GCC - ' Puan Hariah.. anda Top 7 yg tersenarai dan terpilih untuk TM Star pada18 Jun ini di MMU,mohon hadir ke pejabat kami di tingkat 8,Menara TM jam3.30 ptg..'- dah pergi dah..
- sempat juga menonton cerita Nora Elena.. jam 7 ptg..- hik..hik..
- 2-3 hari ni..memang ngantuk sesangat.. selepas mengajar mengaji pada anak2 & anak jiran.. trus tidur ~ cover balik minggu lepas punyer.. bz bantu menguruskan kenduri kahwin si Eny.







Semalam dapat sms dari TM point.. menyatakan CDMA dah boleh ambil..dengan syarat melampirkan dokumen yang berkaitan. Smuanya dengan melayari website yang diberi.. banyak kali juga try.. tak boleh pun..call pun asyik tak berjawab jer..dari semalan call..tak berjawab.

Dan petang tadi telefon itu berangkat.. fuhh bestnya.. insan terpilih arr:

KITA~ Selamat petang, Nama saya Hariah Binti Ahmad, bertugas di TM Bukit Mahkamah..boleh saya tau siapa yang bercakap disana?

DIA~ Selamat petang..naper ni telefon ajer..takkan tak boleh buka web tu..
( dalam hati~ naper aku yg kena marah ni..)

KITA ~ Salam Cik.. saya baru jer call & baru jer nak tanya. Apsal jawab macam tu.. ini baru internal.. belum lagi external.. Tak sepatutnya Cik mengeluarkan kata-kata begitu.. 'Support Each Other', macammana pandangan orang luar kalau kita begini.. ( ha.. aku dah giram ni..)
Lantas beliau menjawab..

DIA~ maaf, telefon berdering-dering dari semalam.. saya geram arr,lagi pun semua orang takde..Cik nak apa ek?

AKU ~ sepatutnya tak boleh lah buat macam tu..kitakan cermin kepada Company kita..kan elok berbudi bahasa.. tak rugi,kalaupun tak boleh nak jawab, hantarlah email pada semua staff agar dapat berhubung melalui email.. tak elok tu..( dah macamguru bahasa arr )

DIA~ Hari ni saya seorang sahaja yang ada..yang lain bercuti..saya pun taks empat nak sembahyang..incoming call tak henti-henti..

AKU ~ yea ke? kalau macam tu divert arr ke h/phone..

DIA~tak boleh.. nanti jem plak h/phone saya..
(Yo ko ! poyo jer jawapannya.. ni kena pergi kursus komunikasi ni.. )
akhirnya dapat juga aku ceritakan masalah aku..aku bagi cadangan agardia dapat scankan dokumen tu & email kepada aku.. Alhamdulillah..memang orangnya bertimbang rasa & mahu membantu..

Moral of story~ Siapa pun kita.. cubalah berkomunikasi dengan nada yang baik..bercakap biarlah beradab..kerana itu budaya kita..org islam.. dan Aku ~ mangsa keadaan.. redha ajer la.. walaupun rasa nak nangis ajer tadi..

yea..yea.. next week dpt h/phone TM CDMA 011.. alhamdulillah



Nota Kaki ~ Dapatku bayangkan yg minggu depan lagi arr bz.. moga2 perancangan berjalan lancar.. Ameen.


~ Alfatihah buat Zalinda Zainudin ( member masa kat RPK) & kedua ibu bapanya.. ~



Sumber dari : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Besipenghadangtusukdalamkereta/Article





KUALA KANGSAR: Empat sekeluarga terbunuh manakala seorang lagi parah dalam kemalangan ngeri apabila besi penghadang jalan tertusuk ke dalam kereta mereka yang terbabas di Kilometer 73, Jalan Kuala Kangsar-Gerik, di Sauk, dekat sini, semalam.

Mereka yang terbunuh dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu ialah pasangan pesara guru, Zenodin@Zainuddin Abas dan isterinya, Azizah Mahmood, masing-masing berusia 69 tahun; anak perempuan mereka, Zalinda, 33, serta cucu mereka yang juga anak Zalinda, Aishah Suffian Afendi, 7.

Seorang lagi anak Zalinda, Nurul Sarah yang juga adik Aishah, parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Bukit Chandan, dekat sini, bagi menghadiri kenduri kahwin selepas menziarahi keluarga Azizah di Pasir Mas, Kelantan.

Zalinda dan dua anaknya tinggal di Kuala Lumpur dan mereka pulang ke kampung sempena cuti sekolah sebelum mereka sekeluarga ke Kelantan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang, berkata siasatan awal mendapati Zenodin yang memandu dipercayai gagal mengawal kenderaan dan terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan itu.
"Berikutan kejadian itu, tiga daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi maut ketika mendapat rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Sauk. Nurul Sarah pula dihantar ke HRPB untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, suami Zalinda, Suffian Efendi Ahmad Apandi, yang ditemui di HRPB tidak dapat ditemubual kerana terlalu sedih dengan kehilangan isteri dan seorang anaknya.

Anak perempuan sulung pesara guru berkenaan, Zaliana, 44, berkata, kali terakhir dia bertemu ibu bapanya Rabu lalu sebelum mereka bercuti ke Kelantan.

"Dalam pertemuan terakhir itu, bapa (Zenodin) pernah bertanyakan saya bila mahu pulang ke Kuala Kangsar.

"Namun, saya tidak menyangka pesanannya itu tanda dia mahukan kesemua anaknya berkumpul dan melihat jenazahnya buat kali terakhir," katanya.


Nota kaki : KepadaNya kita datang, kepadaNya juga kita kembali, semoga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini.

Wednesday, June 8, 2011

~ Hari Bahagia buat Eni & Ely ~

-Wajah manis pasangan pengantin -

Alhamdulillah, adikku Norani @ Eny selamat diijabkabulkan dengan pasanganya Suzaili @ Ely pada 3hb Jun 2011 bersamaan hari Jumaat 2 Rejab 1432 di masjid Kg Ribu di Kuala Kangsar, Perak. Tapi buat masa ini , gambo pengantin takde arr, kalo ader pun tak lengkap.. tengoklah sehari dua nanti..nanti kita upload ek !


Kejutan..
Di pagi Jumaat, kami terima jemputankehadiran orang dari Melaka.. memang syahdu, anaknya jiranku di Taman Impian Putra.. rupa2nya ayahnya adalah kawan karib abah masa jadi Peneroka di Sg Siput sebelum mereka berdua sepakat menyertai bidang ketenteraan kira2
40 thn yang lalu..


Ni gambo2 bersama sepupu sepapat..anak dara & mak budak bersama Chu,
mak saudaraku yang rapat dengan kami..



Bergambar dengan sepupuku @ Cikgu Junaidah Ibrahim..kami kamcing tatkala tinggal di kg dolu2.. yang nampak kepala tu is pengantin.. Eny





Dalam masa bertugas, kami berdua sempat menyanyi.. adik mintak interframe sebab ada seorang pakcik yang nak nyanyi jer..
tak moh lepas microphone tu.. ish.. mcm2 la diorg ni..





Gambar kami lagi...


gadis kaca mata..

Juda & Chik La yg suka menyembang..hahaha..

Dah abiss..

Friday, May 27, 2011

~ Menerima si dia seadanya ~



Gambar di atas adalah gambar terbaruku & suami..fuhh memang dah bulatkan....
Dalam kesibukan kami bekerja,kami cuba curikan masa untuk bersama dengan anak-anak. Rasanya sekejap sahaja masa berlalu. Sudah hampir 10 tahun usia perkahwinan kami. Begitu cepat masa berlalu. Rasa kesusahan tu dah jadi ingat-ingat lupa plak..sebabnya kami berasa lebih banyak kenangan manis.

Bagiku, dia adalah segala-galanya. Menerima diriku dengan seadanya. Kalau ikut kan dulu..aku ni memang tak suka akan sikapnya.. tapi tu arr,bila dah lama bersama..'ku-jatuh cinta buat kali kedua'. Kali ini memang menerimanya sebagai suami yang bertanggungjawab ke atasku & seorang ayah yang baik buat anak-anak kami.. syukur Alhamdulillah..

Apsal aku coretkan cerita ini ek? Ntahlah.. ianya memang dari naluri hati seorang isteri yg sebelum ini 'tegar' untuk menerimanya..dan kini aku berharapmoga-moga kasih sayang ini berkekalan hingga akhirnya.. ameen. ( Doakan untuk kami ek..)


p/s: Cerita ' Nora Elena"..emm memang best..

Wednesday, May 25, 2011

~ TM Got Talent 2011 ~

Bekerja di tempat baru..memang best. Kerjanya baru.. kawan2 baru & suasana pun baru. Tapi tempat lamajuga yang dikenang-kenang..apsal ek?payah jugak nak dilupakan. Tu arr tgh mencubanya..

Cerita kali ni agak kelam kabut..tapi masih lagi dapat di kawal.. jap..jap..nak gelak org kaya.'hahahaha.. ". Hujung minggu lepas dapat call dari Group Communication TM.Diorang menyatakan yang videoku telah terpilih utk saringan bagi pemilihan TM Star 2011.. waduhh macammana plak terpilih ni. Sebenarnya saje2 jer hantar..tak sangka plakdapat.. ni mesti tak ramai yang masuk ni..so diorg panggil jer..( nak sedapkan hati arr.. ) mereka kata by next week,video itu akan di advertisekan kat smua staff TM seluruh Malaysia.. terkedu aku mendengarnya. Dan semalam,bermulalah undian..


Nak jadi kan cerita,bos minta wakilkan dia untuk pergi ke TM Menara bagi menghadiri meeting di Tingkat 41.. aiyoyo.. tu tempat lama yg nyaris2 nak masukkija.. dolu2 arr. Tapi bila ku tanya serba sedikit dari CFO TMR&D ( En Ahmad),so tak jadi arr..dah kini ku pergi atas tiket Finance KL..so redah ajer la. Paling menarik tu,diorg siap call tanya akan status ku untuk panggilan 'meeting' tu.. dan bila dah sampai.. disapenya ku sambil memasang video lagu tu.. ish..ish.. rase nak lari jer. tapi apakan daya.. buat muka selamba jer.. masuk meeting pun diorg dok pandang-pandang.. waduh..segan tahap gaban..Nis emua gara2 video laguku yg dah pun di iklankan kepadas mua staff TM seluruh Malaysia..


Dan sekarang..masih tak bleh nak tido ni.. memikirkan masalah negaraku ini.. FYI ~ iklan tu sampai 31 Mei ini. so bagi staff TM bleh arr melayari http://tmgottalent.tm.com.my/TMStarLoginPage.aspx?ReturnUrl=%2fTMStarVoting.aspx , tapi kalo bukan staff TM..tak bleh lar ek.

k,gud nite..Assalamualaikum..

Monday, May 23, 2011

Sultan Selangor Melawat Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa



Gambar ini diambil sewaktu Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat Dusun Tua, Daerah Hulu Langat ( Feb 2011 )
kredit foto : Ahmad Naspu Johar
( Staff TMR&D yg juga sukarelawan di tempat tersebut )


23.05.2011, Isnin - Pagi tadi Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan mengada lawatan ke Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Batu 14, Hulu Langat yang terlibat dengan trajedi tanah runtuh pada petang Sabtu lepas yang telah mengorbankan 16 nyawa dan 9 orang masih lagi mendapatkan rawatan di hospital.


Dalam lawatan ini Tuanku Sultan telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat. Seramai 53 mangsa tanah runtuh dan Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa menerima sumbangan berjumlah RM217,000.00. Daripada jumlah itu, sebanyak RM100,000.00 disalurkan kepada rumah kebajikan berkenaan manakala RM5,000.00 kepada 16 waris yang terkorban dan RM1,000.00 kepada 37 mangsa yang terselamat. Tuanku turut diberikan taklimat oleh Pengarah Kanan Cawangan Cerun, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, Datuk Ir Ashaari Mohd.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Mohd Khusrin Munawis dan Ketua Polis Selangor, Dato' Tun Ihsan Tun Hamzah. Takziah cyah ucapkan kepada keluarga 16 orang yang terkorban dalam trajedi ini dan berharap agar anda semua tabah menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah kepada Mangsa-Mangsa Yang Terkorban. Semuga Roh Mereka DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

Tuesday, May 10, 2011

~MengapaDirindu ~



Mengapa Dirindu


Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Sayang mengapa dirindu

Friday, May 6, 2011

~Palang Tol Smart Tag ~




Baru jer sampai opis.. teringat-ingat jer kisah semalam.. Peristiwa yang berlaku petang semalam yang tak mungkin akan ku lupakan sama sekali.. nahii..nahi..nahi.. eekk..


-gambar hanya hiasan ek-



Kereta kancil yang ku pandu telah melanggar palang smart tag di PLUS Bandar Seri Putra. Semuanya berlaku kerana dek gara-gara aku tertekan 'pedal minyak' sepatutnya 'pedal break'.. bila dah panic, lagilah aku tertekan.. Masa tu hanya Allah ajer yang tahu, memang terasa nyawa di hujung jer..blank seketika.. dan tetiba teringat kat 'hand break', so terus aku mengangkatnya.. syukur Alhamdulillah, automatic keter ku terberhenti..


Namun ketika itu, aku sudah pun melanggar palang.. & kedengaran bunyi 'nino- nino' yang agak kuat.. Tetiba jer ada seorang lelaki menghampiri keretaku sambil bertanya akan keadaan ku .. Dalam pada itu, seluruh badan menggigil tatkala menghadapi saat-saat getir tu. Lantas, dengan perlahan-lahan aku pandu kereta semula dan membawanya ke bahu jalan. Dalam tangan yang masih menggigil, terusku menelefon suamiku. Pehh.. memang pengalaman ini takkan aku lupakan sampai bila-bila. Lagi satu, ingatkan kalau dah langgar palang, cermin kereta akan pecah, rupa-rupanya tidak. Barulah aku tahu sekarang ni.. ( palang tu bukan besi arr.. )


Dalam masa menunggu suamiku, aku beristighfar & berzikir.. Ntahlah, jantungku berdebar-debar merasai pengalaman ini. Andailah aku tak terfikir akan 'hand break', tentunya berlaku kemalangan. Nauzubillah. Dengan izin Allah, aku terselamat… Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah.



Sehingga sekarang pun, teringat-ingat ajer kisah semalam..



Sebenarnya, 2-3 hari ni memang terasa tak selesa akan kereta ni. Sepanjang minggu ini, pagi dan petang hujan jer, Break kereta macam tak makan jer.. tukar gear pun tersekat-sekat. Perkara tersebut telahku maklumkan pada suamiku. Beliau pun mengakuinya. Beliau menasihatkan agar memandu seperti biasa & senantiasa bersiap sedia dgn 'hand break' & lampu kecemasan andai kata berlaku perkara di luar jangkaan...Sepatutnya, suamiku nak hantar kereta ke bengkel minggu lepas. Tapi tertangguh sebab kami sekeluarga bercuti untuk pulang ke Terengganu. InsyaAllah, esok bolehlah di hantar ke bengkel..


Pada pendapatku, kalau nak pandu kereta ni, bukan sahaja kereta perlu dalam keadaan baik malah kita sebagai pemandu pun perlu bersedia. Kalau jadi macam kes kita ni, kereta kancil ni dah 8 tahun dan kebarangkalian untuk 'jatuh sakit' memang tinggi..


k, nak sambung buat report jap.. sehingga ketemu lagi..



nota kaki : Minggu lepas TM bagi bonus 2 bulan kepada semua pekerjanya.. Alhamdulillah & terima kasih ek..

Thursday, May 5, 2011

~ Hanakage ~






Juugoya otsukisama hitoribochi
Sakura hubuki no hanakage ni
Hanayome sugata no oneesama
Kuruma ni yurarete yukimashita

Juugoya otsukisama mitetadeshoo
Sakura hubuki no hanakage ni
Hanayome sugata no neesama to
Owakare oshinde nakimashita

Juugoya otsukisama hitoribochi
Sakura hubuki no hanakage ni
Tooi osato no oneesama
Watashi wa hitori ni narimashita

dibawahnya sinar bulan terang purnama
airmataku menitis bagaikan embun
melihat dikau melangkah tinggalkan semua
ke alam yang baru begitulah jalan hidupmu








translation untuk yg jepun punya:

On the night of the full moon, alone
my sister was dressed as a bride.
She stood within cherry blossoms
falling like a snow storm. And she was
gone in a rickshaw, through the storm

On the night of the full moon, alone
you were watching as I cried in the storm
of cherry blossoms, falling like snow.
spoke my last good byes to my sister,
a new bride.

On the night of the full moon, alone
behind the cherry blossoms storm.
She is gone, and now far away to another village.
And I truly become
all alone










~~~~********~~~~~~~~~*******~~~~~~~





Tuesday, April 19, 2011

Kesan Syaitan atas Pembaca Pengamal AlQuran...

)Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
2)Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3)Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
4)Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
5)Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari. ia stroke. ............Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .

Friday, April 8, 2011

Hari jumaat dah.




Salam smua.. dah hari jumaat.. Alhamdulillah.. esok cutie k. Ingatkan nak bawa anak-anak pegi PD menginap kat The Legend Water Chalets, Port Dickson tapi tak boleh plak.. suamiku ada tournament Badminton anjuran Kelab TMR&D, so rasenyer lepak2 kat rumah ajer la.. tengok2 la kot2 hari ahad ni bleh bawa diorg jalan2 jer..tu pun setelah selesai sesi gotong royong membersihkan rumah hehe…



Kalo citer pasal kija..utk minggu ni taklah busy lagi sbb akaun bulanan company baru tutup. Aku ni dah terbiasa ngan kija2 yg berpanjangan. Ntah macam mana kat sini agak jarang2 ..mengeletar jari jemari bila duduk relax2 jer ni.. tapi dalam pada itu, sambil2 tu bacalah apa2 yang patut.. ilmu perlu ada beb..Cuma tu arr, berjanggut menunggunya.. seperti menunggu bulan jatuh ke riba.. diorg kata 8hb baru boleh report. So pagi2 ni dah call org HQ.. dan kata mereka… " minggu depan, baru boleh buat report, tak final lagi. Diorg buat re-open account.." haha.. begitulah.. sesi mengelamun bermula balik.. dan paling tak best plak pagi ni.. diorg dok cerita pasal bonus.. NAk jugak ku lari dari mendengarnya.. yo la kita kan baru masuk kija kat sini.. so dah tentu tak dapat bonus macam diorg 2 bulan.. huahaha..takpe2 hati perlu kuat ek..R&D is anak syarikat. So belum dpt keputusan lagi..so tunggu ajer la.



Sejak Puan N mengambil alih HR kat R&D, dikhabarkan perubahan positif sedang dilakukan.. Moga2 Puan N akan membantu akan pencapaian R&D yang makin kabur .. ntahlah kat R&D sebenarnya best sangat2.. yo la status company yg dikhabarkan yg mempunyai idealisme & gabungan kepakaran diorg2 ni dlm teknologi.. so percikan tu dirasai oleh kami semua. Walaupun aku tak lagi bertugas di sana, namun kerinduan masih lagi terasa.. mcm mana nak ilang ni ekk.. tambahan plak hasben aku pung dok citer2 pasal org2 sana.. lagilah rindu.. sebabnya diorg smua ni pun aku dah biasa deal .. siap gaduh2 lagi pasal projek.huhu.. dashyat aku ni dolu2..kat sini plak dah jadi mcm staff yang baru masuk kija.. baru grad.. memang jadi pendiam.. mcm tak caya jer.. mmg susah juga nak membiasakan kehidupan disini, tapi aku cuba sebaik mungkin..



InsyaAllah by the end of this month, kami sekeluarga nak balik Terengganu, dah lama tak menjenguk mertua.. rasanya dah dekat 4 bulan. Bulan Dec tu adalah ketemu.. tu pun sebab adik iparku si Ilah masuk hospital Columbia kat Seremban. Dia di tahan sebab ada penyakit Batu Karang.. Aku & suami bersimpati dengan beliau. Udahlah jatuh sakit, situnangnya plak mintak putus dek kerana tiada keserasian… ish..ish.., semoga beliau sabar menembuh dugaan ini. Moga2 ada jodoh yang baik untuknya.. ameen.



K,sehingga ketemu lagi ek.. daa.. 'assalamualaikum'..


ps~ smlm tgk " semanis Kurma'~amalkan membaca surah Ali Imran' ayat 26, 27 & 38 serta surah Al Anbiya' ayat 89- ianya elok utk mendapatkan untuk dapatkan zuriat & mendoakan anak2 menjadi soleh solehah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...